Followers

Friday, December 30, 2011

Accident

Salam korang.

 

Macam biasa bila Jumaat sahaja, sukanya. Even malam sebelumnya berlaku sesuatu yang menduga saya dan juga suami tetapi hari ini Alhamdulillah sedikit demi sedikit diberi petunjuk olehNya. Alkisahnya malam tadi dalam pukul 11.30 malam. Sedang elok saya iron baju kerja suami dan juga beberapa helai blaus saya, tiba-tiba husband muncul. Dia beritahu kereta saya kena langgar. Bonnet belakang pecah manakala pintu belakang kemek. Saya terdiam seketika macam tergamam. Tak tahu nak cakap apa dan tak tahu apa nak buat. Husband ajak saya pergi tengok sendiri keadaan kereta.

 

Bila tengok sahaja, memang agak teruklah keadaan bonnet itu, pecah belah kanan (berhampiran paip ekzos). Bonnet memang kena tukar dengan yang baru. Tengok pada pintu belakang pula, kemek dan calar yang agak besar. Kena fikir kos untuk ketuk, simen dan cat semula. Itu kereta pula cerita. Saya berbalik pula kepada punca ataupun suspek yang menjadi punca kekemekkan dan kepecahan bahagian belakang kereta saya. Suspek menaiki motosikal. Yang menunggang seorang lelaki manakala yang membonceng merangkap pemilik motosikal itu pula perempuan. Mereka menggelabah sebab dikejar seeokr anjing. Akibat gagal mengawal handle motor, dia terus langgar belakang kereta husband sebelum langgar pula belakang kereta saya. Kereta husband bercalar sedikit tetapi kereta saya pula yang teruk. Huhu~

 

Kasihan juga sebab pembonceng itu cedera (tangan dan kaki masa itu gagal digerakkan). Jadi, husband hanya ambil lesen P pembonceng aka pemilik motor berkenaan sebelum pergi ke hospital mendapakan rawatan. Suspek pun masing-masing masih muda. Baru berumur 20 tahun. Nak minta dorang ganti rugipun kadang-kadang tak sampai hati. Tapi, kami kena bertegas juga dalam hal ini sebab sebelum ini ramai yang suka lari daripada bayar ganti rugi. Sekurang-kurangnya bayar sahajalah yang dia habis mampu. Tadi husband call bagitahu ada member dia nak jual bonnet dengan harga RM260. Tapi still kena fikir kos untuk mengecatnya di samping kos mengetuk, simen dan mengecat pintu belakang. Entah berapa kosnya sayapun tak pasti.

 

Risau sebenarnya sebab kami memang tak ada tempat lain untuk parking kereta. Dalam kawasan pagar rumah hanya boleh muat 2 kereta sahaja iaitu kereta mak dan kakak. Kereta saya dan husband terpaksa parking di luar. Bahaya tapi kami tak ada pilihan. Bila jadi macam ini rasa tak sabar nak berpindah ke rumah baru . Dulu masa tinggal di rumah mak, tempat parking banyak dan risiko berlaku kemalangan sebegitu kurang sebab depan rumah bukan laluan utama kenderaan. Di rumah mertua pula depan rumah ada shopping complex. Memang berisiko besar untuk berlaku kejadian yang sama lagi di masa akan datang.

 

Apapun saya percaya pasti adi hikmah tersembunyi disebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah SWT yang bagi saya rezeki yang lebih besar dalam masa terdekat ini. Semoga makbullah doa saya selama ini. Ameen~

Wednesday, December 28, 2011

Tak boleh blogwalking?

Salam korang!

 

Hoh, rabupun menjelma.

Tiap-tiap minggu saya dapat notification Weekly Stats untuk blog ini. Tertanya-tanya siapalah sebenarnya yang mengunjungi blog saya selama ini. Ramai juga tetapi apapun saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi menjengah blog ini. Memang saya hampir setiap hari update dengan entry terbaru tetapi rata-rata cerita  saya sekarang lebih kepada sisi peribadi. Jarang nak update pasal isu-isu semasa mahupun gossip artis apatahlagi perihal politik Malaysia.

 

Bukan saya tidak ambil tahu perihal isu-isu berlaku di luar. Hari-haripun saya menelaah online newspaper semata-mata nak tahu apa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Cuma saya tidak berkongsi pendapat, perasaan dan komen saya berkenaan isu-isu tersebut. Selagi saya masih di kompeni sekarang ini, selagi itulah saya akan update entry sebegini iaitu tanpa gambar (tak bestnya). Sebab kompeni dah block blogger.com dan blogspot.com. Saya tak boleh update entry melalui blogger.com. Dan juga yang paling sadis tak dapat melawat blog-blog kegemaran yang ber ‘blogspot.com’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekarang saya update blog melalui email sahaja.

 

Harapan saya tinggi agar tahun 2012 akan menjadi tahun yang berbeza di mana saya dapat memperolehi rezeki yang lebih baik dan sesuai dengan kehidupan baru yang akan ditempuh sebagai seorang ibu. Berdoa sungguh-sungguh semoga Allah SWT bukakan pintu rezeki yang lebih baik daripada sekarang ini. Kehidupan berkeluarga buat saya rasa perlu untuk mengubah career. Tetapi buat masa ini perlu tunggu lepas deliver dan pantang. Sebab mana mungkin ada kompeni nak ambil wanita pregnant bekerja. Dalam masa berpantang nanti sudah boleh mula melancarkan perang resume. Kalau boleh nak mencari di area Rawang. Semoga dipermudahkan olehNya.

 

Tuesday, December 27, 2011

Kemungkinan 2012

Salam.

Tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Dan 2012 yang tak terjangka lagi keadaannya akan tiba.

 

Saya dengar berbagai spekulasi yang berkaitan dengan tahun 2012 nanti. Selain daripada PRU yang akan menentukan siapakah yang ditakdirkan Allah SWT untuk memikul tanggungjawab mentadbir Negara, jangkaan bahawa ekonomi Negara akan merudum jatuh dengan teruk kesan daripada kejatuhan ekonomi di Negara Eropah dan juga masalah hutang kerajaan US. Apapun, saya sentiasa mendoakan keselamatan, kesejahteraan serta kemakmuran negara kita di samping turut berharap peningkatan yang positif dari segi kerjaya, ekonomi keluarga, kebahagiaan keluarga dan juga tahap keimanan kepada Yang Maha Mencipta.

 

Spekulasi yang dicipta barat dalam sebuah filem sebelum ini yang mana 2012 akan terjadi satu bencana yang maha dasyat di seluruh dunia kesan daripada ‘tangan-tangan gatal manusia’ sendiri yang gagal untuk mentadbir bumi dengan baik sehingga ekosistem dunia tidak lagi stabil. Tahun 2011, saya melihat begitu banyak bencana disebabkan kepincangan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia. Yang paling meninggalkan kesan ialah Tsunami di Jepun dan juga banjir besar di Thailand. Selain itu bencana-bencana seperti ribut, banjir besar, gempa bumi tak henti-henti berlaku di seluruh dunia sepanjang tahun ini.

 

Kalau anda selalu belek Berita Harian Online, anda akan perasan hampir setiap hari kejadian ‘gempa bumi’ sama ada kecil ataupun besar, dilaporkan di bahagian ‘muktahir’. Contohnya, hari ini di Indonesia, esokannya di Timor Leste, lusanya di Jepun, minggu depannya di Filipina dan begitulah seterusnya. Salah satu tanda Hari Kiamat semakin hampir ialah kekerapan berlaku bencana alam seperti ‘gempa bumi’ di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, banyak lagi tanda-tanda Hari Kiamat yang semakin jelas terlihat hari ini dan kita patut sedar bahawa ‘masa’ itu sudah semakin hampir.

 

Takut pula bila difikirkan kemungkinan yang satu ini. Hakikatnya kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya kan. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang beriman ketika dibangkit di padang masyar kelak. Ameen~

 

Monday, December 26, 2011

Survey sambil shopping

Salam korang!

 

Salam cemburu daripada pekerja di company paling workaholic di dunia 2011. Sebab disaat insan lain bersenang lenang hari ini, saya dan rakan-rakan sekerja gigih mengukur waktu di office. Hari ini Hari Bekerja untuk company ini.  Typical alasan diberi ialah “ Cuti hari ini dah digantikan pada sabtu lepas @ sabtu depan. Company tempat kerja saya dijangka akan mengungguli carta paling workaholic tahun 2012 sebab minggu depan, 2hb January sepatutnya jatuh sebagai cuti ganti untuk Tahun Baru tetapi kami kena kerja. Terima kasih company kerana buat kami rasa tidak sabar meninggalkan kamu.heu..

