Followers

Friday, February 10, 2012

Sambutan Hari Kekasih vs Hari Suami Isteri

Tadi terbaca pasal cadangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz supaya Hari Kekasih aka Valentine’s Day ditukar kepada Sambutan Hari Suami Isteri. Tiada salahnyapun kalau suami isteri nak buat candle light dinner, berdating atau ber’honeymoon’ tapi bagi saya tak berapa kena bila menetapkan tarikh tertentu untuk berkasih sayang dengan pasangan. Sebab sebagai suami isteri, kasih sayang dan rasa cinta itu hendalkah disemai setiap hari. Bukan pada hari tertentu sahaja. Bak kata orang, hari hari ialah hari Valentine’s Day untuk setiap pasangan suami isteri. Barulah rumah tangga akan kekal bahagia dan harmoni hingga ke syurgaNya. InsyaAllah.

 

Tapi, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh MB Kelantan ialah Hari Kekasih selayaknya diraikan hanya oleh pasangan yang sah mengikut syarak iaitu suami isteri. Bukan pasangan kekasih, boyfriend girlfriend, pasangan tunang apatah lagi oleh lelaki dan perempuan yang tidak punya hubungan langsung. Lebih baik tukar kepada Sambutan hari Suami Isteri berbanding mengekalkan ia dalam bentuk Hari Kekasih sahaja. Betul tak? Saya akui dulu masa masih hingusan, terdetik juga rasa di hati untuk meraikannya walaupun masa itu langsung tak ada kekasih. Zaman sekolah katakan. Ramai rakan-rakan yang punya kekasih hati dan begitu teruja menceritakan betapa seronoknya menyambut hari tersebut. Dapat hadiah berbentuk kad, bunga, kek atau coklat daripada pasangan masing-masing. Tak kurang juga menghadiahkan barangan yang lebih mahal. Ikut kemampuan poket ibu ayah masing-masinglah kan. Sebab masa itu duit belanjapun belas ehsan daripada ibu ayah kan.

 

Tapi, masa itu sambutan di kalangan budak sekolah tak se’extreme’ sekarang. Dulu tiada istilah pergi club, dating sampai lewat malam membawa ke pagi. Paling extreme pun hanya lepak minum di restoran makanan segera tapi tidaklah sampai ke malam. Habis dating terus balik. Naifnya budak-budak sekolah zaman saya dulu walaupun tetap ada keinginan untuk bercinta. Tapi mereka tahu batasannya dan paling ketara ayah ibu zaman saya semuanya jenis yang betul-betul menjaga anak. Kalau buat salah, memang kena ‘tibai’.Dan tidak kisah anak dimarah, dirotan oleh cikgu demi masa depan mereka. Anak-anak zaman sekarang semakin ‘bebas’ pada pandangan saya. Kadang kala sampai ter’mengandung’ disebabkan meraikan Hari Kekasih. Memang sedih mendengarnya tapi itulah kenyataan pahit yang perlu kita telan.

 

Bagi saya, sebaik sahaja diijabkabul, maka kenalah sambut Hari Suami Isteri setiap hari. Tak semestinya hari-hari kena bagi bunga, coklat. Beri layanan baik dan jaga hati pasanganpun sudah boleh jadi hadiah bermakna buat pasangan masing-masing kan? Oklah, sekian dulu untuk kali ini. Bai!

 

p/s : parcel yang ditunggu-tunggu sampai sudah. Alhamdulillah. Hujung minggu boleh melaram baju baru.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics