Followers

Friday, February 3, 2012

Lipas oh Lipas!

Salam korang!

 

Semalam, pukul 11.30 malam saya naik ke bilik untuk tidur. Agak lewat pula rasanya. Lagi-lagi bila Isyakpun belum dilaksanakan dek membantu keluarga mertua di dapur untuk sediakan makan malam. Sekarang kan waktu Isyak masuk lewat. Jadi, tiada salahnya makan dahulu barulah dapat beribadat dengan hati senang. Lepas makan, sempat pula melepak layan TV dan borak-borak keluarga di ruang tamu. Tu yang tak sedar jam dah hampir menginjak ke angka 12.

 

Masuk toilet. Terkejut tengok ada lipas masuk sekali. Dia masuk slow-slow tanpa rasa bersalah. Sudah berusaha menghalaunya dari situ tapi degil semacam. Teringat pula kata-kata mak, orang mengandung tak elok menyeksa binatang mahupun membunuhnya. Jadi, sayapun ambil keputusan keluar sahaja tanpa berjaya mengambil wudhuk. Ingat nak tidur dahulu dan bangun semula lewat malam untuk melunaskan solat.

 

Pukul 2.45 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Masih ada lagi si lipas ini. Siap berbaring (macam tidur je) betul-betul di atas lubang air. Sekali lagi saya cuba menghalaunya tapi saya juga yang terpaksa mengundur. Kalau saya teruskan juga mengambil wudhuk, dia akan lemas tenggelam kena air pula. Kesian pula. Jadi, sayapun masuk tidur balik.

 

Pukul 4.45 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Masih ada lagi si lipas ini. Masih berbaring di tempat sama. Isk, tak puas hati pula. Dah bagi chances untuk keluar tapi degil. Jadi, saya ambil spray. Bukan Ridsect mahupun Shieldtox tapi Febreze. Haha, bagi wangi sikit lubang air dalam tandas dan juga sekitarnya. Dia lari sikit tapi tak jauh. Menyorok belakang toilet bowl. Bila dia menyorok di situ, saya rasa inilah peluang untuk ambil wudhuk, sebab confirm lipas itu takkan kena air. Jadi, terus ambil wudhuk, solat dan tidur semula.

 

Pukul 6.00 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Yes, lipas dah lari. Heh heh, berjaya juga menghalau si lipas yang buat bilik air kami macam bilik tidur. Tak tahulah esok lusa punya cerita macam mana. Kalau dia buat hal juga terpaksalah beli Ridsect. Huhu~

 

Info dari saya :

Lipas suka bilik air. Lagi-lagi yang jarang digunakan. Dia siap buat bilik air jadi ‘sarang’ pembiakan. Bilik air di rumah mak sayapun turut menjadi mangsa. Disebabkan hanya hujung minggu sahaja bilik air itu digunakan iaitu bila kami suami isteri balik tidur di Puchong , maka lipaspun jadikan bilik air itu tempat penginapan diorang. Hooh~

 

Info tambahan :

Saya geli dengan lipas. Kalau merayap atas lantai sahaja takpe tapi kalau dia terbang dan naik atas badan. Euuuw, geli sebab lipaskan kotor. Sekian.

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics