Followers

Tuesday, August 16, 2011

Rindu

24hb nanti kakak saya, abang ipar saya dan anak buah saya, Aliya Batrisya akan berangkat ke Sabah. Mulalah ayat-ayat sedih keluar sebab dorang pergi sana lebih kurang 2 minggu. So, 2 minggu dorang tak ada di semenanjung. Yang sedihnya 2 minggulah seluruh family En. Muhamad akan merindui si comel itu. Hoho~

 

Saya ini memang seminggu or 2 minggu sekali sahaja dapat jumpa dia. Sebab sayapun tinggal jauh (tak adalah jauh manapun tapi tak tersampailah pada hari weekdays). Jarang boleh balik Puchong. Maklumlah sudah ada kehidupan baru. Kalau tinggal di Puchong maka jadi weekend husband n wife la pula nanti sebab husband kerja di Rawang. So, kesianlah pula nak ulang alik daripada Puchong ke Rawang.

 

Hujung minggu ini sahajalah masa paling bermakna saya bersama mereka. Sudah ada plan pun untuk jalan-jalan cari pasal di KL nanti. Hajat nak mencari baju raya, tudung raya barang sehelai dua. Lagipun kalau beli di KL jimat sebab harganya jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Sebab itu KL lagi-lagi sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India sentiasa jadi tumpuan lagi-lagi menjelang musim perayaan daripada dahulu sampailah sekarang.  

 

Tak sabar menunggu hujung minggu tiba. Hari in baru hari Selasa. Ada lagi baki tiga hari lebih perlu dilalui. Rindu anak buahku Aliya Batrisya. Rindu pada mak ayah, abang kakak dan adik-adik. Ok da, cukuplah untuk kali ini. Bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics