Salam korang!
Huhu..
Dengan segala hormatnya saya nak umumkan bahawa saya tidak berapa sihat lately. Hari pertama puasa saya dah MC. Demam disebabkan sakit tekak berserta kahak. Itu cerita last week punya. Doktor ada bagi ubat untuk sakit tekak dan untuk hilangkan kahak. Lepas makan ubat (waktu berbuka dan sahur). Sayang woo nak tinggalkan puasa. Tekak perit sikit tidak apa. Heh~
Dalam pada makan ubat, sampai hujung minggu barulah sakit tekak beransur sembuh. Tapi dalam masa yang sama datang pula penyakit lain. Tak lain tak bukan sakit kepala dan selsema. One package kot. Masa cuti hujung minggu bolehlah layan. Tapi, kalau dah masuk hari Isnin selsema tak baik-baik memang rasa tak selesa. Dek kerana malas nak MC, saya redah sahajalah. Berapa kali srot sret srot sret di office pun saya tak tahu. Malas pula makan ubat sebab menganggap ia hanya sakit sementara. Esok-esok baiklah tu kan. Tapi sampai ke hari ini (Rabu), situasi masih sama. Malah makin banyak srot sret srot sret. Bila tak ‘buang’, akan ‘tangkap’ kepala. Apa lagi berpinarlah mata tahan sakit kepala. Adehlah.
Saya yakin saya tidak demam. Hanya selsema. Tapi bila pula nak minta ubat kat doctor. Dahlah 2,3 hari ini hari hujan. Layan mandi air hujan semalam masa pergi membeli di bazar. Berbuka pula minum minuman berais. Fuh, baik punya ubat untuk orang yang selsema. Ubat yang buat ‘sakit tekak’ kembali datang.
p/s : malam nanti ada orang nak bawa pergi pekena McD GCB. Nyum-nyum.~
1 comment:
semoga cepat sembuh...
selamat berpuasa
Post a Comment