Salam korang.
Setakat pukul 12.00 ini, ada beberapa berita sedih yang kuterima. Pertama sekali, pukul 10.00 tadi salah seorang officemates telah kehilangan kereta. Walaupun kereta lama tetapi ia amat-amat diperlukan lagi-lagi di masa-masa sekarang. Merupakan rakan yang rapat di office walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi kami tak rasa ada perbezaan atau halangan untuk berkawan dengan dia sebab dia seorang yang amat baik. Dia baru sahaja mendaftarkan perkahwinan dengan si cinta hati, Eunice minggu lepas dan merancang untuk mengadakan majlis keraian pada bulan November nanti. Kereta ini amat penting untuk kegunaan ayahnya ke tempat kerja. Bila hilang memang menjadi satu isu besar. Sebab, keluarga dia bukanlah dalam golongan yang senang. Hanya menyewa di PPR dan setiap bulan pendapatan memang habis untuk bayar hutang belajar PTPTN, hutang kereta baru yang kini dia guna, petrol, bil api dan air dan juga perbelanjaan dapur. Taka da lebihan untuk buat simpanan. Bila hilang kereta, memang amat terasa bebanannya.
Pukul 11.50 tadi pula saya dikejutkan dengan berita adik Faris yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya menemuiNya. Siapa yang tak tahu menahu pasal adik Faris ini bolehlah ke blog Mazidul Akmal, http://www.mazidulakmal.com/ . Di sana setiap rentetan perjalanan hidup adik Faris yang menderita penyakit ‘Barah Darah’ diceritakan. Semoga roh adik Faris dicucuri rahmat Yang Maha Esa. Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Faris.
Ini gambar adik Faris ketika sihat.
Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Keadaan Adik Faris pada 19/Feb/2012..
No comments:
Post a Comment