Followers

Thursday, August 4, 2011

TAZKIRAH ANTARA SOLAT TARAWIKH

Salam korang!

Semalam macam biasa saya pergi solat tarawikh berhampiran kediaman. Dan seperti biasa masjid buat tazkirah antara solat tarawikh. Selalunya tazkirah yang diberikan sekejap sahaja. Paling lamapun 30 minit. Itupun sudah cukup buat saya serta beberapa Jemaah resah gelisah. Sementelahan lagi saya dapat lihat pengurangan mendadak jumlah Jemaah hari demi hari.

Mungkin ini fenomena biasa sebab biasanya orang bersemangat hanya di awal bulan Ramadhan. Masalahnya semalam baru solat tarawikh yang ke 5. Masa malam pertama kalau tak silap ada 4 saf termasuk kanak-kanak (Jemaah perempuan). Itupun kanak-kanak berkongsi saf dengan orang dewasa di saf ke 4. Esokannya berkurang menjadi tiga. Dan semalam paling best sebab hanya ada 2 saf (itupun saf kedua tak penuh). Adakah ini berpunca daripada adanya sesi tazkirah yang lama?

Yang saya nak cerita ialah pasal tazkirah semalam. Tazkirah yang diberikan terlalu lama iaitu kira-kira 45 minit. Jemaah perempuan kebanyakkannya ada yang tertidur, melunjur kaki gara-gara lenguh dan tak kurang juga yang buka ‘tazkirah’ sendiri di belakang. Malah ada yangterpaksa menenangkan anak-anak mereka yang mula bermain di belakang gara-gara bosan menunggu. Saya rasa macam tak kena sahaja bila tazkirah dilakukan terlalu lama. Memang ada yang mendengar dengan penuh kusyuk hingga habis sesi tazkirah tetapi bagaimana pula dengan segelintir Jemaah seperti yang saya sebutkan tadi.

Rupanya suara hati saya ini dikongsi oleh orang lain juga. Dan hari ini saya tersenyum membaca artikel di akhbar pasal isu ini. Jom baca sat;
Tazkirah, tarawih langkah ajak umat imarah masjid
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2011/08/04

Majlis ilmu ruang terbaik bagi jemaah timba pengetahuan, namun fokus harus kepada solat

TAZKIRAH solat tarawih digalakkan sebagai nilai tambah kepada jemaah kerana selain mendapat pahala berjemaah menunaikan solat sunat yang hanya ada pada Ramadan, mereka juga mendapat pencerahan ilmu.

Bagaimanapun, Perunding Utama/Pengarah Urusan Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berpendapat masa untuk majlis ilmu itu perlu dihadkan kepada 15 minit iaitu tempoh mencukupi untuk memberi peluang penceramah menyampaikan mesej bermanfaat kepada jemaah.

Katanya, majlis tazkirah yang diadakan antara solat sunat tarawih adalah ruang terbaik untuk jemaah menimba ilmu berkaitan Islam memandangkan bukan semua mempunyai kelapangan menghadiri majlis ilmu.

“Saya rasa kita tidak boleh halang jika ada masjid dan surau yang ingin menganjurkan tazkirah cuma yang perlu diberi perhatian ialah masanya biar sesuai iaitu jangan terlalu lama hingga meresahkan jemaah kerana ada yang datang bersama anak.

“Lagipun, jemaah yang datang tidak hanya ingin menumpukan kepada solat sunat tarawih saja, jadi majlis ilmu dapat memberi nilai tambah kepada mereka. Maknanya, pahala tarawih dapat, pahala pengisian ilmu juga dapat. Kira dua dalam satu,” katanya.

Beliau berkata, kedua-duanya patut diraikan untuk mengimarahkan lagi program disediakan masjid dan surau yang matlamat utama adalah mengajak jemaah menghayati Ramadan serta meningkatkan pengetahuan mengenai Islam.
Walaupun tazkirah tarawih sudah menjadi sebahagian amalan biasa di masjid dan surau, namun masih wujud pertentangan pendapat sama ada ia perlu diteruskan atau tidak dianjurkan kerana pelbagai sebab.

Isu turut dibangkitkan apabila sesi tazkirah dijadikan medan untuk menyebarkan fahaman politik dan tidak kurang yang merungut apabila ceramah mengambil masa lebih lama berbanding solat tarawih.

Ahmad Shukri berkata, bagi memastikan jemaah dapat menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan, penceramah perlu menggunakan pendekatan yang mampu memikat terutama dari segi pemilihan topik.

Sebagai cadangan, penceramah boleh membicarakan tajuk yang pelbagai mengajak umat Islam mendekatkan diri kepada Allah, persiapan sebagai hamba Allah serta menegak makruf dan menghalang segala kemungkaran.

“Isu berkaitan Ramadan juga boleh tetapi takut nanti jadi pengulangan pula.
Oleh itu pemilihan tajuk yang tepat penting supaya sepanjang 30 hari ini banyak ilmu mengenai Islam dapat disampaikan dan diterima jemaah,” katanya.

Mengenai faktor masa yang dijadikan isu sesetengah pihak, beliau berpendapat 15 minit yang diselitkan antara solat tarawih lapan rakaat (kebiasaan bagi kebanyakan masjid dan surau) adalah tempoh sesuai justeru bagi ceramah melebihi masa itu mungkin akan menjejaskan tumpuan jemaah.

Katanya, kebijaksanaan penceramah menggunakan sebaiknya masa itu dengan menyampaikan input yang baik akan memberi impak besar kepada jemaah.

Ahmad Shukri yang menjadi imam di Surau Al-Kauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi memberitahu, jemaah surau berkenaan memberi maklum balas positif terhadap sesi tazkirah yang diselitkan bersama solat tarawih.

Mengulas pandangan bahawa tazkirah tarawih adalah bid’ah, katanya perbincangan mengenai perkara bid’ah sudah sering diperkatakan malah banyak amalan dikaitkan sebagai perbuatan bid’ah.

“Majlis ilmu yang kita anjurkan mengiringi solat sunat tarawih bertujuan untuk pengukuhan dan percambahan ilmu. Sebab itu perlu buat yang sederhana supaya jemaah boleh tunggu dan mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

So, ustaz-ustaz penyampai tazkirah sekalian. 15 minit sahaja ye selepas ini. Hehe~

6 comments:

kaLab said...

setuju2.
semalam kemain lama lagi huuu~

dayah said...

selamat moreh bole? hehe samat ber-terawih.

Ps- sy ada soalan kalau website tu kalau dia guna ada(dot)com sekali tu nak tukar nama pulak, boleh ke?

soalan tetiba nak tanya

noorafzan said...

selamat2..
=)

nak tukar url boleh selagi url tu available..=)

noorafzan said...

tahu takpe..

amirulfaiz said...

Setuju sangat. Tazkirah pendek (10 - 15 minit), tapi konsisten, istiqamah, hari-hari, rasanya lebih mudah meresap dalam jiwa.

Bubbie said...

Short, sweet, to the point, FREE-eatxlcy as information should be!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics