Followers

Wednesday, February 1, 2012

Program Hujung minggu

Salam korang!

 

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik hari ini untuk bekerja. Walaupun pagi tadi rasa macam tak mahu buka mata tetapi gagahkan diri juga. Hari ini jalan lengang habis sebab Wilayah Persekutuan sedang holiday. Saya tak jealouspun tetapi next week akan jealous pada orang-orang yang cuti Isnin sempena Maulidur Rasul. Sebabnya saya tak cuti. Hanya bercuti pada hari selasa sempena Thaipusam. Elok juga cuti sebab confirm hari selasa itu akan sangkut dalam kesesakan on da way balik. Sebabnya masa itu semua masyarakat India dok serbu Batu Caves. Terima kasih kepada company sebab bagi cuti pada hari itu. Heh~

 

Hujung minggu ini jadual sabtu ahad agak padat. Hari sabtu ada majlis kenduri kahwin coursemate kami suami isteri di Pontian Johor. Tak sure lagi sama ada bertolak jumaat malam ataupun sabtu pagi. Harap-harap bertolak jumaat malamlah sebab kalau boleh tak nak tergopoh gapah sebab suami kata nak balik ke KL semula hari sabtu itu juga. Alasannya ialah pada hari ahad bermula tengahari, kami sudah ada rancangan untuk ke majlis akikah anak saudara suami bernama Wildan pula. Kalau bertolak ke KL ahad pagi tentulah tak berapa sempat nak ke majlis akikah. Kalau sempatpun dalam keadaan yang terburu-buru. Kalau boleh nak rileks sahaja. Tak mahu terkejar-kejar sangat. Lagi-lagi saya dah semakin sarat sekarang ini. Kalau terlalu penat, terpaksa pula ambil MC hari isnin nanti. Kalau boleh tak mahu terlalu banyak bercuti sebelum bersalin sebab kemungkinan besar akan menggunakan cuti atau ambil MC selepas baby lahir.

 

Bukan berdoa yang bukan-bukan tetapi realitinya saya terpaksa ambil cuti juga untuk hantar anak buat monthly check up. Itu belum masuk kalau anak demam sebab nak tumbuh gigi atau disebabkan kesan suntikan ketika check up. Dan yang paling ketara kena ambil kira juga jika nursery tempat saya hantar anak nanti bercuti sedangkan saya dan suami pula kena bekerja. Tentulah kena ambil cuti untuk jaga anak sendiri kan? Macam-macam perkara perlu difikirkan mulai sekarang. Dalam berjaga-jaga inipun, annual leave dah tinggal 10 hari sahaja (annual leave per annum hanya 12 hari sahaja walaupun dah 3 tahun lebih kerja). MC sekali masa tengah bulan Januari.

 

Hari Selasa itu ingat nak lepak rumah keluarga di Puchong. Memang sepatutnya giliran hujung minggu di Puchong tapi dek kerana banyak program, terpaksalah postpone ke hari selasa. Itupun saya seorang sahaja balik sebab suami tak cuti. Sob..sob..sedihnya. Planning nak terus ke Puchong lepas habis office hour hari isnin dan balik semula ke Selayang lepas office hour hari Rabu. Dah rindu pada anak buah saya Aliya. Tapi tak sure pula dia ada atau tidak nanti sebab rasanya papanya cuti. Mama dia sahaja yang kena bekerja. Kalau tak ada si kecil itu, bosanlah sedikit.

 

Oklah, nanti esok saya update lagi kalau sempat. Ok bai!

 

 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

Ibu Ammar said...

baby da nak keluar eh. wah, tak lama lagi jd mummy bestnya.

lama tak singgah blog ni. dulu2 masa 1st singgah sini awak masih lagi bertunang. cepatnya masa berjalan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics