Salam korang!
Cuba teka di manakah saya berada sekarang ini?
A. Oh, di rumah berguling atas katil(adoi, lewatnya bangun)?
B. Di shopping complex sambil membeli belah (awal sangat kot)?
C. Sedang menikmati sarapan enak di restoran mamak?
D. Ataupun sedang bersiar-siar di taman melihat orang jogging sambil hirup udara nyaman?.
Jawapannya ialah tiada kaitan dengan jawapan-jawapan di atas sana. Oh, sedihnya sebab tak dapat buat salah satu daripada option jawapan di atas hari ini. Sebab sekarang ini saya sedang mengulit kerja di office. Yeah, hari ini diisytiharkan sebagai ‘working day’. Replacement cuti Maulidur Rasul telah dipinda kepada hari sabtu (11/Feb/2012). Yang buat hati pedih, esok cuti. Jadi bayangkanlah berapa ramai pula pekerja yang men’cuti’kan diri hari ini. Kalau ikut survey company lebih kurang 22% daripada jumpah pekerja telah apply cuti hari ini. Itu belum kira yang ambil cuti kecemasan ataupun yang cuti sakit. Mungkin boleh mencecah 30% kot iaitu lebih kurang 150 orang. Sekarang ini dalam office saya ini lebih separuh workstation kosong tak berpenghuni. Semangat nak bekerjapun tak ada.
Dalam pada itu, sejak semalam saya dan suami seperti ‘salah makan’. Berulang masuk keluar toilet. Perut asyik memulas sampai ke pagi. Tapi, syukurlah sebab menjelang masa untuk ke tempat kerja, perut berhenti meragam. Sempatlah masing-masing sampai ke office sebelum perut buat hal. Pagi-pagi sarapan roti sosej dan air kosong sahaja sebab takut perut meragam masa perhimpunan pagi. Elok selepas meeting pagi, perut kembali meragam. Nasib baik sekali sahaja, kalau banyak kali terpaksalah ambil MC. Harap-harap tak perlu MC lah. Seronok juga sesekali bekerja dalam office yang ‘kosong’ ini.
Hujung minggu punya cerita?
Saya akan ceritakan dalam next entry hari ini. Hari ini kan hari ‘free’ saya. Kerjapun tak banyak. Just tunggu kalau-kalau ada masalah-masalah berbangkit. Setakat ini belum ada lagi. Siapkan report kerja minggu lepas sahaja nampaknya hari ini. Nasib baik ada juga kerja yang hendak dibuat. Ok, bai!
No comments:
Post a Comment