Followers

Monday, February 27, 2012

Hari Bersama Aliya

Salam korang!

 

Sambungan dari kisah tadi saya sambung pula cerita hari Ahad. Seawal pukul 6.30 pagi, husband beriya kejutkan supaya subuh awal-awal. Dia nak pergi acara berbasikal di Putrajaya. Acara dijangka bermula seawall 7.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari. Dia pergi dengan abang ipar. Jadi, saya, mak dan ayah dipertanggungjawabkan untuk menjaga si comot Aliya. Haha..saga gelarkan dia comot sebab baju dia comot masa lepak minum di restoran mamak.  Awal pagi itu saya masak meehon goreng. Kemudian buat Roti Sandwich Sardin. Pukul 11.30, ayah ajak pergi jalan-jalan dengan kereta waja baru beli (abang sepupu saya jual dengan harga RM24k). Kereta tahun 2006. Masih tip top keadaannya seperti baru sebab mileage dia tak sampai 14000 km. Bila compare dengan kereta saya memang jauh berbeza walaupun kereta saya lebih baru daripada kereta sepupu ini. Kereta saya tahun 2009 tapi mileage dah cecah 58000.

 

Tujuan kami berjalan-jalan itu selain nak menceriakan hati si kecil Aliya, ayah nak pergi survey harga kereta lama ayah, Iswara. Ayah nak jual kereta itu sebenarnya. Kalau boleh nak jual sendiri bukan jual ke kedai. Senang sikit urusannya. Kereta Waja yang baru dibeli itupun dibeli secara tunai hasil berkongsi duit tabung buluh ayah dan abang saya. Rasa rugi tak beli sebab kereta sangat elok dan jarang dibawa (tengok mileagepun dah tahu kan). Lepas survey kereta terus pergi bawa Aliya tunggang lembu mainan yang ada music. Ayah kata selalunya dia lebih ceria tapi kali ini dia kurang gembira. Mungkin sebab rindukan mama dia yang sedang ikut trip company ke Taiwan. Dah 4 hari kena tinggal. Tu yang monyok sahaja muka dia. Nasib baik makan lalu.

 

Lepas dah masuk RM2 (50sen sebanyak 4 kali) dalam mesin tunggang lembu itu, kami terus angkut dia pergi minum pula di restoran mamak. Masa inilah dia jadi comot. Ayah suakan air milo ais, dia minum. Mula-mula minum guna straw. Lama-lama, dah tak jalan. Kena suakan cawan ke mulut dia pula. Itu yang bila dia minum tumpah habis air milo ke baju. Bila tengok tok dia minum teh tarik, dia nak juga rasa. Tok pun suakan pula cawan teh tarik ke mulut dia. Same thing happened. Tumpah lagi ke baju. Habis comot anak buah seorang ini. Hahaha~

 

Lepas minum, ingat nak balik rumah tapi mak ajak ayah pergi ‘round’ dekat area rumah mama Aliya. Buat hilangkan sedikit rasa rindu dia pada mama dia kan. Tapi half way, Aliya dah tertidur kepenatan. Lepas pusing sekejap, kami terus balik rumah. Sampai di rumah kira-kira pukul 2.00 petang. Suami dah sampaipun di rumah. Lepas teman dia makan, saya sambung pula memasak ayam berlada atas permintaan mak. Pukul 4.00 baru siap. Terus bersiap pula untuk balik ke Selayang. Ada janji dengan adik untuk menghantar dia balik UIA. Tapi, bila sampai sahaja di rumah, adik sudahpun naik bas.

Masa itu dalam kepala hanya fikir katil tapi tak elok tidur lepas Asar. Jadi, saya keluarkan lauk daging dan sotong untuk sediakan makan malam.

 

Sebelum bersilat di dapur, saya bersihkan diri dan kemas bilik. Lepas itu, terus memasak. Lepas solat maghrib sambung lagi bersilat. Pukul 8.45  baru dapat makan. Sorry ye suami. Nak masak cabai memang ambil masa sebab sambal mesti dimasak sehingga garing. Suami pula tak suka makan sambal yang basah-basah. Dia suka yang goreng sampai garing (goreng kering). Alhamdulillah, suami sukakan daging goreng cabai itu. Selain itu, saya sediakan sotong goreng kunyit dan juga telur goreng mata (tiap-tiap kali makan wajib ada).  Lepas makan, sambung mengemas bilik dan melipat kain baju. Pukul 11.00 baru tidur. zzzzzzz

 

 

 

Pengalaman di Motherhood Expo di KLCC

Salam korang!

 

Fuh, feeling better. Kurang rasa mengantuk. So, bolehlah bercerita aktiviti hujung minggu. Jumaat petang, saya dan suami terus bergegas ke KLCC selepas balik dari kerja. Walaupun tahu jalan akan sesak tapi tetap bergedil ehh..berdegil untuk memeriahkan motherhood expo. Dalam pukul 6.30 kamipun bertolak. Sampai KLCC Convention Centre kira-kira pukul 7.30 malam .Shopping kain bedung untuk baby, pampers newborn jenama drypers. Beli 2 bungkus dapat baby blanket, cawan dan juga libresse thingy. Berbaloi jugalah dapat jimat RM10 untuk untuk drypers plus barangan percuma lagi. Selepas itu, kami ke Pureen booth dengan tujuan asal untuk membeli cecair pembersih botol susu dan juga pakaian bayi sahaja. Tapi end up dengan membeli barang lain seperti breast pad, head to toe shower cream, towel dan juga selimut bayi. Eksited nampaknya kami berdua masa itu.

 

Dek kerana kesuntukan masa untuk kejar maghrib, kamipun berhenti shopping. Terus berlari (jalan selaju yang mungkin menuju ke masjid KLCC. Alhamdulillah sempat solat maghrib. Kemudian terus tunggu untuk sambung solat Isyak sebelum gerak ke KPJ Ampang Puteri. Anak saudara (belah suami) terkena virus tangan, kaki dan mulut. Rasanya berjangkit semasa di Taska. Kasihan Awliya sebab dari pagi tak boleh nak telan makanan sebab tekak dia rasa perit. Even susupun tak dapat nak masuk. Jadi, semua bekalan ubat dan makanan dimasukkan melalui tiub yang disambung ke kaki. Mulanya nak masukkan ke tangan tapi cucuk-cucuk tak jumpa urat. Cucukan kali ke 8 baru berjaya. Seksanya si kecil. Sudahlah langsung tak dibenarkan keluar wad disebabkan virus boleh tersebar melalui udara, lepas itu kaki pula kena ikat. Muka monyok tak dapat keluar dari bilik wad.

 

Dalam pukul 10.30, kamipun beransur pulang. Singgah mengisi perut yang lapar di McD. Saya macam biasa order Bubur Ayam McD. Entah macam mana jadi fevered pula akhir-akhir ini. Suami pula makan Double Mc Deluxe. Lepas makan terus balik tidur. Keesokannya, bangun pagi, bersihkan diri, buat laundry dan sediakan sarapan untuk suami. Sarapan kami ialah cucur lemak manis dan juga bergedil segera. Tapi tak best pula bergedil segera ini sebab balutan luarnya tak kuat. Hancur lebur bila masuk kuali. Tapi, dek kerana lapar, habis juga semua makanan. Suami siap buat maggi sekampit pula sebab tak cukup kenyang. Tengahari itu kamipun bertolak pergi kenduri kahwin classmate dulu, Nina dan Dekjan di Taman Melati. Sampai di sana kira-kira pukul 1.30 petang. Kami lepak lama juga dan beredar bila jam hampir pukul 4 petang. Terus menggagau cari masjid untuk solat zohor. Nasib baik sempat solat Zohor. Siap sambung pula berjemaah solat Asar di Masjid Setiawangsa.

 

Lepas itu suami ajak pergi motherhood expo lagi sekali. Yeah, kami bershopping lagi buat kali kedua. Kali ini kami beli lebih banyak barang. Selain daripada membeli dress maternity yang cantik from MumsDreams, kami juga sempat membeli bottle warmer jenama tommy tippie, head and shoulder comforter untuk baby stroller, baby romper, topi comel dan beberapa barangan lain (lupa pula). Lepas shopping kami bergegas ke masjid untuk berjemaah Maghrib tapi saya tak sempat pula. Baru nak pakai telekung, imam dah bagi salam. Haiseh, frust juga tapi apakan daya. Lepas solat, kamipun terus masuk KLCC. Destinasi kami ialah Food Court. Dan makanan yang saya idamkan ialah Claypot ChickeN Rice. Alhamdulillah, dapat juga merasa KLCC Food Court Claypot Chicken Rice. Walaupun tak boleh lawan Tesco Puchong dari segi rasa, KLCC punya versi ada cendawan yang sedap. Hehe~

 

Lepas itu, kami terus bergerak pulang ke Selayang. Bersiap pula untuk pulang bermalam di Puchong. Punyalah penat sampai saya tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan. Sampai sahaja di rumah iaitu dalam pukul 12.30 malam, terus sambung tidur sampai ke pagi. Ahad punya cerita? Nanti-nantilah saya sambung ok. Bai!

Monday Blues : Cara hilangkan rasa mengantuk?

Salam korang!

 

Hari ini kembali Isnin. Permulaan minggu yang agak lemau. Awal pagi lagi dah rasa sengal-sengal badan, mata pula macam nak terkatup sahaja. Berat kelopak mata atas hari ni. Tapi, hidup sebagai pekerja mesti diteruskan. Kena gagahkan diri supaya dapat buat kerja dan memastikan setiap rezeki barakah.

 

*Menguap lagi..

 

Haiya, baru tulis kata-kata semangat dah menguap balik. Bagaimana nak hadapi masa yang panjang ini. Nak tunggu jam menginjak ke pukul 5.30 petang. Sekarang ini baru masuk pukul 9.00 pagi. Lama lagi ni..

 

*Menguap lagi sekali..

 

Duhai oksigen, banyak-banyaklah masuk ke dalam badan saya supaya rasa mengantuk dan lemau ini hilang dan diganti dengan rasa segar dan cergas. Dah minum air VICO pun masih lagi tak bertenagakan? Dah makan 3 keping biskut kering pun masih lagi lemah?

 

*Menguap lagi sekali..

 

 

………………….

 

 

Ok,lah.

Kaedah menulis blog tak berjaya hilangkan rasa mengantuk.

Jadi, kena cari kaedah lain nampaknya.

Bai!

Friday, February 24, 2012

Sungai Congkak : Wakaf kena book ke?

Salam korang.

 

Bulan lepas saya ada cerita pasal Sungai Congkak. 2 kali saya pergi sana berkelah. First time pergi tak dapat wakaf sebab kes terlewat. Second time pergi baru dapat wakaf.

Ada seorang readers bertanya pasal  perkhidmatan wakaf yang ada disediakan di sana. Setahu saya memang banyak sangat wakaf-wakaf yang dibina di Sungai Congkak itu. Sepanjang sungai ada deretan wakaf disediakan. Tapi yang paling ok bagi saya ialah yang paling hujung. Masuk dengan kereta sampai jalan mati. Pintu masuk kawasan itu betul-betul di hujung jalan. Sekali masuk untuk setiap orang dikenakan RM1 sahaja.

 

Harga untuk wakaf dah termasuk dalam RM1 tersebut. Kiranya macam kemudahan yang disediakan selain daripada tandas. Tapi wakaf tak banyak. So, konsepnya macam ‘siapa cepat, dia dapat’. Masa first time kami sampai dalam pukul 11.00 pagi. Jadi, tak dapatlah wakaf sebab dah penuh. Kali kedua kami sampai kira-kira pukul 9.00 pagi. Kalau datang masa itu memang boleh pilih mana wakaf yang disukai sebab tak ramai lagi pengunjungnya. Parkingpun senang.

 

Jadi, jawapan kepada soalan di atas telahpun terjawab. Tak perlu booking kalau nak duduk di wakaf. Just walk in sahaja ye. Ia bergantung kepada nasib. Tapi tak sure pula dengan wakaf-wakaf yang lain. Mungkin boleh booking kot.

 

p/s : Teringat pula akan karipap yang dijual semasa saya di sana. Ia dijual guna motor sahaja. Rupa dia memang tak menarik tapi rasa dia sedap!

Lipas oh Lipas : Part 2

Salam korang!

 

Hari ni rasa macam nak update 2 kali pula. Sebab tiba-tiba teringat sesuatu. Saya tak tahulah kenapa lately saya selalu jumpa lipas. Sebelum ini memang jaranglah jumpa lipas. Pernah dalam sehari jumpa sampai 3 kali di tempat berbeza. Mula-mula jumpa di ruang tamu. Entah datang dari mana tiba-tiba muncul dari bawah rak kasut. Terus merayap masuk bawah sofa. Lepas itu dia macam nak pergi ke arah kami suami isteri tetapi suami segera menghalau. Macam halau orang gayanya tapi lipas itu macam faham pula. Terus masuk balik bawah sofa tak keluar-keluar. Ingatkan dah habis cerita, bila kami naik ke bilik, saya ternampak satu objek kecil berwarna gelap di depan pintu bilik mak mertua (mak mertua sedang buat umrah di Makkah). Bila buka lampu rupanya lipas lagi. Tapi sekejap sahaja dia muncul lepas itu boleh tengok balik, hilang sudah.

 

Kali ketiga pula ialah di toilet lagi-lagi masa tengah malam. Saya rasa toilet itu sudah jadi port dia melepak agaknya. Sebab lokasi panas memang di toiletlah. Hampir setiap malam saya akan terjumpa lipas dalam toilet. Pernah sekali elok sahaja saya tengok dia tidur (memang dia tidur sebab langsung tak bergerak) di atas saluran air keluar.  Selalunya saya akan halau guna penyapu sahaja. Geli satu hal. Lepas itu kalau saya buka pili air tak ke lemas dia nanti terkena air. Bukan setakat di rumah mertua sahaja, di rumah parents sendiripun jumpa juga. Ada sekali itu, buka pintu bilik terus nampak dia merayap depan mata. Terus panggil kakak saya tolong sembur shieltox.

 

Bila cerita pasal lipas, teringat pasal member saya. Dia mengadu jari tangan dia pernah kena gigit lipas ketika sedang tidur. Lipas gigit orang juga rupanya ye. Ok lah, lain kali kalau boleh tak mahu cerita pasal lipas dah. Hhuhuhu.. ok bai!

Mari Memasak

Salam Jumaat korang!

 

Minggu ini rasa seronok sebab sempat memasak untuk suami. Walaupun suami agak cerewet sampai benda-benda kecilpun dia ingatkan tetapi yang penting lauk habis juga di makan. Dia bukan cerewet pasal ‘rasa’ makanan tapi dia cerewet benda lain. Macam hari Isnin lepas, saya masak kurma ayam. Rupanya dia tak suka tambah ‘cili’ dalam masakan kurma. Dia suka plain. Lepas itu dia nak makan lauk telur goreng mata tapi saya tak buat sebab rasa macam dah cukup lauk yang ada. Jadi, at last dia goreng sendiri. Hari selasa kami makan di luar. Hari Rabu pula makan makanan pasar malam.

 

Manakala semalam pula saya pergi pasaraya beli bahan. Jadi, saya masaklah lauk ayam goreng crispy, sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung dan sayur sawi tumis berkuah. Suami cakap semua sayur saya masak cara yang sama. Lepas ini kena tengok-tengok resipi lainlah seperti sayur goreng belacan, sayur goreng taucu dan lain-lain untuk lebih banyak pilihan. Sayapun selama ini memang masak sayur macam itu sahaja cuma sama ada masak kering ataupun berkuah sahaja. Lepas itu dia tanya pasal sotong goreng tepung yang tepungnya agak keras. Sebenarnya dek kerana sudah lama tak menggoreng tepung maka adunan tepung saya tu terlebih keras. Lepas kejar masa pula sebab masa itu maghribpun dah nak habis. Jadi terus saya celup sahaja sotong dengan tepung terlebih pekat itu masuk kuali. Tu yang keras semacam. Tapi, still boleh makan. Cuma macam tak kena kalau buat sebagai lauk.

 

Lagi satu perkara yang suami pantang ialah biarkan lauk terdedah walaupun hanya sekejap untuk membasuh pinggan mangkuk. Tutup dahulu lauk baru buat kerja lain. Rupanya itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Nanti saya cari siapa yang meriwayatkan hadis berkenaan perkara ini. Saya bukan sengaja nak tinggalkan lauk itu. Saya ingatkan suami bolehlah tolong tutupkan untuk saya. Ye lah, saya dah penat memasak, nak juga bermanja tetapi saya faham, dia tak buat sebab nak saya ‘belajar’. Kalau dia tak mengingatkan, tentu saya tak sedar ataupun lupa. Lagipun masa itu dia pula sibuk menguruskan penapis air di rumah yang tiba-tiba menjadi sarang semut. Habis disedut dengan Vacuum Cleaner segala semut yang ada. Kesian juga tapi dah tak boleh biarkan. Semut yang bersarang pula bukan semut kecil tapi semut hitam yang besar. Geli pula bila tengok semut-semut ini berkumpul di sekeliling botol sos dan kicap. Euuuu~

 

Hari ini tak tahulah nak masak apa. Semalam dah beli lauk daging, sayur kobis dan bergedil segera. Ingat nak masak daging masak cabai. Walaupun tak berapa reti masak cara family suami tapi tetap berkobar-kobar nak mencuba jaya. Walaupun tahu pasti ada sahaja yang tak kena di mata suami nanti tapi bila lagi nak mula kan? Walaupun pada asasnya saya tahu memasak tapi kadang-kadang cara memasak kita dengan orang lain berbeza. So, tetap kena belajar juga kan. Ok lah. Tu sahaja update saya untuk hari ini. Bai!

Thursday, February 23, 2012

Berita sedih : Kawan hilang kereta | Adik Faris meninggal dunia

Salam korang.

 

Setakat pukul 12.00 ini, ada beberapa berita sedih yang kuterima. Pertama sekali, pukul 10.00 tadi salah seorang officemates telah kehilangan kereta. Walaupun kereta lama tetapi ia amat-amat diperlukan lagi-lagi di masa-masa sekarang. Merupakan rakan yang rapat di office walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi kami tak rasa ada perbezaan atau halangan untuk berkawan dengan dia sebab dia seorang yang amat baik. Dia baru sahaja mendaftarkan perkahwinan dengan si cinta hati, Eunice minggu lepas dan merancang untuk mengadakan majlis keraian pada bulan November nanti. Kereta ini amat penting untuk kegunaan ayahnya ke tempat kerja. Bila hilang memang menjadi satu isu besar. Sebab, keluarga dia bukanlah dalam golongan yang senang. Hanya menyewa di PPR dan setiap bulan pendapatan memang habis untuk bayar hutang belajar PTPTN, hutang kereta baru yang kini dia guna, petrol, bil api dan air dan juga perbelanjaan dapur. Taka da lebihan untuk buat simpanan. Bila hilang kereta, memang amat terasa bebanannya.

 

Pukul 11.50 tadi pula saya dikejutkan dengan berita adik Faris yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya menemuiNya. Siapa yang tak tahu menahu pasal adik Faris ini bolehlah ke blog Mazidul Akmal, http://www.mazidulakmal.com/ . Di sana setiap rentetan perjalanan hidup adik Faris yang menderita penyakit ‘Barah Darah’ diceritakan. Semoga roh adik Faris dicucuri rahmat Yang Maha Esa. Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Faris.

 

Ini gambar adik Faris ketika sihat.

 

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
 

 

Keadaan Adik Faris pada 19/Feb/2012..




 

Friday, February 17, 2012

Gambar Kahwin Saya

Salam korang..

Amaran : Entry ini dipenuhi gambar sahaja. Sebab masa ini sahaja yang ada untuk share gambar-gambar tersebut. Kalau tidak blog hanya penuh dengan tulisan saja.

Upload secara random. Baju putih itu masa akad nikah. Baju purple pula masa resepsi belah saya. Gambar resepsi belah lelaki tak jumpa pula. Nanti kalau ada saya upload lagi ok.

Kini dah lebih 8 bulan majlis ini berlalu. Dan usia baby dalam perut inipun sudahpun 6 bulan.
Alhamdulillah, syukur atas segalam nikmat dan rezeki yang Allah SWT limpahkan kepada kami suami isteri.

So, layankan sahajalah yea apa yang ada ini. zasss~





Wednesday, February 15, 2012

Pelupa

Salam readers~

 

Wednesday comes again.

Oh, no WORDLESS WEDNESDAY for me since I cannot express my day using any other visual aid here except for words.

Sometimes, I feel like to write in English and It’s fun and good to polish my blog writing skill.

 

Today, I forgot to wear office jacket and bring my ID Tag. So, this morning need to wait someone who had ID Tag before can entering office area because all door access was attached with ID scanner. Without it, you are like outsider. Not officially allow to enter company building. After that, I need to do extra task by inform HR about ID Tag thingy and at the same time request for guest ID Tag. Without ID Tag, you cannot live peacefully and comfortably. Why? Because even when you want to go to toilet or pantry, I need to pass by office door that require me to scan ID Tag. One problem settled.

 

When I ‘m not covered with jacket means I’m cannot cover my secret of how big my tummy now.  Everybody starts staring at my 6 month and half old pregnant belly. Quite weird but somehow I need to accept the reality that I’m not in a slim and flat tummy phase anymore and need to wait until delivery and after ‘berpantang’ to get back my shape (make it possible!). I’m proud to become a mum but sometimes I felt awkward. Fortunately, I  wear quite nice attire today due to have group farewell and welcome party this evening. Normally I just wear t-shirt but today I wear blaus.

 

Ok, time to pen off now. Bai!

 

p/s : today is day 2 since my MIL performing her umrah. Always pray for her to get ‘mabrur’ umrah there. Ameen~

 

Tuesday, February 14, 2012

Menghantar orang pergi Umrah

Salam korang!

 

Seperti yang dijanjikan saya akan sambung kisah menghantar orang pergi umrah. Selepas makan di Bukit Beruntung, kamipun terus gerak ke Selayang. Masa sampai itu hampir pukul 3 petang. Kalau ikutkan masa untuk check in luggage pukul 7.00 malam. Tapi dek mengenangkan hari itu merupakan hari kerja dan pasti akan bertarung dengan kesesakan di jalanraya kalau gerak pukul 5.00 ke atas maka kamipun gerak pukul 4.00 petang. So, ada masa kira-kira sejam untuk membuat final preparation, solat zohor dan lain-lain.

 

Saya, suami dan KakLong dah siap lepak di ruang tamu pada pukul 3.30 petang. KakLong keluarkan kamera yang dipinjam daripada teman rumahnya, KakZita dan tiba-tiba baru perasan yang dalam kamera itu tak ada memory card. Haih, macam mana nak bergambar kalau tak ada memory card kan? Jadi, time itu juga kami ke Selayang Mall dengan harapan dapatlah mencari memory card impian. Malangnya tak terjumpa pula. Jadi, KakLong decide nak cari bila sampai di KLIA nanti. Harap-harap jumpalah. Sempat saya mengepow suami membeli biskut ‘Famous Amous’. Tiba-tiba tekak teringin padahal perut masih lagi penuh tak boleh diisi. Sudahnya mengusung sahaja beg plastik berisi biskut sedap itu sepanjang menghantar orang pergi umrah. Sampai hari inipun belum terusik sebenarnya biskut itu.

 

Kami semua gerak menggunakan satu kereta ke KLIA tepat pukul 4.00 petang. Perjalanan lancar tanpa kesesakan dan kami berjaya sampai ke KLIA pukul 5.00 petang (kalau tak silap). Pergi solat Asar dahulu sebelum turun ke Food Court untuk isi perut (dinner awal nanmpaknya). Tengah dok mencari-cari makanan, ternampak pula noodle sizzling. Tapi dalam kepala teringat Claypot Chicken Rice. Tiba-tiba mengidam nak makan Claypot Chicken Rice pula tapi malangnya tak ada di sana. Jadi, sayapun order Kuey Teow Goreng Kerang sahaja. Dalam hati memang bersemangat nak cari Claypot Chicken Rice juga nanti sebelum bersalin. Adess~

 

Lepas makan-makan, terus pergi menghantar rombongan umrah pergi check in luggage masing-masing. Kemudian terus pergi stand by di surau untuk menunggu waktu maghrib. Dalam hati kam iterdetik rasa bahawa maghrib nanti pasti ramai yang serbu ke surau. Memang betulpun telahan saya, makin hampir waktu maghrib, makin ramai manusia yang masuk ke ruang solat. Selepas solat, saya sudah tak jumpa di mana stoking kaki saya diletakkan sebab terlalu ramai orang di dalam surau tersebut. Nak keluarpun kena berhimpit-himpit dengan orang yang baru nak masuk surau. Fuh, memang terasa betapa meriahnya surau waktu itu.

 

Pukul 8.00 malam, bakal Jemaah umrah kena berkumpul semula di tempat check in. Ada sesi taklimat sebelum mereka masuk ke terminal penerbangan. Selepas menghantar mereka sampai ke pintu masuk balai berlepas, kami singgah di kedai coklat. Hanya beli sebungkus kecil biskut coklat. Selepas itu, terus bertolak pulang. Singgah sebentar di R&R Dengkil sebab kakak ipar lapar. Tapi dek kerana pilihan makanan yang ada tak menarik sangat, dia hanya makan meehun sup. Suami langsung tak makan apa-apa. Anak  menantu PakNgah MakNgah iaitu Abang Lut dan Kak Ai beli pau 2 biji. Itupun untuk suap ke mulut anak kecil mereka, Awliya yang keletah walaupun tengah demam. Demam sebab nak kena tinggal dengan mak tuk dan wan dia selama 2 minggu.

 

Tepat pukul 10.00 kamipun berpisah dan terus balik rumah. Hari yang agak panjang untuk kami pada hari itu. Fuhh.. Cerita hujung minggu belum update lagi kan? Tunggu next entry kalau nak tahu ok. Bai!

 

p/s : sempat tanya kat suami, “kita punya ‘turn’ bila pula yea?”

Mana gambar kahwin?

Salam korang!

 

Semalam tak update blog padahal ada banyak cerita nak dikongsi. Ada pelawat, Noraim tinggalkan komen di entry ni "Balas Komen Puteri Biru =)" bertanyakan pasal gambar kahwen. Oh, maaflah dik. Akak bukan tak mahu share. Akak nak sangat berkongsi gambar di hari bahagia akak tu di blog ini tapi apakan daya, sekarang ni akak hanya mampu update blog via email office yang tidak boleh letak gambar. Nanti akak cari masa untuk kongsikan gambar-gambar kahwen akak ye. Rasanya by hujung minggu ini boleh kot?

 

Rasanya selain itu ada beberapa janji yang tak tertunai lagi iaitu update entry bergambar percutian di Fraser Hill dan juga update entry bergambar rupa paras saya yang berubah secara mendadak sepanjang mengandung ini. Tapi bab gambar mengandung ini kadang-kadang rasa segan pula nak kongsi sebab err..montel sangat sekarang. Haha! Mungkin lambat sikit updatenya walaupun tetap akan di update juga.

 

Semalam datang kerja separuh hari sahaja sebab nak menghantar ibu mertuaku, ibu dan bapa saudara belah suami (kakak dan abang ipar ibu mertua) dan juga rakan sekerja suami  yang mesra dipanggil kakLong(dah jadi close fren dengan saya dan suamipun) pergi menunaikan umrah. Seawal pukul 12.30 iaitu selepas waktu kerja, suami datang menjemput sebelum kami terus gerak ke Bukit Beruntung, menjemput KakLong. Selepas itu singgah makan tengahari di gerai berhampiran rumah KakLong. Serius masih terigau-igau kesedapan bergedil di kedai makan itu. Nasib baiklah perut dah penuh. Kalau tidak ada yang men ‘tapau’ bawa balik.

 

Nak sambung cerita terus dalam entry ini atau buat next entry? Better buat baru kan? Banyak lagi cerita menarik sepanjang menghantar orang pergi umrah ini. So, see you next round ok. Bai!

Friday, February 10, 2012

Sambutan Hari Kekasih vs Hari Suami Isteri

Tadi terbaca pasal cadangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz supaya Hari Kekasih aka Valentine’s Day ditukar kepada Sambutan Hari Suami Isteri. Tiada salahnyapun kalau suami isteri nak buat candle light dinner, berdating atau ber’honeymoon’ tapi bagi saya tak berapa kena bila menetapkan tarikh tertentu untuk berkasih sayang dengan pasangan. Sebab sebagai suami isteri, kasih sayang dan rasa cinta itu hendalkah disemai setiap hari. Bukan pada hari tertentu sahaja. Bak kata orang, hari hari ialah hari Valentine’s Day untuk setiap pasangan suami isteri. Barulah rumah tangga akan kekal bahagia dan harmoni hingga ke syurgaNya. InsyaAllah.

 

Tapi, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh MB Kelantan ialah Hari Kekasih selayaknya diraikan hanya oleh pasangan yang sah mengikut syarak iaitu suami isteri. Bukan pasangan kekasih, boyfriend girlfriend, pasangan tunang apatah lagi oleh lelaki dan perempuan yang tidak punya hubungan langsung. Lebih baik tukar kepada Sambutan hari Suami Isteri berbanding mengekalkan ia dalam bentuk Hari Kekasih sahaja. Betul tak? Saya akui dulu masa masih hingusan, terdetik juga rasa di hati untuk meraikannya walaupun masa itu langsung tak ada kekasih. Zaman sekolah katakan. Ramai rakan-rakan yang punya kekasih hati dan begitu teruja menceritakan betapa seronoknya menyambut hari tersebut. Dapat hadiah berbentuk kad, bunga, kek atau coklat daripada pasangan masing-masing. Tak kurang juga menghadiahkan barangan yang lebih mahal. Ikut kemampuan poket ibu ayah masing-masinglah kan. Sebab masa itu duit belanjapun belas ehsan daripada ibu ayah kan.

 

Tapi, masa itu sambutan di kalangan budak sekolah tak se’extreme’ sekarang. Dulu tiada istilah pergi club, dating sampai lewat malam membawa ke pagi. Paling extreme pun hanya lepak minum di restoran makanan segera tapi tidaklah sampai ke malam. Habis dating terus balik. Naifnya budak-budak sekolah zaman saya dulu walaupun tetap ada keinginan untuk bercinta. Tapi mereka tahu batasannya dan paling ketara ayah ibu zaman saya semuanya jenis yang betul-betul menjaga anak. Kalau buat salah, memang kena ‘tibai’.Dan tidak kisah anak dimarah, dirotan oleh cikgu demi masa depan mereka. Anak-anak zaman sekarang semakin ‘bebas’ pada pandangan saya. Kadang kala sampai ter’mengandung’ disebabkan meraikan Hari Kekasih. Memang sedih mendengarnya tapi itulah kenyataan pahit yang perlu kita telan.

 

Bagi saya, sebaik sahaja diijabkabul, maka kenalah sambut Hari Suami Isteri setiap hari. Tak semestinya hari-hari kena bagi bunga, coklat. Beri layanan baik dan jaga hati pasanganpun sudah boleh jadi hadiah bermakna buat pasangan masing-masing kan? Oklah, sekian dulu untuk kali ini. Bai!

 

p/s : parcel yang ditunggu-tunggu sampai sudah. Alhamdulillah. Hujung minggu boleh melaram baju baru.

Tolong cadangkan online shop jual blaus/seluar/skirt mengandung.

Salam korang!

 

Lately dalam mood ber’online shopping’. Sebab susah sangat nak jumpa blaus ngan tshirt mengandung yang cantik tetapi murah di kedai-kedai biasa. Kalau beli di butik-butik confirm ‘rabak’ poket. Setakat ini sudah 2 baju dibeli tapi belum sampai lagi ke tangan beta. Yang pertama itu saya dah bayar since selasa dan kata penjual tu yang saya kenal melalui FB, rabu dia post laju. Sepatutnya semalam or hari ini sampai. Tapi tak sampai-sampai pula sampai sekarang. Risaupun ada. Nak kena ‘follow up’ pula statusnya. Oh ya, harga blaus pertama dalam RM5X. X tu sebab tak ingat berapa ringgit.

 

Baju kedua pula saya jumpa website link dalam majalah Pa&Ma iaitu www.adrinis.com . Tengok bajunya memang cantik belaka walaupun harganya mahal sedikit tapi tak sampai RM100. So, consider dalam budget lagilah kan. Suami berkenan pada satu blaus harga RM80. Terus saya grab masuk chart dan bayar malam tadi. Kalau ikut perkiraan mungkin Isnin atau Selasa minggu depan sampailah parcel blaus itu. Tak sabar nak melaram pakai baju baru. Baju tshirt yang ada sekarang makin sendat. Blaus yang biasa pun dah tak boleh masuk (tidak muat). Dan blaus mengandung yang ada terlalu sedikit. Ada 4 helai sahaja yang boleh dipakai.

 

Last week sudah beli tudung. Beli tudung bawal plain sahajapun. Suami cakap lawa juga sebab diapun tak berapa suka tudung ada ‘batu batu’ sangat. Saya beli dalam 5 helai. 2 helai one tone manakala 3 helai lagi two tone. Puas hati sebab dapat juga menambah koleksi tudung. Rasanya dah bertahun tak beli tudung bawal. Shawl pun kebanyakan dibeli masa masih bujang dahulu. Sejak kahwin ada beli 2 helai. Itupun masa shopping raya di Jalan TAR tidak lama dahulu. Tudung sarung pun ada dibeli masa shopping raya tapi tak terpakai pula. Tersalah pilih warna tudung. Kebanyakan tudung sarung yang saya masih guna sekarang adalah dari koleksi 2 tahun lepas. Masa itu di officepun ramai menjadi pengedar tudung. So, lebih mudah membeli kan.

 

Boleh suggestkan tak tempat online shopping tudung, blaus/seluar/skirt labuh mengandung menarik tak? Masih bersemangat untuk menambah koleksi ini. lagipun masih ada 3 bulan lagi untuk melaram baju-baju tersebut. Kalau ada drop comment ok.

 

Thursday, February 9, 2012

Cuti Thaipusam + MC pula

Salam korang!

 

Sorry 2 hari tak hupdate blog ini sejak cuti Thaipusam. Bukan apa, duduk di rumah family sendiri bukan selalu. So, memang tumpuan penuh kepada mereka lagi-lagi si cinonet Aliya. Kalau sudah setiap kali duduk depan PC diapun datang menepek, tak jadilah Mak Uda dia nak update blog. Dia cukup berkenan dengan keyboard dan mouse. Kalau dapat memang ditekan-tekan kemudian di campak-campak. Ganasnya anak buah Mak Uda seorang ni. Pula tu selasa malam lepas maghrib saya diserang food poisoning. Puncanya terhidu asap semburan nyamuk yang disembur pihak majlis perbandaran lewat petang. Masa terhidu itu dah mula rasa pening dan mual. Tapi tahan sahajalah.

 

Alih-alih sebelum masuk waktu maghrib, kakak ajak dinner sama-sama. Elok makan beberapa suap tiba-tiba perut jadi sebu, tekak rasa meloya. Terus stop makan dan masuk bilik. Tiba-tiba termuntah. Lepas itu still rasa loya tapi boleh bersabar. Sudahkan solat maghrib lepas it uterus berbaring sebab dah tak larat berdiri sambil rasa meloya tak hilang-hilang. Rasa macam sama seperti di awal usia pregnancy. Takkan dah 6 bulan lebih masih lagi ada alahan kot?. Pukul 8 lebih macam tu dah terlelap walaupun rasa macam tidur-tidur ayam. Kejap-kejap terbangun.

 

Pukul 12 malam terbangun dengan rasa mual yang lebih hebat. Perut berkeroncong, bergelodak hebat. Gagahkan diri ambil gayung dalam bilik air takut-takut termuntah tiba-tiba. Elok duduk di katil sambil memegang gayung terus muntah lagi. 2-3 kali juga kali ini. Rasa macam terkeluar semua isi perut. Kesian baby dalam perut tak ada makanan untuk dia. Lepas itu terus solat isyak dan sambung tidur. Walaupun sesekali rasa loya itu datang tapi tak sekerap sebelum itu sebab perut dah kosong. Perutpun dah tak bergelodak. Cuma baby pula jadi aktif secara tiba-tiba. Risau juga takut baby tak selesa tapi tetap tenangkan hati. Tak sabar nak menunggu pagi untuk pergi klinik.

 

Pagi itu bangun pagi still ada rasa loya. Langsung tak mahu menjamah apa-apa takut kalau termuntah semula. Jadi terus pergi klinik. Lepas jumpa doktor rasa sedikit lega. Doktor bagi ubat muntah yang sesuai untuk orang yang mengandung. Jadi terus balik ke rumah. Sarapan makan pisang dan biskut quaker oat. Alhamdulillah dah tak muntah. Tapi loya-loya tak hilang juga. Suamipun terpaksa EL tetapi bukan disebabkan saya MC sebaliknya dia diserang penyakit asyik nak ke toilet sahaja. Mungkin tersalah makan. Hajat nak pergi PKNS untuk uruskan bayaran baki 1% harga rumah kami. Dalam pada tak sihat, gagahkan juga diri ke Shah Alam. Lepas itu lunch makan bubur McD sahaja sebab tak berapa lalu makan sebelum pergi buat pregnancy check up. Alang-alang sudah cuti baik terus pergi selesaikan check up bulan ini. Alhamdulillah baby sihat. Mama pula terlebih sihat sebab terlebih berat. Aduih, mulalah risau bila berat badan naik mendadak. Lepas ini kena jaga makanlah nampaknya. Makan makanan yang berkhasiat sahaja. Huhu~

 

Lepas itu sempat lagi pergi Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru. Diorang ada buat Antenatal class RM100/ pasangan. Kalau confirm bersalin di situ, saya akan join kelas itu. Suami macam berminat tapi nak survey di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Oleh kerana tak larat dah, suami cakap nak call sahaja Hospital Pusrawi nanti. Kamipun terus balik rumah. Suami terus terlena kepenatan. Petang itu suamipun pergi klinik ambil ubat dan MC. Daripada penyakit beri-beri terus membawa ke demam pula. Kasihan suami saya. Malam itu makan ‘masakan pasar malam’ sahaja. Saya makan laksa penang (sebab risau berat naik banyak sangat) manakala yang lain makan nasi goreng ayam. Risau juga kalau suami tak lalu makan tapi alhamdulillah suami makan sampai habis.

 

Malam itu tidur awallah sebab suami tak larat nak lepak tengok TV dan borak-borak. So, berakhirlah cuti Thaipusam + MC saya minggu ini. Minggu depan nak ambil halfday pula untuk menghantar mak mertua pergi buat umrah. Semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen~

 

 

 

 

Monday, February 6, 2012

Journey to Pontian : Part 2

Salam korang!

 

Rentetan daripada part 1, ada insiden berlaku masa nak keluar daripada Jusco. Sebelum bertolak, kenalah bayar parking fee kan? Entah macam mana, tiket parking hilang masa kami masuk kereta. Haish, pelik tetapi benar. Puas kami mencari dalam kereta dan di sepanjang jalan daripada mesin tiket ke kereta namum bayang tiket langsung tidak kelihatan. Terpaksalah suami pergi ambil tiket baru. Kasihan dan rasa bersalah sebab sayalah yang menguruskan pembayaran tiket tersebut sampai tiket hilangpun tak perasan. Lepas settle pasal tiket parking, kamipun bertolak ke Pontian. Kami sampai kira-kira pukul 1.30 petang. Oleh kerana pengantin tiba dalam pukul 2.00 petang, kamipun makan dahulu. Sedapnya lauk-lauk yang dimasak secara gotong royong. Ada ayam masak black paper, gulai kambeng, daging masak merah dan dalca untuk makan dengan nasi beriani. Selain itu ada juga lauk ikan keli dan lain-lain untuk dimakan dengan nasi putih.

 

Kami lepak di situ agak lama. Ingat nak balik pukul 3.00 petang tetapi hujan tiba-tiba turun dan kami baru perasan ada seorang classmate tengah makan di hujung khemah. Terus kami lepak di situ pula. Tak lama kemudian sampai lagi 3 classmate dengan pasangan masing-masing. Meriahlah meja sekejap. Kebetulan pula 2 orang daripada classmate bawa kad jemputan masing-masing untuk diberi kepada kami. Dekjan&Nina (Nina tak dapat datang kenduri ini sebab kini berada di Sabah) dan Abe bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam masa yang terdekat ini. Majlis dorang akan diadakan pada 25hb Feb (belah Nina), 03hb Mar (belah Dekjan) dan Abe pula 11hb Mar. Hampir tiap-tiap minggu ada majlis.  Bulan 4 pula ada seorang lagi member akan menamatkan zaman dara, Nana JB iaitu pada 29hb Apr manakala bulan 5 pula seorang lagi bakal berkahwin iaitu kid pada 12hb May. Punyalah padat jadual kami dengan jemputan kahwin mereka. Masa Kid punya majlis, saya tak pasti masih sempat pergi ataupun tidak. Sebab tarikh majlis dia itu betul-betul seminggu sebelum tarikh saya deliver baby. Harap sempatlah merasa nasi minyak dia sebelum bersalin nanti.

 

Akhirnya menjelang pukul 4.30 petang, kami semuapun decide nak beransur walaupun ada lagi seorang member masih ‘on da way’. Marwan dan isterinya sampai betul-betul masa kami nak masuk ke kereta. Sempatlah berborak dahulu dengan dia. Pengantin, Ujang masa itu dah nak gerak pergi outdoor photoshoot. Nasib baiklah sempat Marwan jumpa pengantin. Kalau tidak rugi woo~. Sempat lagi dorang plan nak buat gathering budak-budak kelas. Tapi yang pastinya kena tunggu kawan-kawan perempuan deliver dahululah. Setakat ini, yang masuk list ialah saya due bulan 5, Mai due bulan 5 dan Nana penang pula due bulan 8. Kalau selepas ini ada lagi yang masuk dalam list, tak dapeklah nak menolong. Dalam pukul 5.00 petang barulah kami betul-betul bertolak pulang. Tapi, kami yang datang dari KL ini tidak terus balik sebaliknya kami singgah di Jusco Tebrau yang banyak menyimpan kenangan kami suami isteri masa zaman bercinta dahulu. Sempat beli sushi di Jusco dan roti di La Boheme (lagi?) sebelum kami  bertolak pulang ke pangkal jalan. Singgah di McD Drive Thru (lagi?) untuk beli ‘dinner’. Tapi dek kerana masih kenyang makan sushi, kami hanya makan ‘dinner’ itu pukul 10.00 malam di R&R Ayer Keroh. Selepas itu, saya memang dah tak sedar diri sebab tidur di seat belakang. Betul-betul tersedar bila sampai di KL. Punyalah mengantuk sampai boleh lelap lama dalam kereta. Masa itu jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Perghh, hampir 3 jam tidur.

 

Lepas hantar kawan, saya terus sambung tidur di seat belakang. Sampailah kami tiba di rumah kira-kira pukul 1.30 pagi. Masuk bilik terus tidur sampai ke pagi. Nasib baik kali ini bangun subuh awal. Tapi dek kerana letih tak hilang, kami sambung tidur sampai pukul 10.00 pagi. Memang betul-betul qada tidur. Bangun terus kemas barang, buat laundry dan bersiap pula untuk ke majlis akikah si kecil Wildan (anak sedara suami) di Subang Permai. Kami tiba di sana pukul 12.30 tengah hari. Pukul 2.30 petang mak dah ajak balik sebab mengantuk katanya. Kamipun terus balik rumah dan sambung tidur. (aiyak, sambung tidur lagi?). Sampai dekat pukul 6.45 petang baru bangun untuk solat Asar. Hujung minggu berakhir juga. Walaupun penat tetapi rasa puas hti sebab apa yang dirancang dapat dilakukan.

 

Next weekend? Macam sudah ada planning sahaja. Tunggu dan lihat nanti. Hari ini saya akan balik ke Puchong. Akan merindui suami dan keluarga mertua sampai Rabu. Suami tak dapat join sebab dia kerja esok. Huhu~

Ok, bai!

 

 

Journey to Pontian : Part 1

Salam korang!

 

Yeah, bertemu sekali lagi kita hari ini dalam segmen, berblog ketika bercuti di office. Sayakan sudah berjanji untuk update cerita hujung minggu. Jadi sebagai seorang yang menepati janji, sayapun buat satu lagi entry hari ini. Penting untuk update progress dan aktiviti sepanjang usia mengandung ini sebagai kenangan di masa depan. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan oleh diri sendiri atau orang lain  yang sedang/bakal melalui fasa-fasa bergelar ‘mommy to be’. Seronok sebenarnya nak cerita perkembangan terkini setiap hari.

 

Macam sekarang ini, saya kerap rasa panas badan. Baby pun dah makin aktif bergerak. Langsung tiada masalah alahan tetapi makan macam biasa sahaja. Tak adalah asyik nak makan sahaja. Mungkin bila sudah masuk 7 bulan ke atas baru ‘lalu makan’ kot. Macam hari ni bila perut meragam, makanpun tak berapa nak lalu sangat. Tadi rehat pagi makan jambu batu dengan jajan. Langsung tak berkhasiat tapi perut tak berapa nak makan banyak. Tengahari nanti kena paksa makan nasilah sebab risau baby tak dapat cukup nutrisi. Harap baby sihat dan sempurna dalam perut mama.

 

Cerita pasal hujung minggu, terus terang memang seronok walaupun memenatkan. Balik daripada kerja jumaat lepas, saya terus bersiap packing barang kami suami isteri. Selepas maghrib kami terus bertolak untuk menjemput seorang kawan di KL pula yang akan join trip pergi Pontian. Oleh kerana belum makan apa-apa lagi, kami decide untuk drive thru McD sahaja. Saya beli set Prosperity Burger walaupun dah tak ada curly fries manakala suami pula beli set BigMac. Air Rebina without ice yang sedap. Kami makan sementara menunggu kawan. Dari KL, kami bertolak ke JB dalam pukul 9.30 malam.

 

Perjalanan ambil masa agak lama kali ini. Mungkin suami drive slow sebab memikirkan keselamatan wife yang sedang mengandung ini. Berhenti minum di R&R Tanggak dan mengisi petrol di R&R Machap sebelum meneruskan perjalanan ke JB. Kami sampai di area Taman U kira-kira pukul 1.30 pagi. Sempat check in sebentar di Q Hotel (dulu bangunan hotel itu milik pasaraya Bersatu Jaya. Mungkin sudah ‘bungkus’ sebab terlalu banyak competitor hebat seperti Jusco dan Giant).  Lepas check in kami menghantar rakan bujang kami untuk menumpang di rumah member yang masih bujang di Pulai Perdana. Member tu baru pindah ke rumah yang baru dia beli. Besar dan murah harganya kalau compare dengan rumah di KL. Dengan keluasan 22X70 2 tingkat, guarded area dengan access card. Siap ada swimming poll kat area itu. Maintenance fee hanya RM120 lebih sahaja sebulan. Bebaloi-baloi. Harga rumah lebih kurang harga rumah kami iaitu RM280k. Sempat tengok area dalam rumah dia. Ruang dalam bilik lebih luas berbanding dengan rumah saya.

 

Kami balik ke Q Hotel dan sampai di sana pukul 2.30 pagi. Oleh kerana keletihan yang teramat, kami terus solat dan tidur. Bangun subuhpun lambat. Hampir habis waktu subuh. Lepas itu sambung tidur semula sampai pukul 9.30 pagi. Itupun rasa tak cukup lagi. Tapi disebabkan member dah plan nak jumpa di Jusco pukul 11.00 pagi, gagahlah kami bersiap dan check out daripada hotel. Sampai di Jusco, kami berjalan-jalan mencari barang. Kot-kot boleh jumpa baju-baju menarik. Tapi memang window shopping sahajalah. Kami membeli roti di La Boheme dan lepak sarapan di Jusco Food Court. Lepas itu, kami ingat nak terus bertolak ke Pontian. Tapia da insiden pula berlaku. Apakah dia? Nanti saya sambung dalam entry kedua pula ya. Panjang sangat pulok entry ini.

 

Ok, bai!

 

 

 

Cuti Maulidur Rasul di Office

Salam korang!

 

Cuba teka di manakah saya berada sekarang ini?

 

A.      Oh, di rumah berguling atas katil(adoi, lewatnya bangun)?

B.      Di shopping complex sambil membeli belah (awal sangat kot)?

C.      Sedang menikmati sarapan enak di restoran mamak?

D.      Ataupun sedang bersiar-siar di taman melihat orang jogging sambil hirup udara nyaman?.

 

Jawapannya ialah tiada kaitan dengan jawapan-jawapan di atas sana. Oh, sedihnya sebab tak dapat buat salah satu daripada option jawapan di atas hari ini. Sebab sekarang ini saya sedang mengulit kerja di office. Yeah, hari ini diisytiharkan sebagai ‘working day’. Replacement cuti Maulidur Rasul telah dipinda kepada hari sabtu (11/Feb/2012). Yang buat hati pedih, esok cuti. Jadi bayangkanlah berapa ramai pula pekerja yang men’cuti’kan diri hari ini. Kalau ikut survey company lebih kurang 22% daripada jumpah pekerja telah apply cuti hari ini. Itu belum kira yang ambil cuti kecemasan ataupun yang cuti sakit. Mungkin boleh mencecah 30% kot iaitu lebih kurang 150 orang. Sekarang ini dalam office saya ini lebih separuh workstation kosong tak berpenghuni. Semangat nak bekerjapun tak ada.

 

Dalam pada itu, sejak semalam saya dan suami seperti ‘salah makan’. Berulang masuk keluar toilet. Perut asyik memulas sampai ke pagi. Tapi, syukurlah sebab menjelang masa untuk ke tempat kerja, perut berhenti meragam. Sempatlah masing-masing sampai ke office sebelum perut buat hal. Pagi-pagi sarapan roti sosej dan air kosong sahaja sebab takut perut meragam masa perhimpunan pagi. Elok selepas meeting pagi, perut kembali meragam. Nasib baik sekali sahaja, kalau banyak kali terpaksalah ambil MC. Harap-harap tak perlu MC lah. Seronok juga sesekali bekerja dalam office yang ‘kosong’ ini.

 

Hujung minggu punya cerita?

Saya akan ceritakan dalam next entry hari ini. Hari ini kan hari ‘free’ saya. Kerjapun tak banyak. Just tunggu kalau-kalau ada masalah-masalah berbangkit. Setakat ini belum ada lagi. Siapkan report kerja minggu lepas sahaja nampaknya hari ini. Nasib baik ada juga kerja yang hendak dibuat. Ok, bai!

Friday, February 3, 2012

Lipas oh Lipas!

Salam korang!

 

Semalam, pukul 11.30 malam saya naik ke bilik untuk tidur. Agak lewat pula rasanya. Lagi-lagi bila Isyakpun belum dilaksanakan dek membantu keluarga mertua di dapur untuk sediakan makan malam. Sekarang kan waktu Isyak masuk lewat. Jadi, tiada salahnya makan dahulu barulah dapat beribadat dengan hati senang. Lepas makan, sempat pula melepak layan TV dan borak-borak keluarga di ruang tamu. Tu yang tak sedar jam dah hampir menginjak ke angka 12.

 

Masuk toilet. Terkejut tengok ada lipas masuk sekali. Dia masuk slow-slow tanpa rasa bersalah. Sudah berusaha menghalaunya dari situ tapi degil semacam. Teringat pula kata-kata mak, orang mengandung tak elok menyeksa binatang mahupun membunuhnya. Jadi, sayapun ambil keputusan keluar sahaja tanpa berjaya mengambil wudhuk. Ingat nak tidur dahulu dan bangun semula lewat malam untuk melunaskan solat.

 

Pukul 2.45 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Masih ada lagi si lipas ini. Siap berbaring (macam tidur je) betul-betul di atas lubang air. Sekali lagi saya cuba menghalaunya tapi saya juga yang terpaksa mengundur. Kalau saya teruskan juga mengambil wudhuk, dia akan lemas tenggelam kena air pula. Kesian pula. Jadi, sayapun masuk tidur balik.

 

Pukul 4.45 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Masih ada lagi si lipas ini. Masih berbaring di tempat sama. Isk, tak puas hati pula. Dah bagi chances untuk keluar tapi degil. Jadi, saya ambil spray. Bukan Ridsect mahupun Shieldtox tapi Febreze. Haha, bagi wangi sikit lubang air dalam tandas dan juga sekitarnya. Dia lari sikit tapi tak jauh. Menyorok belakang toilet bowl. Bila dia menyorok di situ, saya rasa inilah peluang untuk ambil wudhuk, sebab confirm lipas itu takkan kena air. Jadi, terus ambil wudhuk, solat dan tidur semula.

 

Pukul 6.00 saya terbangun.

Terus masuk toilet. Yes, lipas dah lari. Heh heh, berjaya juga menghalau si lipas yang buat bilik air kami macam bilik tidur. Tak tahulah esok lusa punya cerita macam mana. Kalau dia buat hal juga terpaksalah beli Ridsect. Huhu~

 

Info dari saya :

Lipas suka bilik air. Lagi-lagi yang jarang digunakan. Dia siap buat bilik air jadi ‘sarang’ pembiakan. Bilik air di rumah mak sayapun turut menjadi mangsa. Disebabkan hanya hujung minggu sahaja bilik air itu digunakan iaitu bila kami suami isteri balik tidur di Puchong , maka lipaspun jadikan bilik air itu tempat penginapan diorang. Hooh~

 

Info tambahan :

Saya geli dengan lipas. Kalau merayap atas lantai sahaja takpe tapi kalau dia terbang dan naik atas badan. Euuuw, geli sebab lipaskan kotor. Sekian.

 

Pontian, kami datang | Maulidur Rasul 1433 Hijriah

Salam Jumaat.

 

Yeah, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Walaupun hujung minggu ini saya tak dapat nak bersenang lenang sebab bermula malam ini saya akan memulakan pemgembaraan hujung minggu. Yup, akhirnya suami sudahpun membuat keputusan untuk bertolak ke Pontian malam ini juga. Tapi mungkin kami akan ke JB dahulu sebab rakan taulan banyak di sana. Lagi satu adik iparpun ada di UTM sedang further master. Awal-awal nak minta maaf kepada suami kalau ditakdirkan saya ter..tidur sepanjang perjalan ke selatan nanti. Silap-silap suamipun akan berhenti di R&R untuk berehat sekejap. Segalanya mungkin.

 

Kami akan bertolak ke KL petang or malam sabtu. Esokan paginya baru ada ruang untuk bernafas sikit. Mungkin akan buat sesi mengemas bilik, iron baju kerja suami dan lain-lain perkara sebelum kami ke majlis akikah anak saudara belah suami, Wildan di Subang. Majlis bermula tengahari gitu. Bila buat majlis akikah begitu mesti akan melarat sampai ke lewat petang or malam. Silap-silap, balik rumah untuk tidur sahaja sebab esokannya kami berdua kerja. What? Hari Isnin kena kerja? Yerp, saya ok lagi sebab Selasa diberi cuti. Suami tak ada cuti langsung. Sabar sahajalah.

 

Hari jumaat kena diraikan dengan meriah. Ahad itu pula Hari Maulidur Rasul. Semoga tahun ini kita akan lebih mengerti dan mengasihi junjungan besar kita, Rasulullah SAW sebagai rasul terakhir. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Membaca dan memperingati kembali sejarah hidup baginda supaya kita sentiasa berada di landasan agama yang betul. Tidak tersasar dek terlalu banyak syubhah dan fitnah yang bertebaran melata di seluruh dunia akhir-akhir ini. Contohi sifat-sifat Rasulullah SAW dan cuba ikut sunnah sebanyak dan sebaik mungkin.

 

Ok bai!

 

Thursday, February 2, 2012

Balas Komen Puteri Biru =)

Salam..

 

Yuhuu..

Hari ini takkan tak update kan. Mesti mahu update walaupun agak busy. Ada sahabat lama blogger komen di entry lepas tetapi saya dapat baca sahaja sekarang. Tak dapat nak membalasnya. Saya bacapun melalui email notification. Sekarang ini internet di office dah kena sekat. Selama ini saya update blog pun thru email sahaja. Sebab itu jarang-jarang ada gambar. Pernah try publish post dengan gambar thru email tapi tak lepas.

 

Jadi, maaflah ye kepada Puteri Biru sebab tak dapat nak reply comment di post itu. Saya copy paste comment Puteri Biru di entry ini dan balas terus di sini. Ok tak?

 

Puteri Biru has left a new comment on your post "Program Hujung minggu":

baby da nak keluar eh. wah, tak lama lagi jd mummy bestnya.
lama tak singgah blog ni. dulu2 masa 1st singgah sini awak masih lagi bertunang. cepatnya masa berjalan.

 

Reply saya,

 

Wahh, Puteri Biru. Lama tak jenguk sini ye. Tu la. Dah 6 bulan usi kandungan ni. Saya dah jadi puan sejak hampir 8 bulan lepas. 11hb Jun saya nikah. Maaflah tak sempat nak jemput kawan-kawan blogger secara rasmi. Just invite melalui entry post sahaja. Kalau tak jenguk, memang tak tahu menahulah kan.  Takpe, bulan 5 nanti saya deliver. InsyaAllah, kalau berkesempatan saya akan update pasal baby di blog nanti.

 

 

Oklah, tak boleh nak menaip panjang. Nak pergi solat Asar lepas itu dah boleh prepare untuk balik rumah. Esok sudah Jumaat. Cepatnya masa berlalu. Tak sabar. Rasa dah ‘penat’ kerja 4 hari ini. Tambah sehari sahaja lagi esok jadi 5 hari. Jom solat sama-sama yea. Ok bai!

Wednesday, February 1, 2012

Program Hujung minggu

Salam korang!

 

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik hari ini untuk bekerja. Walaupun pagi tadi rasa macam tak mahu buka mata tetapi gagahkan diri juga. Hari ini jalan lengang habis sebab Wilayah Persekutuan sedang holiday. Saya tak jealouspun tetapi next week akan jealous pada orang-orang yang cuti Isnin sempena Maulidur Rasul. Sebabnya saya tak cuti. Hanya bercuti pada hari selasa sempena Thaipusam. Elok juga cuti sebab confirm hari selasa itu akan sangkut dalam kesesakan on da way balik. Sebabnya masa itu semua masyarakat India dok serbu Batu Caves. Terima kasih kepada company sebab bagi cuti pada hari itu. Heh~

 

Hujung minggu ini jadual sabtu ahad agak padat. Hari sabtu ada majlis kenduri kahwin coursemate kami suami isteri di Pontian Johor. Tak sure lagi sama ada bertolak jumaat malam ataupun sabtu pagi. Harap-harap bertolak jumaat malamlah sebab kalau boleh tak nak tergopoh gapah sebab suami kata nak balik ke KL semula hari sabtu itu juga. Alasannya ialah pada hari ahad bermula tengahari, kami sudah ada rancangan untuk ke majlis akikah anak saudara suami bernama Wildan pula. Kalau bertolak ke KL ahad pagi tentulah tak berapa sempat nak ke majlis akikah. Kalau sempatpun dalam keadaan yang terburu-buru. Kalau boleh nak rileks sahaja. Tak mahu terkejar-kejar sangat. Lagi-lagi saya dah semakin sarat sekarang ini. Kalau terlalu penat, terpaksa pula ambil MC hari isnin nanti. Kalau boleh tak mahu terlalu banyak bercuti sebelum bersalin sebab kemungkinan besar akan menggunakan cuti atau ambil MC selepas baby lahir.

 

Bukan berdoa yang bukan-bukan tetapi realitinya saya terpaksa ambil cuti juga untuk hantar anak buat monthly check up. Itu belum masuk kalau anak demam sebab nak tumbuh gigi atau disebabkan kesan suntikan ketika check up. Dan yang paling ketara kena ambil kira juga jika nursery tempat saya hantar anak nanti bercuti sedangkan saya dan suami pula kena bekerja. Tentulah kena ambil cuti untuk jaga anak sendiri kan? Macam-macam perkara perlu difikirkan mulai sekarang. Dalam berjaga-jaga inipun, annual leave dah tinggal 10 hari sahaja (annual leave per annum hanya 12 hari sahaja walaupun dah 3 tahun lebih kerja). MC sekali masa tengah bulan Januari.

 

Hari Selasa itu ingat nak lepak rumah keluarga di Puchong. Memang sepatutnya giliran hujung minggu di Puchong tapi dek kerana banyak program, terpaksalah postpone ke hari selasa. Itupun saya seorang sahaja balik sebab suami tak cuti. Sob..sob..sedihnya. Planning nak terus ke Puchong lepas habis office hour hari isnin dan balik semula ke Selayang lepas office hour hari Rabu. Dah rindu pada anak buah saya Aliya. Tapi tak sure pula dia ada atau tidak nanti sebab rasanya papanya cuti. Mama dia sahaja yang kena bekerja. Kalau tak ada si kecil itu, bosanlah sedikit.

 

Oklah, nanti esok saya update lagi kalau sempat. Ok bai!

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics