Salam korang!
Sambungan dari kisah tadi saya sambung pula cerita hari Ahad. Seawal pukul 6.30 pagi, husband beriya kejutkan supaya subuh awal-awal. Dia nak pergi acara berbasikal di Putrajaya. Acara dijangka bermula seawall 7.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari. Dia pergi dengan abang ipar. Jadi, saya, mak dan ayah dipertanggungjawabkan untuk menjaga si comot Aliya. Haha..saga gelarkan dia comot sebab baju dia comot masa lepak minum di restoran mamak. Awal pagi itu saya masak meehon goreng. Kemudian buat Roti Sandwich Sardin. Pukul 11.30, ayah ajak pergi jalan-jalan dengan kereta waja baru beli (abang sepupu saya jual dengan harga RM24k). Kereta tahun 2006. Masih tip top keadaannya seperti baru sebab mileage dia tak sampai 14000 km. Bila compare dengan kereta saya memang jauh berbeza walaupun kereta saya lebih baru daripada kereta sepupu ini. Kereta saya tahun 2009 tapi mileage dah cecah 58000.
Tujuan kami berjalan-jalan itu selain nak menceriakan hati si kecil Aliya, ayah nak pergi survey harga kereta lama ayah, Iswara. Ayah nak jual kereta itu sebenarnya. Kalau boleh nak jual sendiri bukan jual ke kedai. Senang sikit urusannya. Kereta Waja yang baru dibeli itupun dibeli secara tunai hasil berkongsi duit tabung buluh ayah dan abang saya. Rasa rugi tak beli sebab kereta sangat elok dan jarang dibawa (tengok mileagepun dah tahu kan). Lepas survey kereta terus pergi bawa Aliya tunggang lembu mainan yang ada music. Ayah kata selalunya dia lebih ceria tapi kali ini dia kurang gembira. Mungkin sebab rindukan mama dia yang sedang ikut trip company ke Taiwan. Dah 4 hari kena tinggal. Tu yang monyok sahaja muka dia. Nasib baik makan lalu.
Lepas dah masuk RM2 (50sen sebanyak 4 kali) dalam mesin tunggang lembu itu, kami terus angkut dia pergi minum pula di restoran mamak. Masa inilah dia jadi comot. Ayah suakan air milo ais, dia minum. Mula-mula minum guna straw. Lama-lama, dah tak jalan. Kena suakan cawan ke mulut dia pula. Itu yang bila dia minum tumpah habis air milo ke baju. Bila tengok tok dia minum teh tarik, dia nak juga rasa. Tok pun suakan pula cawan teh tarik ke mulut dia. Same thing happened. Tumpah lagi ke baju. Habis comot anak buah seorang ini. Hahaha~
Lepas minum, ingat nak balik rumah tapi mak ajak ayah pergi ‘round’ dekat area rumah mama Aliya. Buat hilangkan sedikit rasa rindu dia pada mama dia kan. Tapi half way, Aliya dah tertidur kepenatan. Lepas pusing sekejap, kami terus balik rumah. Sampai di rumah kira-kira pukul 2.00 petang. Suami dah sampaipun di rumah. Lepas teman dia makan, saya sambung pula memasak ayam berlada atas permintaan mak. Pukul 4.00 baru siap. Terus bersiap pula untuk balik ke Selayang. Ada janji dengan adik untuk menghantar dia balik UIA. Tapi, bila sampai sahaja di rumah, adik sudahpun naik bas.
Masa itu dalam kepala hanya fikir katil tapi tak elok tidur lepas Asar. Jadi, saya keluarkan lauk daging dan sotong untuk sediakan makan malam.
Sebelum bersilat di dapur, saya bersihkan diri dan kemas bilik. Lepas itu, terus memasak. Lepas solat maghrib sambung lagi bersilat. Pukul 8.45 baru dapat makan. Sorry ye suami. Nak masak cabai memang ambil masa sebab sambal mesti dimasak sehingga garing. Suami pula tak suka makan sambal yang basah-basah. Dia suka yang goreng sampai garing (goreng kering). Alhamdulillah, suami sukakan daging goreng cabai itu. Selain itu, saya sediakan sotong goreng kunyit dan juga telur goreng mata (tiap-tiap kali makan wajib ada). Lepas makan, sambung mengemas bilik dan melipat kain baju. Pukul 11.00 baru tidur. zzzzzzz
2 comments:
І am not surе whегe you are gеtting уour information, but great
topic. I needs to spend somе tіme learning much mоre оr
undeгstanding mοre. Thanks fοг excellеnt info I ωas
looking fοг this іnfoгmation foг
my misѕion.
Αlso ѵisit my sitе; payday loans
Uѕeful info. Luсkу me I found уour site by аccіdent, and I am stunned why
this сoinсіԁence dіԁ nοt
haρpened earlieг! ӏ bοokmаrked іt.
Also visit mу webpаge :: small loans
Post a Comment