Followers

Friday, February 3, 2012

Pontian, kami datang | Maulidur Rasul 1433 Hijriah

Salam Jumaat.

 

Yeah, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Walaupun hujung minggu ini saya tak dapat nak bersenang lenang sebab bermula malam ini saya akan memulakan pemgembaraan hujung minggu. Yup, akhirnya suami sudahpun membuat keputusan untuk bertolak ke Pontian malam ini juga. Tapi mungkin kami akan ke JB dahulu sebab rakan taulan banyak di sana. Lagi satu adik iparpun ada di UTM sedang further master. Awal-awal nak minta maaf kepada suami kalau ditakdirkan saya ter..tidur sepanjang perjalan ke selatan nanti. Silap-silap suamipun akan berhenti di R&R untuk berehat sekejap. Segalanya mungkin.

 

Kami akan bertolak ke KL petang or malam sabtu. Esokan paginya baru ada ruang untuk bernafas sikit. Mungkin akan buat sesi mengemas bilik, iron baju kerja suami dan lain-lain perkara sebelum kami ke majlis akikah anak saudara belah suami, Wildan di Subang. Majlis bermula tengahari gitu. Bila buat majlis akikah begitu mesti akan melarat sampai ke lewat petang or malam. Silap-silap, balik rumah untuk tidur sahaja sebab esokannya kami berdua kerja. What? Hari Isnin kena kerja? Yerp, saya ok lagi sebab Selasa diberi cuti. Suami tak ada cuti langsung. Sabar sahajalah.

 

Hari jumaat kena diraikan dengan meriah. Ahad itu pula Hari Maulidur Rasul. Semoga tahun ini kita akan lebih mengerti dan mengasihi junjungan besar kita, Rasulullah SAW sebagai rasul terakhir. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Membaca dan memperingati kembali sejarah hidup baginda supaya kita sentiasa berada di landasan agama yang betul. Tidak tersasar dek terlalu banyak syubhah dan fitnah yang bertebaran melata di seluruh dunia akhir-akhir ini. Contohi sifat-sifat Rasulullah SAW dan cuba ikut sunnah sebanyak dan sebaik mungkin.

 

Ok bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics