Salam korang!
Hari ini kembali Isnin. Permulaan minggu yang agak lemau. Awal pagi lagi dah rasa sengal-sengal badan, mata pula macam nak terkatup sahaja. Berat kelopak mata atas hari ni. Tapi, hidup sebagai pekerja mesti diteruskan. Kena gagahkan diri supaya dapat buat kerja dan memastikan setiap rezeki barakah.
*Menguap lagi..
Haiya, baru tulis kata-kata semangat dah menguap balik. Bagaimana nak hadapi masa yang panjang ini. Nak tunggu jam menginjak ke pukul 5.30 petang. Sekarang ini baru masuk pukul 9.00 pagi. Lama lagi ni..
*Menguap lagi sekali..
Duhai oksigen, banyak-banyaklah masuk ke dalam badan saya supaya rasa mengantuk dan lemau ini hilang dan diganti dengan rasa segar dan cergas. Dah minum air VICO pun masih lagi tak bertenagakan? Dah makan 3 keping biskut kering pun masih lagi lemah?
*Menguap lagi sekali..
………………….
Ok,lah.
Kaedah menulis blog tak berjaya hilangkan rasa mengantuk.
Jadi, kena cari kaedah lain nampaknya.
Bai!
No comments:
Post a Comment