Salam korang..
Fuh, dah masuk hari keempat berpuasa. Dan malam ini tarawikh yang ke 5. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi. Dapat terus melipat gandakan amal ibadah di bulan mulia ini. Memanglah nak beribadah tak semestinya tunggu Ramadhan tetapi bulan Ramadhan bulan istimewa untuk umat Islam. Jadi, biarlah special sikit berbanding bulan-bulan lain. =)
Bercerita pasal bulan Ramadhan, ini merupakan kali pertama berpuasa sebagai seorang isteri, menantu dan bersama adik beradik ipar. Memang pada mulanya rasa pelik maklumlah semuanya serba baru. Tetapi, sedikit demi sedikit saya belajar untuk terima kenyataan yang saya sudahpun bertukar status. Bukan lagi bujang. Dah ada roommate buat selama-lamanya, InsyaAllah.
Kalau dahulu saya adalah orang pertama yang bangun pagi. Biasanya pukul 4.30 saya bangun untuk menyediakan sahur. Selepas bersahur saya juga yang akan mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk sebelum bersedia untuk ke tempat kerja. Menjelang waktu berbuka pula biasanya dalam perjalanan balik dari office, saya akan singgah di bazar membeli makanan. Cuma tahun lepas saya hanya pesan makanan pada abang sebab dia memang diamanahkan mak untuk ke bazar. Beberapa jenis kuih memang wajib dibeli. Sampai sahaja di rumah, lauk utama telahpun dimasak oleh abang saya. Saya cuma tambah lauk sikit-sikit dan menyediakan air manis (biasanya sirap, oren ataupun laici).
Sekarang dah lain. Mak mertua rajin. Biasanya pukul 4.30 dia bangun sebab dia nak makan nasi. Kami suami isteri dah ada makanan untuk sahur. Kadang-kadang roti john. Kadang-kadang kebab, kadang-kadang minum air sahaja sebab tak lalu. Mak seorang sahaja yang lalu makan nasi. Bila balik daripada kerja saya menunggu suami untuk bersama-sama ke bazar. Bazar dekat sahaja dengan rumah. Jalan kaki seminit sahaja sudah sampai. Kami terus beli siap-siap makanan untuk bersahur. Mak pula biasanya masak nasi di rumah. Cuma lauk pauk dan kuih muih sahaja dibeli di bazar. Sebab mak mertua bekerja juga macam kami. So, tak sempat nak masak-masak. Menjelang pukul 7 kami bersilat sekejap di dapur menghidang makanan dan menyediakan minuman (biasanya air kosong je). Berbukapun biasanya bertiga sahaja. So, ala kadar sahajalah. Hujung minggu lain pula cerita sebab ramai Jemaah akan berbuka puasa bersama.
3 comments:
Salam.
Selamat berpuasa juga.
Saya pun pengalaman pertama berpuasa bersama seorang suami.
selamat berpuasa
salam dan selamat berpuasa afzan..wah bestnya dapat mak mertua yang rajin masak. kamu sekarang duk umah mertua ker?
Post a Comment