Salam korang!
Sorry 2 hari tak hupdate blog ini sejak cuti Thaipusam. Bukan apa, duduk di rumah family sendiri bukan selalu. So, memang tumpuan penuh kepada mereka lagi-lagi si cinonet Aliya. Kalau sudah setiap kali duduk depan PC diapun datang menepek, tak jadilah Mak Uda dia nak update blog. Dia cukup berkenan dengan keyboard dan mouse. Kalau dapat memang ditekan-tekan kemudian di campak-campak. Ganasnya anak buah Mak Uda seorang ni. Pula tu selasa malam lepas maghrib saya diserang food poisoning. Puncanya terhidu asap semburan nyamuk yang disembur pihak majlis perbandaran lewat petang. Masa terhidu itu dah mula rasa pening dan mual. Tapi tahan sahajalah.
Alih-alih sebelum masuk waktu maghrib, kakak ajak dinner sama-sama. Elok makan beberapa suap tiba-tiba perut jadi sebu, tekak rasa meloya. Terus stop makan dan masuk bilik. Tiba-tiba termuntah. Lepas itu still rasa loya tapi boleh bersabar. Sudahkan solat maghrib lepas it uterus berbaring sebab dah tak larat berdiri sambil rasa meloya tak hilang-hilang. Rasa macam sama seperti di awal usia pregnancy. Takkan dah 6 bulan lebih masih lagi ada alahan kot?. Pukul 8 lebih macam tu dah terlelap walaupun rasa macam tidur-tidur ayam. Kejap-kejap terbangun.
Pukul 12 malam terbangun dengan rasa mual yang lebih hebat. Perut berkeroncong, bergelodak hebat. Gagahkan diri ambil gayung dalam bilik air takut-takut termuntah tiba-tiba. Elok duduk di katil sambil memegang gayung terus muntah lagi. 2-3 kali juga kali ini. Rasa macam terkeluar semua isi perut. Kesian baby dalam perut tak ada makanan untuk dia. Lepas itu terus solat isyak dan sambung tidur. Walaupun sesekali rasa loya itu datang tapi tak sekerap sebelum itu sebab perut dah kosong. Perutpun dah tak bergelodak. Cuma baby pula jadi aktif secara tiba-tiba. Risau juga takut baby tak selesa tapi tetap tenangkan hati. Tak sabar nak menunggu pagi untuk pergi klinik.
Pagi itu bangun pagi still ada rasa loya. Langsung tak mahu menjamah apa-apa takut kalau termuntah semula. Jadi terus pergi klinik. Lepas jumpa doktor rasa sedikit lega. Doktor bagi ubat muntah yang sesuai untuk orang yang mengandung. Jadi terus balik ke rumah. Sarapan makan pisang dan biskut quaker oat. Alhamdulillah dah tak muntah. Tapi loya-loya tak hilang juga. Suamipun terpaksa EL tetapi bukan disebabkan saya MC sebaliknya dia diserang penyakit asyik nak ke toilet sahaja. Mungkin tersalah makan. Hajat nak pergi PKNS untuk uruskan bayaran baki 1% harga rumah kami. Dalam pada tak sihat, gagahkan juga diri ke Shah Alam. Lepas itu lunch makan bubur McD sahaja sebab tak berapa lalu makan sebelum pergi buat pregnancy check up. Alang-alang sudah cuti baik terus pergi selesaikan check up bulan ini. Alhamdulillah baby sihat. Mama pula terlebih sihat sebab terlebih berat. Aduih, mulalah risau bila berat badan naik mendadak. Lepas ini kena jaga makanlah nampaknya. Makan makanan yang berkhasiat sahaja. Huhu~
Lepas itu sempat lagi pergi Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru. Diorang ada buat Antenatal class RM100/ pasangan. Kalau confirm bersalin di situ, saya akan join kelas itu. Suami macam berminat tapi nak survey di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Oleh kerana tak larat dah, suami cakap nak call sahaja Hospital Pusrawi nanti. Kamipun terus balik rumah. Suami terus terlena kepenatan. Petang itu suamipun pergi klinik ambil ubat dan MC. Daripada penyakit beri-beri terus membawa ke demam pula. Kasihan suami saya. Malam itu makan ‘masakan pasar malam’ sahaja. Saya makan laksa penang (sebab risau berat naik banyak sangat) manakala yang lain makan nasi goreng ayam. Risau juga kalau suami tak lalu makan tapi alhamdulillah suami makan sampai habis.
Malam itu tidur awallah sebab suami tak larat nak lepak tengok TV dan borak-borak. So, berakhirlah cuti Thaipusam + MC saya minggu ini. Minggu depan nak ambil halfday pula untuk menghantar mak mertua pergi buat umrah. Semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen~
No comments:
Post a Comment