Salam korang!
24 Ramadhan menyapa. Hari ini saya baru sahaja berjaya menyelesaikan hampir 11 juzuk Al-Quran. Dush, baru 11 ke? Macam mana nak kejar lagi 19 Juzuk tu yea. Risau risau. Semalam balik rumah family sendiri sebab esokannya Aliya sekeluarga akan berangkat ke Sabah. Balik kampung belah papa dia pula tahun ini selama 2 minggu. Aliya Batrisya ni satu-satunya anak buah saya. Satu-satunya cucu kepada mak ayah saya. So, memang terasa ‘kosong’ dan ‘sunyi’ bila Aliya, mama and papa dia tiada.
Jadi, semalam saya memang fokus untuk layan si kecil Aliya yang usianya baru sahaja menginjak 8 bulan semalam. Tepat-tepat 8 bulan sebab dia lahir pada 23/Dec/2010. Jadi tak dapat nak baca Al-Quran lama-lama. Tak apa, kita usaha pula hari ini ye. Hari ini saya akan balik ke Selayang semula. Bercerita pasal anak buah saya sorang itu, dia dah boleh berdiri sekejap-sekejap. Cara dia duduk pula memang style la. Hampir macam ‘bersimpuh’ tapi bukan. Tak terfikir pula untuk snap picture dia duduk tapi memang cute dan sopan sahaja. Lepas itu suka pegang walker dia dari luar lepas itu tolak. Sebab dia nak berjalan tapi tak mampu lagi nak imbang diri. So, dia bergantung pada walker tu untuk bergerak bebas.
Dia juga suka berdiri sebelah meja kecil (yang selalu letak diruang tamu bersama sofa), dan mencapai apa sahaja barang yang ada atas meja kemudian campak ke bawah. Bila dah habis barang atas meja, diapun turunkan badan ke bawah kemudian merangkak ke tempat lain pula. Kadang-kadang dia terus duduk dan mengutip semula barang-barang yang telah dicampakkan dari meja tadi sebelum memasukkan ke mulutnya pula. Haih, kotorlah Aliya ni. Semua barang mahu masuk mulut.
Dia akan ketawa bila saya lambai-lambai tangan pada dia dari jauh. Dia juga akan ketawa bila orang geletek perut dia dan dia juga akan ketawa bila orang tepuk-tepuk montot dia. Ceria betul dia. Ok lah, lagi banyak cerita, lagi sedih pula sebab 2 minggu lagi baru dapat jumpa Aliya. Bai!
No comments:
Post a Comment