Followers

Tuesday, February 14, 2012

Menghantar orang pergi Umrah

Salam korang!

 

Seperti yang dijanjikan saya akan sambung kisah menghantar orang pergi umrah. Selepas makan di Bukit Beruntung, kamipun terus gerak ke Selayang. Masa sampai itu hampir pukul 3 petang. Kalau ikutkan masa untuk check in luggage pukul 7.00 malam. Tapi dek mengenangkan hari itu merupakan hari kerja dan pasti akan bertarung dengan kesesakan di jalanraya kalau gerak pukul 5.00 ke atas maka kamipun gerak pukul 4.00 petang. So, ada masa kira-kira sejam untuk membuat final preparation, solat zohor dan lain-lain.

 

Saya, suami dan KakLong dah siap lepak di ruang tamu pada pukul 3.30 petang. KakLong keluarkan kamera yang dipinjam daripada teman rumahnya, KakZita dan tiba-tiba baru perasan yang dalam kamera itu tak ada memory card. Haih, macam mana nak bergambar kalau tak ada memory card kan? Jadi, time itu juga kami ke Selayang Mall dengan harapan dapatlah mencari memory card impian. Malangnya tak terjumpa pula. Jadi, KakLong decide nak cari bila sampai di KLIA nanti. Harap-harap jumpalah. Sempat saya mengepow suami membeli biskut ‘Famous Amous’. Tiba-tiba tekak teringin padahal perut masih lagi penuh tak boleh diisi. Sudahnya mengusung sahaja beg plastik berisi biskut sedap itu sepanjang menghantar orang pergi umrah. Sampai hari inipun belum terusik sebenarnya biskut itu.

 

Kami semua gerak menggunakan satu kereta ke KLIA tepat pukul 4.00 petang. Perjalanan lancar tanpa kesesakan dan kami berjaya sampai ke KLIA pukul 5.00 petang (kalau tak silap). Pergi solat Asar dahulu sebelum turun ke Food Court untuk isi perut (dinner awal nanmpaknya). Tengah dok mencari-cari makanan, ternampak pula noodle sizzling. Tapi dalam kepala teringat Claypot Chicken Rice. Tiba-tiba mengidam nak makan Claypot Chicken Rice pula tapi malangnya tak ada di sana. Jadi, sayapun order Kuey Teow Goreng Kerang sahaja. Dalam hati memang bersemangat nak cari Claypot Chicken Rice juga nanti sebelum bersalin. Adess~

 

Lepas makan-makan, terus pergi menghantar rombongan umrah pergi check in luggage masing-masing. Kemudian terus pergi stand by di surau untuk menunggu waktu maghrib. Dalam hati kam iterdetik rasa bahawa maghrib nanti pasti ramai yang serbu ke surau. Memang betulpun telahan saya, makin hampir waktu maghrib, makin ramai manusia yang masuk ke ruang solat. Selepas solat, saya sudah tak jumpa di mana stoking kaki saya diletakkan sebab terlalu ramai orang di dalam surau tersebut. Nak keluarpun kena berhimpit-himpit dengan orang yang baru nak masuk surau. Fuh, memang terasa betapa meriahnya surau waktu itu.

 

Pukul 8.00 malam, bakal Jemaah umrah kena berkumpul semula di tempat check in. Ada sesi taklimat sebelum mereka masuk ke terminal penerbangan. Selepas menghantar mereka sampai ke pintu masuk balai berlepas, kami singgah di kedai coklat. Hanya beli sebungkus kecil biskut coklat. Selepas itu, terus bertolak pulang. Singgah sebentar di R&R Dengkil sebab kakak ipar lapar. Tapi dek kerana pilihan makanan yang ada tak menarik sangat, dia hanya makan meehun sup. Suami langsung tak makan apa-apa. Anak  menantu PakNgah MakNgah iaitu Abang Lut dan Kak Ai beli pau 2 biji. Itupun untuk suap ke mulut anak kecil mereka, Awliya yang keletah walaupun tengah demam. Demam sebab nak kena tinggal dengan mak tuk dan wan dia selama 2 minggu.

 

Tepat pukul 10.00 kamipun berpisah dan terus balik rumah. Hari yang agak panjang untuk kami pada hari itu. Fuhh.. Cerita hujung minggu belum update lagi kan? Tunggu next entry kalau nak tahu ok. Bai!

 

p/s : sempat tanya kat suami, “kita punya ‘turn’ bila pula yea?”

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics