Salam korang!
Hari ini Ramadhan yang ke 23. So, dah masuk hari ke 23 kita berpuasa. Kalau raya jatuh pada 30hb, maka tinggal lebih kurang 6 hari sahaja lagi peluang untuk kita melipat gandakan ibadah lagi-lagi dalam mencari Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Saya sekarang ini perlu melipat gandakan usaha untuk khatamkan Al-Quran. Sabtu dan Ahad lepas terlalu sibuk dengan hal duniawi sehingga tak sempat nak habiskan bacaan walau sejuzuk. Kesalpun tak berguna. So, 6 hari yang tinggal ini kena usaha lebih. Sekarang baru masuk Juzuk ke 10. Fuh, 20 juzuk lagi untuk dikejar. Mampukah diri ini?
Ada seorang kawan saya bagitahu, kalau tak sempat nak khatamkan dalam bulan Ramadhan, cuba untuk khatamkan semasa Puasa Sunat 6 Syawal. Lebih baik begitu daripada tak khatam langsung kan? Tetapi memang tak dinafikan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan feel dia lain sikit berbanding di bulan lain. Mungkin sebab masa ini semua syaitan dibelenggu. So,rasa macam nak baca lama-lama walaupun sedang berpuasa. Tetapi apakan daya, kerjapun ibadah yang perlu dilunaskan. So, kenalah stop untuk buat kerja harian pula. So, curi-curi masa rehat untuk membacanya. Rehat di bulan puasapun tidak lama. Hanya setengah jam.
Saya berharap dan berdoa urusan ini dipermudahkan olehNya. Dah beberapa tahun di bulan Ramadhan saya tidak berjaya untuk khatamkan bacaan Al-Quran. Saya berharap tahun ini saya akan berjaya. Saya yakin mesti ada kawan-kawan yang sudahpun khatam kan. Tahniah untuk anda. Kepada yang masih belum khatam, jom kita sama-sama usaha untuk khatamkan. Ok da, bai!
No comments:
Post a Comment