 

Hujung minggu lepas, macam biasa penuh dengan aktiviti. Tapi, aktiviti kami kali ini ialah window shopping. Pergi survey barang-barang kelengkapan baby. Ada juga yang dah ‘ter’ beli. Biasalah, hormone eksited datang tiba-tiba. Ok, actually sabtu itu tak masuk plan pun pergi survey barang kelengkapan baby itu. Tujuan kami murni untuk ke pejabat peguam mengambil dokumen jual beli rumah. Tapi dek kerana urusan itu ambil masa tak sampaipun 10 minit. Lepas itu pula lokasinya sangatlah strategic iaitu di Bangunan Semua House KL. Maka keluar sahaja daripada situ terus kami berkira-kira untuk jalan-jalan window shopping. Tapi sebelum itu isi dahulu perut dengan Kenny Rogers yang tak berapa ramai orang sangat di Maju Junction. Masa kami masuk Kenny Rogers itu, kami merupakan custumer kedua mereka. Order cepat, dapat makananpun cepat. Lepas makan dan solat zohor, kami terus ke Sogo. Tengah sales besar-besaran tu. Setiap tingkat penuh dengan manusia. Kami ke Childrens centre specific dekat baby department. Tengok itu, tengok ini. Belek situ, belek sini. At last, tak beli apa sangatpun. Hanya set tidur baby (without bed and babycot). Lepas itu kami terus balik rumah,

 

Malam itu ada buat sedikit sambutan Bornday buat Aliya Batrisya. Hadiah dah dapat sehari sebelum, kek berbentuk ‘Angry Bird merah’ yang sangat comel. Krimnya sangatlah banyak yea. Tapi, kami semua pakat-pakat makan kek sahaja, krimnya tolak ke tepi. Selain kek, mama Aliya ada buat Meatball carbonara, Spageti meatball dan ayam goreng crispy. Sodapnya menambah lemak dalam badan. Haha~

 

Esokannya, pagi-pagi lagi husband dah beriya mengajak pergi OU. Katanya nak survey barang-barang kelengkapan baby di sana pula. Tetapi at last pukul 12 tengah hari baru keluar. Nasib baik ada banyak lagi parking spaces walaupun punyalah ramai umat dalam OU. Setiap kali Y.E.S , macam inilah keadaan setiap shopping mall dalam Malaysia. Dah sound kat hubby kalau boleh nak balik solat zohor di rumah. Tak sanggup eden nak solat dalam mall ni. Nak masuk toiletpun kena beratur panjang. Pukul 2.30 petang, kami dah gerak. Tapi tak terus balik rumah. Sebaliknya kami pergi survey barang di Giant pula. Nak tengok harga stroller di Giant. Tengok harganya lebih kurang dengan harga di tempat lain tetapi kualiti kurang jaminan. Tapi kami jumpa barang lain yang murah berbanding tempat lain iaitu Electrical Breastpump dengan harga seratus lebih sahaja. Apa lagi terus sahaja kami grab. Sempat makan KFC dahulu sebelum bertolak balik ke rumah. Sampai di rumah pukul 4.15 petang, Terus solat zohor. Fuh, lega.

 

Petang itu lepak di rumah sambil layan budak kecik Aliya yang aktif lagi nakal. Baru boleh berjalan slow-slow tu. Esok kalau dah pandai lari, memang habis kudratlah nak mengejar dia. Makcik sedara dengan anak-anakpun datang nak jumpa Aliya. Meriahlah sekejap rumah itu dengan tetamu. Ayah beli cempedak. Bila dibelah, rupanya isi buah itu tak elok. Buah yang dipetik muda lepas itu diperam hingga ‘masak’. Rasanya tawar dan warna isi cempedak tak kuning jadinya. Lepas Isyak kami mula packing barang untuk balik Selayang. Pukul 10.30 gerak. Hampir pukul 11.00 baru sampai rumah. Apa lagi terus tidurlah saya.

 

Habis sudah cerita hujung minggu saya. Combine semuanya dalam satu entry. Kepada yang bekerja macam saya (ada ke?), selamat bekerja dan kepada yang cuti itu jangan seronok sangat sebab kejap je tu. Esok dah kena kerja balik. OK, Bai!

Friday, December 23, 2011

Hari ini hari apa?

Salam semua.

Hari ini hari apa?

...

..

..

.

.

Betul, hari Jumaat!

Muka ada senyum~

Senyum sebab esok dan lusa cuti.

Tapi, tak seceria senyuman orang yang cuti sampai Isnin kan?

Iye, company saya tak cuti hari Isnin. Replacement holiday dah diganti pada hari sabtu katanya.

Huhu~

 

Hari ini tarikh apa?

...

..

..

.

.

Betul, 23hb Dec!

Hari ini genaplah setahun umur satu-satunya anak buah pengarang jantung saya, Aliya Batrisya. Cepatnya masa berlalukan. Rasa macam baru semalam meneman kakak di hospital menjaga dia dan baby Aliya tup tup dah boleh berjalan laju sekarang. Lagi 6 bulan, Aliya akan ada kawan baru. Adik saudara yang baru. InsyaAllah! Apapun Mak Uda doakan Aliya akan membesar dengan sihat dan kuat tahun ini. Tak banyak meragam. Tak nakal. Sentiasa comel.

 

Ok, bai!

Thursday, December 22, 2011

Influenza menyerang kembali

Slam..
Hoh, malam baru update ke? Ni curi masa update pasal isu semasa di office. Alkisahnya selasa lepas beberapa jam sebelum balik kecohlah ada seorang pakcik ini terkena Influenza H1N1. So, masa itulah semua orang diberikan topeng tutup hidung dan mulut aka mask.

Rupanya suspek penyebar virus yang terkena tu pakcik Jepun dan dia memang ke oversea sebelum ini. Lepas balik oversea terus sambung MC sebab demam. Jadi, saya rasa tak perlu sebenarnya pakai mask sebab suspek tak berjaya menjejak kaki ke company untuk menyebar virus tersebutpun.

Apa yang berlaku sekarang ini sesuailah untuk dikaitkan dengan pepatah: "Kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. "Kerana seorang pakcik habis kitorang semua kena pakai mask. Ingat best ke pakai mask ni. Sepatutnya bagi cuti sahaja. Buat proses pembersihan area office secara besar-besaran. Virus inipun bukan boleh hidup lama dalam udara kan? Cuti sehari cukuplah untuk hilangkan virus(kalau ada).

Setakat 3 hari ini tak ada pula mangsa kedua dan seterusnya terkena virus tersebut. Tapi yang terkena demam biasa itu ramai sebab sekarang inikan musim hujan. Maka ramailah terkena demam panas. Kita tengoklah sampai bila kena pakai mask ini.
ok, bai!

Wednesday, December 21, 2011

Sungai Congkak lagi

Salam.

 

Hari ini sampai 2 entry. Punyalah bosan sampai ada masa untuk menaip entry. So, bolehlah sambung cerita pasal hujung minggu.  Kali ini fokus kepada aktiviti hari Ahad pula. Pagi-pagi lepas subuh dah turun buat Sandwich Sardin untuk dibawa bekalan berkelah. Kami akan berkelah sekali lagi di Sungai Congkak. Orang yang paling seronok tentulah si kecil Aliya. Dapat mandi air terjun. Dalam pukul 8.50 saya dan suami gerak daripada Selayang. Family saya dah bertolak daripada Puchong 10 minit sebelum kami. Jadi, kami akan berjumpa di sanalah nanti. Dalam pukul 9.30 kamipun sampai. Masa itu family saya sudahpun setup barang-barang dalam pondok wakaf yang disediakan pihak resort. Mak dan adik bongsu sedang makan mihun goreng manakala abang ipar sedang setup tempat membakar.

 

Cuaca pagi memang baik. Lepak-lepak sambil makan sandwich dahulu sebab perut tak berapa lapar. Si kecil Aliya dengan atuknya dah hilang pergi jalan-jalan sekitar kawasan rekreasi. Tiba-tiba atuk aka ayah saya terkocoh-kocoh datang mendukung Aliya. Rupanya dia jatuh dan lututnya luka sedikit. Sapu minyak Yuyi Cap Limau sahaja. Nakal sungguh anak buah saya seorang ini. Seterusnya aktiviti berphotoshoot. Semua benda saya nak snap gambarnya tapi maaflah saya tak dapat nak upload di sini sekarang. Gambar-gambar telah selamat di upload di FB oleh suami. Paling banyak yang enterframe dalam gambar tentulah si kecil Aliya.Tak lama lepas itu, kami turun ke sungai. Tak mahu mandi lagi. Sekadar cecah-cecah kaki sahaja sambil teman Aliya yang dah basah kuyup menggigil kesejukan dalam sungai. Dalam cecah-cecah kaki itu sampai juga ke air tu ke pinggang. Cecah-cecah kakilah sangat kan. Kehkeh~

 

Lepas itu kami naik makan nasi dengan lauk barbeque berupa peha ayam, udang dan sotong. Kalau ada ikan cicah dengan air asam mesti lagi sedap kan. Tapi taka da ikan pula kali ini. Lepas makan nasi, berehat sekejap tunggu makanan turun ke bawah perut sebelum sambung mandi sungai. Kali ini mandi sakan. Cuma malas nak basahkan kepala (rambut susah kering). Lagipun selepas ini kami bukan terus balik rumah tetapi akan singgah di kebuh bekas majikan ayah. Kalau ada rezeki dapatlah makan buah-buahan tempatan.

 

Pukul 1 kami dah packing barang berkemas nak meninggalkan kawasan Sungai Congkak menuju ke kebun buah. Sampai di tempat kejadian, memang nasib baik sebab bekas majikan ayah ada. Dia hanya keseorang kali ini dan sudahpun bersiap untuk balik. Bila dia balik sahaja, kamipun buat kebun itu macam kebun kami sendirilah. Antara buah-buahan yang berjaya kami bawa rasa dan siap bungkus bawa balik ialah durian, rambutan, manggis, duku, dokong dan juga pulasan. Buah durian dan rambutan yang banyak. Duku, dokong dan pulasan baru nak mula masak. So, hasilnya tak banyak lagi. Bekas majikan ayah itu memang pemurah orangnya. Setiap kali musim buah, dia akan inform ayah dna beberapa sahabat ayah supaya datang ambil hasil. Alhamdulillah, mungkin berkat sifat baiknya itu kebun itu tak pernah ketandusan hasil. Tiap-tiap kali musim hampir semua pokok berbuah.

 

Oleh kerana kami family akan balik secara berasingan dengan kami suami isteri, saya ambil sedikit buah-buahan yang ada untuk di bawa pulang ke Selayang. Setiap jenis buah kami ambil sedikit sahaja sebab family mertua kurang makan buah. Mak mertua sahaja yang suka makan buah-buahan ini semua. Yang lain termasuk suami kurang gemar lagi-lagi yang kena kopek kulit seperti buah manggis. Selagi taka da orang tolong kopekkan, selagi itulah buah itu tak terusik. Haih~

 

Dalam pukul 3.00 petang kamipun bertolak pulang. Dalam pukul 4.30 baru sampai rumah. Itupun tak perasan sebab tertidur sepanjang jalan. Dah dekat sampai ke rumah baru terjaga. Malam itu kami makan Char Kuey Teow Mali’s Corner. Saya dan suami makan di sana bersama kawan baik suami, Kaklong. Mak dan adik ipar pula makan lepas kami tapau bawa balik sebungkus seorang. Maka berakhirlah hujung minggu kami. Tunggu next weekend pula. Apa pula aktivitinya.

Ok, bai!

BK promo

Hari Isnin je boleh guna kupon ni.

Hoho~

Mendidik Anak

Holla World~

Pagi Rabu yang indah.

Tapi, macam taka da kerja untuk dilakukan.

 

Berikanlah aku secebis kesabaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini. Berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan, cabaran dan masalah. Positifkanlah fikiranku demi kesejahteraan anak yang ku kandung.

 

Semalam, mak menyuarakan kebimbangan melihat anak-anak zaman sekarang yang begitu cepat hendak membesar sebagai orang dewasa. Sepatutnya di zaman sekolah rendah, anak-anak sibuk mengejar ilmu, bermain bersama rakan-rakan sebaya secara sihat. Bila saya mengimbas kenangan di zaman kanak-kanak dulu, memang itulah yang kami lakukan. Kami explore apa yang ada dalam dunia kami sendiri. Bukan tidak ada langsung terdetik untuk meniru orang dewasa tetapi kami fikir yang ia tidak sesuai untuk kami. Dan kami sanggup menunggu dewasa untuk melakukannya. Duit tidak menjadi satu agenda penting buat kami.

 

Tapi dapat dilihat, zaman sekarang anak-anak kecil sudah dihidangkan dengan pelbagai sumber maklumat melalui internet, TV dan masyarakat sekeliling. Ini buat mereka rasa teringin untuk cepat dewasa. Apa yang orang dewasa buat, mereka nak buat juga. Contohnya seperti merokok, melepak di Shopping Complex, merempit, melakukan seks bebas, mencuri, vandalism dan sebagainya. Sudah tentulah benda-benda yang ‘menyeronokkan’ ini dengan mudah mempengaruhi mereka untuk melakukannya dan mempengaruhi anak-anak yang lain pula. Lama-lama ia jadi satu gejala yang sukar untuk dibendung.

 

Didikan agama mungkin sudah diterapkan dalam diri anak-anak ini. Tapi mungkin tidak ada contoh yang baik untuk buat anak-anak ini ‘percaya’ dan memegang teguh kepada ajaran agama tersebut apabila disogok dengan nikmat duniawi. Bila tak nampak kebaikan daripada mengikut ajaran agama, maka senanglah anak-anak ini digoda syaitan untuk nampak ‘keseronokan’ melakukan perkara yang sia-sia itu. Seronok memang seronok tetapi hanya sementara. Sebab derita yang bakal ditanggung selepas itu, tidak terperi pedihnya tetapi manalah mereka nampak semua itu kalau ‘lorong gelap’ itu tidak disuluh ‘lampu’.

 

Lalu, kata-kata mak dihujung bicara buat saya dan suami befikir panjang.

“Mak tak tahulah macam mana korang nak didik anak korang nanti. Cara mendidiklah yang akan menentukan masa depan anak-anak korang”

 

Berfikir macam mana nak mendidik anak-anak di zaman yang sesetengah masyarakatnya rosak. Memang susah untuk dibayangkan apa akan jadi ketika itu. Tetapi sentiasalah berpegang kepada agama dan bergantung haraplah kepada yang Maha Esa untuk membantu dalam mendidik anak-anak nanti. Semoga saya dan suami dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa yang dapat membimbing anak-anak menjadi soleh dan solehah. Ameen~

 

Tuesday, December 20, 2011

Khasiat Kurma | The Curve- Ikea- Ikano- Selemol

Salam korang!

 

Baru lepas mamam kurma 2 biji. Kurma bagus untuk kesihatan lagi-lagi buat ibu mengandung. Antara khasiatnya ialah memudahkan urusan ketika bersalin dan juga mengecutkan Rahim bila dimakan selepas bersalin. Selain itu ia elok untuk anak yang dikandung.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Nanti mak mertua pergi menunaikan umrah. Nak pesan supaya mendoakan kesejahteraan kami suami isteri, kesihatan anak yang saya kandung dan juga nak kirim beli kurma. Kurma di Malaysia sekarang mahal. Sekilo harganya hampir RM50. Semalam saya beli tak sampai setengah kilopun. Demi anak, apapun sanggupkan. Hehe~

 

Sebenarnya nak sambung kisah hujung minggu. Selepas pergi pregnancy check up, kami terus ke The Curve. Niat utama nak pergi BodyShop cari Body Butter. Body Butter ini elok disapu pada perut untuk mengurangkan risiko ‘kesan rekahan’ pada perut disebabkan pembesaran bayi. Setiap hari disapu selepas mandi. Asalnya nak beli sebekas sahaja tetapi oleh kerana ada promotion bila guna Maybank credit card yang mana kalau beli satu, percuma satu. Maka, sayapun beli dua bekas dengna harga RM55.00. Berbaloi-baloi. Selepas itu, hajat nak mencari hadiah untuk anak buah dan anak saudara yang nak cukup umur setahun dalam bulan 12 ini. Anak saudara, Awliya punya kenduri kesyukuran dibuat malam itu manakala anak buat saya Aliya pula hujung minggu depan cukup setahun. So, kena cari hadiah sampai jumpalah kan. Cari di The Curve tak jumpa. At last jumpa juga di Ikano (IPC). Beres.

 

Sempat pergi makan nasi ayam penyet di Waroeng Penyet sebelum terus balik rumah. Lepas solat zohor, suami mengajak ke Selemol (Selayang Mall). Jalan kaki sahaja sebab mall itu terletak depan rumah. Rupanya suami nak belikan hadiah untuk anak saudara yang baru berusia 3 bulan. Oh, lupa pula yang kami belum bagi hadiah kepada si kecil Wildan. Kami pergi Parkson sahaja. Pilih punya pilih last-last kami beli set hamper berisi barang-barang mandian dan bedak untuk Wildan. Selesai membeli terus balik. Masa tu sudah masuk waktu Asarpun. Waktu antara Asar dengan Maghrib itu digunakan sepenuhnya untuk solat, mandi, mengemas apa yang patut, iron baju kerja suami dan lain-lain. Lepas Maghrib, kami terus gerak ke Keramat untuk pergi kenduri Doa Selamat Awliya.  Lama juga kami di sana. Pukul 12.00 baru sampai rumah. Apa lagi selepas Isyak terus masuk tidur. Penat untuk hari Sabtu.

 

Ahad punya cerita lain pula. Tunggu esok pulalah ye. Ok bai!

 

 

Monday, December 19, 2011

Pregnancy Check up

Salam.

Selamat Pagi dunia.

Isnin datang lagi.

 

Hujung minggu memang padat sepadat-padatnya kali ini. Lepas bersarapan roti celup telur sama milo panas, saya dan suamipun bersiap untuk pergi check up untuk 4 bulan. Kali ini kami memilih untuk ke klinik swasta. Tak larat nak minta cuti tanpa gaji semata-mata untuk pergi check up. Yang bestnya klinik yang kami pergi ini memang klinik Islamic. Daripada pendaftaran sampailah kepada doktor, semuanya perempuan bertudung labuh. Dan cara doktor buat check up pun sangat best. Penuh tertib dan cara dia explainpun senang faham dan sedap telinga mendengar. Bayaranpun tidaklah terlalu mahal. Kalau check up dengan scan kena RM70.00. Kalau check up sahaja kena RM50.00. Tapi bayaran ini tanpa ubat sebab suami boleh minta ubat di klinik tempat kerja dia dengan percuma sahaja. Kalau buat check up dengan ubat tak sure pula berapa harganya. Hmm~

 

Paling seronok ketika scan baby inside my tummy. Boleh nampak dengan jelas kepala, badan, tulang belakang, tangan dan kaki. Doktor cakap nampak cukup sifat. Tangan dan kaki masing-masing ada sepasang dan setiap daripadanya cukup 5 jari. Masa itu baby sedang aktif bergerak. Siap nampak baby sedang menggaru lutut. Sangat comel. Cuma kami tak dapat tengok rupa mukanya sebab dia menunduk ke bawah dan juga gagal untuk melihat jantinanya disebabkan terlindung oleh tali pusat. Harap anak ibu dapat membesar dengan sihat dan kuat. Yeah!

 

Tapi, ada juga yang tak berapa sedap didengar. Doktor check laporan terdahulu kandungan hemoglobin dalam darah tak mencapai tahap sepatutnya. Tahap normal ialah 11 tapi saya punya tahap hanya 10 (2 kali checkup macam gitu) dan dia takut saya ada talasemia. Ohhh..tidak!!!. Dan dia kata akan buat ujian untuk confirmkan perkara itu bila next appointment, 14hb depan. Fuhh, harap-harap ia tidak tepat. Dan saya sekarang sedang berusaha keras. Hari-hari telan iron pill supaya hemoglobin saya naik. Hehe~

 

Lepas pergi check up, kami ke tempat lain pula. Hujung minggu baru bermula kot. Tapi nantilah saya cerita dalam next entry. Ok bai!

 

 

 

 

 

Friday, December 16, 2011

Plan Hujung Minggu

Salam Jumaat semua~

 

Minggu ini rasa macam seronok pergi kerja sebab masa betul-betul terisi dengan kerja yang sepatutnya. Nanti nak tulis report mingguanpun rasa senang hati sebab confirm penuh satu page. Lagi beberapa jam dah mula cuti hujung minggu. Rasanya macam ‘pack’ juga hujung minggu ini. Hari Sabtu malam ada kenduri kesyukuran sempena meraikan ulang tahun kelahiran Awliya, anak saudara belah suami yang baru cukup satu tahun hari ini. Selamat Hari Lahir Awliya yang cute. Dah besarpun dia. Dulu time majlis kenduri kahwin saya umur dia baru 6 bulan. =)

 

Hari Ahad pula ada plan dengan family belah saya sendiri untuk ke Sungai Congkak. Ye, memang baru beberapa minggu lepas kami sudahpun berpiknik di sana. Tapi dek kerana tak puas lagi, ayah dengan semangatnya mengajak kami ke sana lagi. Awalnya saya dan suami tidak dapat join sebab ikutkan rancangan sepatutnya hujung minggu ini kami akan ke kebun mak mertua tetapi oleh kerana mak mertua sudah pergi hari Isnin (sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor), maka kamipun decide nak join pergi Sungai Congkak. Pada mulanya macam tak jadi sebab ayah dah daftar untuk buat OT hujung minggu. Rupanya bila kami bagitahu tak dapat join , ayah terus cancel plan. Yang kelakarnya keesokan malamnya kakak saya call bagitahu yang ayah dah cancel OT semata-mata sebab kami. Betapa sweetnya ayah saya kan. Comel comel! Hari Ahad itu confirm akan ‘full’ sampai petang. Malamnya for sure kena rehat pula. Esokannya kerja.

 

Oklah, tu sahaja kali ini. Bai!

Thursday, December 15, 2011

2011 wrap up

Salam to all readers~

 

Today feeling like at oversea. Want to write entry in English. I think I need to start to polish back my English writing and speaking skills. Working at here made my skills become poor. Just now I took Jobstreet English Language Assessment at score 29 out of 40. How to attract employers out there to hire me with that result. Poor me.

 

I took back that test because I want to update all my information to the latest one including working experiences, personal details and upload new CV also. The target is to find another job that nearer to our new home located at Antara Gapi. But seems like the nearest possible area to be considered are Batang Kali, Serendah, Rawang and Sungai Buloh ( arranged sequence from shortest distance from our home to the longest one). Batang Kali and Serendah have a little options of job opportunities compared to Rawang and Sungai Buloh. I found only one or two vacancies located at Batang Kali area since last month job hunting.

 

In the same time, I also feel like just graduate and seeking for a job as fresh grad since I forgot how to prepare for interviews and so on. I keep thinking whether I can go through all the process to  get a new job again. Sometimes my confidence drop tremendously suddenly and that made me scared. This feeling made me like not going to further my initial intention which is to find a new job. Before this my goal setting is to further studies and become as lecturer but since I got married and now expecting to have a new baby inside mine, I need to reconsider it again and again and finally I think I need to let it go. Unless I got ‘gift’ or extra rezeki from Allah to have opportunity to join government sector as that sector is the only one that let their staffs take a leave to further studies. Sometimes, the give financial assistant too until you completed your studies.

 

Working here sometimes makes me happy and sometimes makes me sad, hurt and sometimes lonely. Lonely because my jobs scope now have less contact to other people since I deal with few same peoples every day and their workplace quite far from mine. So, just contact through phone call and email. Sometimes met for discussion but of course all chats related to job task. How bored I’m now and how quiet I’m now compared to last year. I going through this year 2011 with this same job and dealt with same people. I hope the new year 2012 brings new hope for me. Ameen~

 

 

Wednesday, December 14, 2011

Tertinggal henpon punya pasal

Salam korang!

Panjang betul entry semalam kan? Rasa macam malas nak baca. Maklumlah compress cerita 3 hari macam gitulah gayanya. Tapi korang baca juga kan? Eh, ada lagi ke orang baca blog ini? ha ha.

 

Semalam, macam biasa tepat pukul 5.30 petang saya terus balik rumah. Sampai rumah terus bersihkan diri, mandi dan berinternet. Tengah syok berinternet, tiba-tiba teringatkan handphone. Rupanya tertinggal pula di office. Lepas itu baru teringat yang suami inform dia balik lambat sebab mahu pergi tolong officemate pindah rumah. Alahai, macam mana nak tahu ‘perkembangan semasa’  kalau tak dapat mesej/call. FB dia OFF pula (takkan nak online time memunggah barang kan??).

 

Sudahnya minta tolong adik tanyakan abang balik makan nasi di rumah atau tidak. Nasib baik dia reply bagitahu yang dia tak makan di rumah. Yang tak bestnya dia tak confirm bila akan selesai kerja memindah randah. Maka dia tak sure jam berapa dia akan balik. Dalam fikiran dok congak paling lewatpun dalam pukul 11.00 malam kot. So, kamipun dinner bertiga sahajalah malam itu. Lepas dinner lepak tengok final episode Cinta Elysa ( happy ending gitu..suka!) sambil makan rambutan. Cerita sudah habis, suami masih belum pulang. Saya terus naik ke bilik. Solat Isyak dan gosok baju kemeja kerja suami sebab dok fikir mesti baju kerja dia dah lunyai sebab buat kerja berat sampai malam. Selalunya seminggu 5 hari kerja) dia guna 2 kemeja (bukan kotor manapun sebab dia pakai baju tshirt di dalam dan kerjapun dalam aircond).

 

Lepas itu ingat nak tidur terus tapi dok teringat pula pada suami. Nak call, handphone tiada. Maka, dok terkebil-kebil dalam gelap. Sekejap-sekejap turun ke bawah intai ke luar rumah kot suami sudah pulang. Sampai pukul 11.00 malampun masih belum pulang. Risau pula kot terjadi apa-apa di pertengahan jalan. Malam-malam drive seorang diri, walaupun lelaki tetap ada bahayanya. Dalam risau-risau itu, terlelap juga. Tersedar pukul 12.00, suami muncul di muka pintu bilik. Alhamdulillah, suami sudah pulang dengan selamat. Terus dapat tidur lena selepas itu. =)

 

Pagi tadi semasa bersalam minta izin pergi kerja, bertanya kepada suami;

“Hari ini balik awal kan?”

Punyalah risau kalau suami balik lewat sangat. Haih~

Moral of the story, lenkali jangan tinggal handphone di office yea.

 

Tuesday, December 13, 2011

Cuti 3 hari

*Tiup-tiup habuk yang melekat di blog ini sebab sudah lama tak update.

 

Haiiiiii..

Assalamualaikum wbt.

 

Kembali bersiaran selepas cuti hujung minggu plus extra sehari sempena menyambut hari kelahiran Sultan Selangor yang disayangi. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan diberi nikmat kesempurnaan fikiran dan tangan untuk menaip di blog ini. Kepada warga Selangor atau warga Malaysia yang bekerja di negeri Selangor tentu cuti korang terisi dengan perkara menarik kan? Maklumlah 3 hari cuti. Rakan-rakan di office pun kebanyakannya mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Masa inilah jalanraya menjadi kurang sibuk sebab hanya satu negeri sahaja yang bercuti kan.

 

Macam saya tak berapa nak meriah sangatlah sebab incik suami tidak cuti hari Isnin. Kami ‘balik kampung’ juga tapi kampung di Puchong sahaja. Petang itu kami ambil kesempatan bershopping di IOI Mall Puchong. Punyalah ramai manusia yang bershopping sebab Hari Krismas pun dah tak berapa lama lagi kan. Di mana-manapun ada SALES. Year End Sales kembali lagi. Saya dan suami mengambil kesempatan untuk shopping. Pakaian yang ada makin ketat. Jadi kenalah mencari pakaian besar-besar sebab saiz badan saya yang makin membesar ini. Tapi sempat grab seluar sahaja dahulu. Baju banyak yang tak berkenan di mata. Dan paling penting sekali budget dah lari sebab beli seluar sampai 3 helai. Hari ini sudah rasmikan salah satu seluar yang dibeli. Keh keh.

 

Ahad kami lepak di rumah sahaja. Pergi kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Punyalah baik hati sampai ditapaunya kami lauk-pauk dan nasi yang boleh makan seisi keluarga (5-6 orang punya stok). Goodies pula di beri extra 5. Dia buat majlis secara kecil-kecilan sahaja. Jemputanpun tak ramai. Jadi, banyaklah lauk-pauk yang berlebihan. Balik ke Selayang selepas Isyak. Kenalah balik awal sebab esokannya suami bekerja. Suami cakap nak pergi IKEA pula esok selepas waktu kerja sebab nak beli cadar. Cadar kami dah berbulan tak berganti baru. Heh heh~

 

Isninpun tiba. Suami pergi kerja. Sayapun kerja juga di rumah. Basuh kain baju, cuci bilik air sampai tak perasan mak mertua keluar pergi kebun buah dia. Kakak ipar balik ke Shah Alampun tak perasan. Sedar-sedar kereta sudah tiada di tempat parking. Adik iparpun hilang juga. Rupanya dia pergi buat Ujian Memandu JPJ. Alhamdulillah dah luluspun. Dekat pukul 3 petang, suami tiba-tiba call. Rupanya mak mertua dah ada depan rumah tetapi tak dapat masuk dalam oleh kerana terlupa bawa kunci pintu rumah. Mak pula tak simpan number phone saya dalam handphone. Maka suamilah yang jadi perantara. Terus turun buka pintu. Tengok-tengok penuh rambutan depan pintu. Mak bawa balik rambutan daripada kebun. Nyum nyum~

 

Mak mertua menugaskan saya cabut rambutan daripada tangkai sebelum memasukkannya dalam bakul. Nampak kemas sedikit kan. Untuk urusan kopek mengopek buat kemudianlah. Terlalu banyak yang nak dikopeknya. Tapi sempat juga saya kopek separuh dan simpan dalam peti sejuk. Dalam pada itu, banyak juga yang masuk mulut. Manis dan lekang. Mak kata ada banyak lagi buah di kebun tetapi belum cukup masak. Kalau nak pergi petikpun dalam 2 minggu lagi bolehlah.

 

Lewat petang, suami terus jemput saya depan rumah untuk ke IKEA. Kami sampai di sana pukul 7.00 malam. Suami singgah kedai hardware untuk membeli paip getah. Dia nak buat saluran yang sistematik sedikit untuk menyalurkan air aircond supaya tiada kebocoran berlaku. Sudah beberapa minggu rumah selalu black out disebabkan ada ‘water leaking’ berhampiran suis utama rumah. Selepas itu, berlari solat mahgrib dahulu sebelum berlari pula ke Waroeng Penyet. Mahu makan nasi punya pasal. Lepas makan barulah kami pergi semula ke IKEA untuk beli cadar baru. Punyalah teliti dia memilih (sebab banyak yang sudah habis stok), pukul 9.30 baru selesai urusan di IKEA. Terus balik rumah berbekalkan karipap IKEA yang sedap itu.

 

Sampai di rumah, suami sibuk pasang paip saliran untuk air aircond. Saya pula sibuk menukar cadar dan sarung bantal baru. Mak mertua sibuk mengisi buku penilaian prestasi kakitangan sekolah. Sebagai pengetua sekolah, itu sudah jadi rutin tahunan dia. Lepas siap kerja bertukang dan mengemas,baru boleh masuk tidur sebab selagi kerja bertukang tidak habis, selagi itulah aircond tak boleh ON. Maka berakhirlah cuti 3 hari dan kini saya sudahpun berada di office.

 

Selamat bekerja.

*sambil menghitung hari tunggu cuti hujung minggu lagi.

 

Tuesday, December 6, 2011

Memasak untuk suami

Hallo World!

Good morning.

 

Hari ini dah hari selasa sudah. Semalam balik sahaja dari kerja semangat pula nak memasak. Selalunya tolong mak mertua sahaja kalau di rumah dia tapi disebabkan mak mertua pergi Melbourne, maka sayapun ambil peluang nak masak untuk suami. Sampai sahaja di rumah terus keluarkan apa sahaja lauk yang beku dalam peti sejuk. Ayam bahagian peha (quarter size), ikan 3 ekor (last-last masuk peti balik), daging (pun masuk peti balik) dan juga telur 3 biji. Asalnya nak masak ayam masak kicap tetapi suami cakap ayam itu buat goreng sahajalah. Buat telur goreng masak kicap sahaja. Nasib baik juga ada sayur kobis dalam peti ais. Jadi, sayapun masak kobis goreng. 3 lauk sahaja. Cukuplah untuk makan 3 orang kan. Hehe~

 

Lepas Maghrib baru hidang. Awal juga kami makan malam. Suami request kalau boleh dia tak nak makan malam lewat sangat. Makanan tak sempat hadam nanti terus masuk tidur. End up dengan badan menjadi terlebih sihat. Nanti kalau sudah tinggal di rumah sendiri kenalah belajar masak awal dan makan awal. Alhamdulillah, suami kata lulus. Yeay! Ye lah walaupun dah biasa masak tapi kita tak tahu kan selera orang macam mana. Selama ini family saya suka sahaja makan lauk yang saya masak. Keluarga suami tak dapat diduga. Cara mak mertua memasakpun agak berbeza dengan cara family saya memasak. Sikit-sikit cubalah belajar cara mak mertua masak kan. Heh~

 

Tanya juga suami esok nak makan apa? Dia request kurma daging tapi bahan tak cukup di dapur. Jadi kenalah dibeli supaya senang nak masak nanti. Semalam cuaca baik dan taka da pula masalah black out. Alhamdulillah. Sayapun dah tak ada rasa loya-loya lagi. Makanpun dah tak banyak macam awal-awal dahulu. Pagi-pagi makan kuih dah cukup. Tengahari baru makan nasi pula. Sebelum ini, awal pagi kena makan nasi, rehat pukul 10 pagi kena isi juga at least dengan kuih muih dan tengahari pula kena makan nasi. Tapi sekarang kena mula balik minum susu khas untuk ibu mengandung. Dah sebulan tak sentuh sebab tak lalu nak menelannya. Tadi sudah minum segelas boleh terima dek tekak dah.

 

Ok da, itu sahajalah update hari ini. Nanti update lain pula haaa~

Bai!

 

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu punya hal

Salam korang!

 

Isnin datang kembali. Di rumah hanya ada saya, suami dan juga adik ipar sejak malam sabtu. Mak mertua, kakak ipar dan seorang lagi adik ipar dah terbang ke Melbourne bersempena dengan majlis konvokesyen kakak ipar. Pagi Ahad kami suami isteri bersarapan roti celup telur yang agak masin (huhu, terlupa mentega dah masin, tapi letak juga garam dalam adunan telur. Haih~). Berjaya menelan 2 keping. Kami terus bersiap untuk ke OU. Nak tengok wayang cerita Ombak Rindu.

 

Dalam pukul 12.30 sampai di OU. Terus pergi cari makan. Masa yang ada tak banyak jadi kami terus pergi makan di Secret Recipe. Memang pantas dong servisnya. Kami order Chicken Cordon Bleue (eja tak betul kah?). Tapi macam pelik sikit bila makanan sampai. Salad sudah diganti dengan jagung rebus. Tapi sedap juga. Jagungnya manis sangat. Selesai makan, kami terus pergi solat Zohor.  Lepas it uterus pergi panggung wayang. Sempat lagi merembat popcorn sama air mineral sebotol seorang. Masuk panggung, popcorn tinggal separuh baru cerita start main. Nak tahu best ke tidak cerita Ombak Rindu ni? Memang best sangat. Kenalah watak Izzah tu dengan Maya Karin. Aaron Aziz macam biasa sangatlah romantik dalam cerita ini. Babak dia menangispun nampak real woo (memang dia betul-betul nangis kan?). Dia punya kesinambungan setiap babakpun menarik. Tak nampak cacat celapun. Better korang pergi tonton sendiri. Seat di panggungpun penuh beb. Tak nampak ruang-ruang kosongpun. Nak tahu juga kutipan filem ni nanti berapa juta kan.  Biasanya filem melayu duration pendek kan? Yang ini duration lebih 2 jam. Kiranya berbaloilah beli tiket tengok wayang kan.

 

Lepas puas menonton wayang, kami terus gerak ke Jaya Jusco. Nak beli barang untuk buat Takoyaki. Suami nak buat malam nanti katanya.  Beli sotong khas untuk buat Takoyaki. Mahal juga harganya. Sebekas kecilpun RM12.00. Then beli juga susu segar sekotak. Balik rumah hujan bukan main lebat daa. Nak masuk ke rumahpun terkena tempias hujan. Jadi, berhajatlah untuk mandi. Tapi baru nak bersiram, tiba-tiba toilet jadi gelap. Haih, ingatkan ada orang main-main tutup lampu di luar. Rupanya black out da. Huhu. Cancel mandi, terus ambil wudhu dan sudahkan solat Asar. Lepas check main switch, rupanya suis utama ‘tendang’. Bila ON balik OK sudah. Suami terus pergi masak Takoyaki. Dah masuk waktu maghrib, baru siap. Sempat makan beberapa ketul sebelum naik solat maghrib. Lepas itu, turun semula ke dapur, sambung makan Takoyaki depan TV pula.

 

Elok kami habis makan,  black out semula. Haih~ Masa itu sudah pukul 9.00 malam. Kalau nak minta bantuan atau beli barang di kedai hardwarepun tak boleh sebab kedai dah tutup. Puas di godek-godek Main Switch, beberapa kali juga dia ‘tendang’ balik. Tapi at last, dia dah OK. Kami suami isteri terus naik atas mahu tidur. Adik ipar terus lepak tengok TV. Abang pesan pada dia kalau switch tending lagi, ON kan sahaja switch tu sebab main switch memang terletak berhampiran ruang TV. Alhamdulillah, suis utama tak buat hal sampai ke pagi.

 

Ok, cerita hujung minggu (Part Ahad) dan update. Nanti try update cerita sabtu pula.

Ok bai!

Friday, December 2, 2011

Passport

Salam Penghulu segala hari!

Hari Jumaat.

 

Hari yang sepatutnya semangat kembali pulih sebab mengenangkan esok dan lusa akan bercuti rehat. Tapi tidak bagiku sebab hari ini semangat tak naik-naik disebabkan rasa mengantuk. Fuh, kalau dapat lelap sekejap alangkah bahagianya. Tapi berangan sahajalah. Takkan dok di pejabat untuk tidur kan. Mestilah untuk kerja. Saja menaip entry untuk hilangkan rasa mengantuk.

 

Semalam kami anak beranak makan dari dapur mamak. Husband dan adik ipar makan maggi goreng. Saya dan mak mertua makan mee goreng. Bungkus bawa balik sahajapun. Tak koser nak lepak kedai mamak. Malam ini mak kata nak masak laksa. Kakak ipar saya teringin nak makan katanya. Nyum-nyum laksa..Im coming bebeh~

 

Sabtu malam mak mertua, adik ipar dan kakak ipar dah nak fly pergi Melbourne. Ada majlis konvokesyen untuk kakak ipar. Seronok depa dapat jalan-jalan. Bilalah masa saya pula nak merasa fly ke oversea. Dulu buat passport pun semata-mata nak pergi Singapura. Padahal pergi hanya 2 kali sahajapun. Lepas itu passport pun berlapuk sampailah sekarang. Tahun 2013 dah kena renew balik. Itupun kalau ada plan nak ke oversea. Kalau tak ada membazir sahaja daa. Tahun 2012 tak nampak macam ada plan ke mana-mana. 2013 kalau nak berjalan-jalan pun kena fikir anak pula. Takkan nak tunggu dia besar baru nak pergi vacation kan. Haih~

 

K, rasa segar sudah. Bai!

 

 

 

Thursday, December 1, 2011

2012 Planning?

Salam tahun Baru Islam (walaupun dah masuk hari ke 5 pun. Lewat sudah.)

Salam pagi bulan baru.

December mai dah!

 

Pada selasa lepas genaplah usia orang baru 16 minggu. Wohooo..rasa sekejap sahaja masa berlalu. Dan bila dia masuk 18 minggu nanti genaplah 6 bulan saya dan suami mendirikan masjid. Memang masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari untuk memastikan masjid yang dibina ini utuh. Hanya kepadaNya dipanjatkan doa dan syukur atas segala nikmat yang kami perolehi selama ini.

 

Walaupun sudah lepas 1st trimester tetapi kadang-kadang symptom semasa 1st trimester itu tetap berlaku. Kadang-kadang makan tak berapa lalu, tekak loya, sakit kepala dan asyik nak pergi tandas buang air kecil. Bermula bulan ini, husband sudah planning supaya pergi check up di klinik swasta sahaja. Kos untuk ambil cuti ke klinik kerajaan (sebab ambil cuti tanpa gaji) lagi besar daripada kos untuk check up di klinik swasta. Jadi, lepas ini tak perlulah mengambil cuti untuk check up. Cuti yang ada nanti boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting.

 

Tahun 2012 akan jadi tahun mencabar buat saya dan suami kerana bermulalah tahun kami berkeluarga besar. Walaupun tambah seorang sahaja tetapi tetap terasa. Tahun depan juga mungkin akan jadi tahun kami bertukar kerjaya tetapi itu mungkin menjelang akhir tahun. Tapi ia bergantung juga kepada tahap ekonomi Negara yang mengikut jangkaan akan merudum. Jadi buat masa ini stay dulu di tempat kerja sekarang. Dan tahun depan juga, kami akan berpindah ke rumah baru merangkap rumah kami sendiri. Rumah mertua terlalu kecil untuk kami bila dah ada anak nanti. Ruang di bilik kamipun hampir penuh dengan barang-barang kami sahaja. Di mana nak diletakkan katil baby, barang-barang baby pula nanti?. Tak ada ruang kosong sudah.

 

Tapi, itu semua hanya perancangan. Kami akan berusaha ke arah itu tetapi apapun segalanya Allah yang tentukan. Setiap apa yang berlaku nanti kami anggap ialah yang terbaik untuk kami. Apa pula planning korang tahun 2012 nanti.

 

 

Wednesday, November 30, 2011

Demam

Salam korang!

 

Semalam petang husband dah mesej cakap dia loya-loya. Ingatkan dia loya sebab ‘ganti’ saya rupanya sebab perut dia masuk angin. Malam sebelum itu, makan agak lewat juga. Pukul 10 lebih baru makan. Itupun makan Subway (bukan nasi kan). So, tengahari semalam dia langsung tak makan. Lagi menambah angin dalam perut. Balik sahaja ke rumah dia mengadu sakit kepala. Angin dah naik sampai ke kepala sudah. Saya rasa dahi dia macam demam sikit. Risau pula rasanya.

 

Lepas maghrib, dia terus berselimut. Katanya nak baring sebab tak larat akibat sakit kepala makin menjadi-jadi. Sayapun turun ke dapur. Tanyakan mak mertua kalau-kalau ada ubat-ubat yang boleh bagi husband makan. Ajak pergi klinik tapi dia tak mahu. Katanya nak pergi esokannya. Naik bilik dia minta belikan susu dan juga bubur McD. Terus sahaja minta tolong adik pergi belikan. Saya pula tinggalkan dia berehat di bilik untuk tolong mak mertua masak dinner. Adik balik bawa pulang susu sahaja. Katanya kena tunggu 30 minit baru boleh dapat bubur sebab pihak McD baru nak masak bubur tersebut. Oleh kerana bubur tak ada, saya ajak husband makan nasi tapi dia tak nak. Minum susupun dia tak mahu lagi. Bertambah risau pula rasanya. Saya cakap pada abang adik akan pergi beli bubur lepas kami selesai dinner.

 

Seperti yang dijanjikan adikpun pergi beli bubur tersebut. Ingatkan kena tunggu lagi 30 minit, rupanya sekejap sahaja sudah siap. Mungkin ada orang lain sebelum kami yang beli bubur. Jadi, stock bubur sudah siap ada. Excited nak bagi abang makan tapi at last abang minum susu sahaja. Dia kata nanti dia akan makan. Sayapun terus solat isyak dan pergi sidai kain baju yang baru dibasuh. Orang bekerja mana ada masa nak membasuh di waktu siang kan. Hehe. Lepas itu saya terus teman husband tidur. Kasihan tengok husband menahan sakit. Dalam masa yang sama set alarm pukul 11.30 malam untuk kejut suami makan bubur dan solat.

 

Belum pukul 11.30 suami dah bangun. Dia makan bubur dan makan ubat yang saya dapat daripada mak mertua. Alhamdulillah sedikit lega rasa di hati sebab husband dah makan dan yang penting makan ubat. Harap-harap esok pagi husband kembali sihat. Alhamdulillah, husband beransur sihat dan dapat pergi kerja pagi ini. Lega sangat dan senang hati nak pergi kerja.

 

Selamat bekerja husband dan semua yang bekerja.

K, bai!

 

 

Register E-Filing punya hal. grrrr

Salam korang!

 

Hari ini agak panas sahaja rasa. Semuanya disebabkan E-Filing. Saya bukan tak mahu bayar cukai. Memang selama ni gaji saya tak layak untuk di tolak PCB. Gaji ciput sahaja kot. Tapi, tak bermaksud saya tak nak ambil tahu langsung pasal cukai-cukai ni. Since last year saya dah register untuk E-Filing tapi tu la bila nak check permohonan, masukkan number permohonan yang saya dah siap print screen masa register tu. Tapi tup tup resultnya ‘tiada rekod’. Bila saya nak start register semula, system kata saya dah register pula dan kena pergi check permohonan guna number permohonan yang saya yakin betul tapi system kata salah tu. Haih~

 

Tahun ini tahun 2011 saya mencuba lagi dengan harapan data 2010  dah lupus. So, buatlah registration semula. Tapi, once again benda sama berlaku. System kata “Anda dah pernah register.Sila check permohonan anda bla bla bla”. Saya cuba telefon hotline LHDN untuk buat aduan. Mula-mula mesin menjawab, suruh tekan nombor itu dan ini sampailah masa nak sambungkan ke perunding LHDN tup tup terputus pula panggilan tersebut. Hangin betul saya rasa. Takkan nak call lagi dan face benda sama berkali-kali.

 

Sudahnya, malaslah nak register E-Filing. Malas nak bayar cukai hari ni.

Esok cuba lagi. Bai!

 

Tuesday, November 29, 2011

Tahniah

Salam korang.
Sekali lagi saya bersiaran daripada rumah. Kalau blog update tak ada gambar tu maknanya update kat office thru email la. Kalau ada gambar tu maknanya update dari rumah. Kebebasan berinternet hanyalah di rumah tetapi bukan selalunya bebas sebab masa pula mencemburui saya bila ada di rumah. hoho~

Latey saya banyak update pasal personal life. Kadang-kadang rasa macam diaripun ada. Tapi disebabkan nak capture moment sepanjang membawa orang baru ni. Rasa teruja sahaja nak update pasal diri sendiri walaupun tak ada sentuh langsung dengan dia. heh~

Ramai betul insan-insan disekeliling life saya yang akan menyambut orang baru dalam hidup mereka. Dan semuanya akan jadi sebaya dengan orang baru saya nanti. Excited sahaja bila dengar kawan-kawan yang baru mendirikan rumah tangga sebulan dua dah lekat 'rezeki'. Bunting pelamin gitu kan.

Tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan yang bakal menerima orang baru nanti. Kepada kawan-kawan yang belum ada rezeki, usaha lagi dan sentiasa berdoa serta bertawakkal kepadaNya. Rezeki masing-masing akan tiba jua nanti.Kepada kawan-kawan yang baru nak mendirikan rumah tangga eloklah jangan bertangguh untuk meramaikan rumah dengan keriuhan kanak-kanak. Dan kepada yang baru nak planning untuk bertunang or berkahwin, semoga korang cepat-cepat naik pelamin.

Ada banayk benda nak share tapi malaslah pulak. Nnati esok-esok pula saay update. ok bai!

Burger Ayam Special satu!

Salam korang..

 

Semalam saya dapat MC. Tetapi banyak betul dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh untuk mendapatkan MC. Mula-mula hajat nak pergi klinik panel. Tup tup tengok klinik tutup. Haih, doktorpun ambil cuti sempena Maal Hijrah. Jadi, saya terpaksa cari klinik lain yang berhampiran. Try pergi Klinik Mediviron 24 hours. Punyalah susah nak cari parking sampai kena pusing dua kali kawasan kedai tersebut. Itupun terpaksa parking agak jauh sebab parking dekat-dekat klinik sudah full. Siap ada yang double park lagi.

 

Masuk sahaja klinik tengok tu diaaa..ramainya manusia sakit. Sampai penuh seat. Doktor pula seorang sahaja yang on duty. Pukul 11.00 pagi mendaftar, pukul 12. 15 baru dapat jumpa doktor. Itupun, geram jugalah sebab petugas klinik itu bagi 2 orang yang sepatutnya que belakang saya masuk dahulu jumpa doktor. Saya memang ingat bahawa 2 orang itu datang register selepas saya tetapi at last saya yang kena menunggu lama. Geram simpan dalam hati sahajalah. Lepas jumpa doktor kena tunggu ubat pula. Tunggu lagi beberapa minit. At last dekat-dekat waktu lunch baru boleh balik. Sampai sahaja office, staffs baru nak memandu keluar untuk pergi makan. Saya pula melawan arus memandu masuk office.

 

Sempat cakap pada boss yang saya dapat MC. Kemudian terus balik rumah. Elok sahaja keluar office, hujan turun dengan lebatnya. Redah hujan pula nak masuk kereta. Sampai rumah terus masuk bilik dan tidur. Bangun zohor pukul 3.00 lepas itu sambung tidur balik sampai masuk waktu asar. Barulah segar sikit rasanya. Petang tu makan kuih karipap yang saya beli di office awal pagi. Jadilah untuk buat alas perut. Lepas itu online sekejap sementara tunggu suami balik. 

 

Lepas mandi dan solat, suamipun balik. Turun bawah sebab suami tak naik-naik ke bilik. Rupanya mak mertua tengah masakkan maggi untuk kakak ipar. Sebab mak buat banyak, saya dan suami dapat juga merasa sepinggan seorang. Ni dikira dinner ke hape sebab masa makan itu dah hampir maghrib pun. Tapi dinner maggi tak kenyang kot. Malam tu perut rasa lapar lagi. Ingat nak makan burger ayam spesel (ala, burger yang jual kat tepi2 jalan tu) tapi tak ramai pula yang meniaga malam tu. So, at last suami belikan makanan yang ala-ala burger tapi bukan. Dia beli Subway. Bedal sahajalah labu. Janji perut kenyang. Seronoknya dapat suami penyayang macam ni. (Bodek supaya malam ni dapat merasa burger ayam spesel). Ekeke~

 

Ok da..kita tunggu dan lihat dapat ke tidak burger idaman.

Chow~

Monday, November 28, 2011

Air Terjun 2

Salam semua.

 

Selamat pagi. Kepada yang bercuti, seronoklah. Macam saya kena bekerja di hari cuti umum. Yang seronoknya jalan lengang. Cepat sahaja sampai office. Hujung minggu yang ‘pack’ sudahpun berlalu. Memang penat. Serius penat tapi puas hati. Sabtu, sesudah subuh dah bersiap untuk ke Sports Carnival anjuran company tempat saya bekerja. Tapi, ia habis lewat daripada tentative asal. Pukul 2.30 macam itu baru dapat balik. Terus balik rumah tetapi tak dapat nak lelap matapun.

 

Pukul 5.30 dah siap pula untuk keluar berdating dengan suami. Seperti jangkaan, sampai sahaja di sana di surau dah ramai yang menanti waktu maghrib. Maklumlah Maal Hijrah kan. Semua dah ready nak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tetapi, saya pula kena berdiri tunggu giliran sebab surau memang sudah penuh. Taka da ruang langsung. Alhamdulillah, muslim di Malaysia begitu bersemangat meraikan tahun baru Islam walaupun sedang bershopping. Maklumlah hujung minggu di hujung bulan. Poket masih tebal lagi untuk dibelanjakan. Tapi bukan sayalah sebab saya belum gaji lagi. Sob sob~

 

Kami tengok wayang cerita Happy Feet. Sebelum itu kami sempat makan dahulu di Kenny Rogers. Macam biasa cerita dia memang sweet dan penuh pengajaran. Lagu-lagu yang dinyanyikan penguin-penguin pun best. Layan sahajalah. Tup tup dah dekat pukul 11 malam. Masa nak keluar daripada mall tu, keadaan jalan agak sesak. Memang masa itu semua orang mahu balik sebab dah tiba masa mall tersebut ditutup. Sampai rumah hampir pukul 12.00 malam. Terus masuk tidur. Letuh sangat. Esokannya kena bangun awal untuk preparation berkelah pula. Haih~

 

Pukul 6.53 baru terbangun. Terus Subuh walaupun sipi-sipi nak terlajak. Lepas subuh terus pergi buat kerja di dapur. Sediakan Bihun goreng dan juga sandwich sardine. Kakak mai pula bawa bubur durian dan bahan-bahan barbeque yang sudah siap diperap. Masing-masing dah membayangkan betapa bestnya perkelahan kali ini. Sepatutnya pukul 10 dah gerak tapi dek kerana masalah-masalah teknikal pukul 10.40 baru gerak. Sudahnya bila sampai sahaja, tempat yang teduh (gazebo) sudahpun penuh. Bila tengok langit dah mula gelap terus pasang khemah. Elok siap sahaja khemah, hujanpun turun. Kelam kabut angkut barang masuk khemah. Dengan orang-orang sekali masuk khemah. Padahal semuapun dah siap pakai baju nak mandi air terjun. Heh heh~

 

Cuaca memang tak berapa menarik sebab hujan, berhenti, hujan balik, berhenti silih berganti. Tetapi barbeque tetap dijalankan macam biasa. Bila hujan tutuplah bara dengan payung. Tutup dengan payungpun, bakar tetap bakar. Sedap juga makan panas-panas masa hujan kan. Dalam pukul 3.00 macam itu, kamipun mulalah bersiap untuk balik. Dah puas mandi dan makan. Tapi, kami sempat singgah di kebun bekas Ketua Pengarah DBKL merangkap majikan ayah dulu. Ayah merupakan driver beliau sejak saya belum lahir lagi sehinggalah beliau pencen kira-kira 10 tahun lalu. Ayah juga menjadi salah seorang yang membantu membersihkan kebun itu dan pernah satu masa hampir setia hujung minggu kami habiskan di kebun. Paling seronok tentulah kekita musim buah. Penuh bonet kereta diisi dengan bermacam-macam jenis buah-buahan untuk bekalan balik ke rumah.

 

Sekali lagi, kami dapat makan durian Hulu Langat. Nyummy, memang sedap.Buah daripada baka yang baik dan masih fresh. Baru jatuh dari pokok. Kami gerak balik ke rumah kira-kira pukul 5.00 petang. Terus balik rumah. Masing-masing sudah keletihan. Maklumlah sepanjang hari sibuk sampai langsung tak sempat berehat. Balik rumah mak mertua kereta penuh parking. Rupanya kakak dan abang ipar balik. Mereka tak kerja hari ini. Seronok betul.Rupanya nak umumkan berita gembira. Mak bakal dapat 2 cuculah tahun depan. Bezapun lebih kurang 2 bulan sahaja. Alhamdulillah~

 

Ok, dah panjang bebenor luahan saya hari ini. Esok-esok kalau rajin saya tulis lagi ok. Tata~

 

 

Friday, November 25, 2011

Macam mana nak pindah domain dari blog ke blog lain?

Salam korang!

Wuhuu..lama gila tak buka blogger sebenarnya. Selama ni update pakai email sahaja. Office dah block blogger. So, nak tinggalkan komen di post atau nak tinggal jejak di shoutbox pun tidak boleh. So, semangat berblogging tu dah makin lemau juga. Haih~

Wordpress Self-Hosted dah sampai masa untuk re-new tapi rasa macam tak nak renew lah. Nak pindah domain tu ke blog ini pula. Kalau tak reti memang susah nak maintain dengan self hosted. So, saya berkeputusan nak guna blogger sahaja sebagai hosting. Senang!

Tapi tu la ada satu kemusykilan ni. Macam mana ye nak tukar domain wordpress tu ke blogger? Kena minta pembikin domain tu tukar setting ke? Ataupun kena beli domain baru padahal baru je re-new domain last month. Rugi pula rasa.

--> ada ke yang baca blog ini sekarang ni? Ke dah lama kepupusan? Siapa nak tolong jawab persoalan saya ni kalau tak ada readers. huhu~

Wednesday, November 23, 2011

Air Terjun

Salam Rabu.

 

Pejam celik pejam celik pejam celik tup tup sudah Rabu. Lagi 2 hari menjelang cuti hujung minggu yang ‘pack’. Sabtu ada Sport Carnival anjuran company tempat saya bekerja manakala ahad pula ada planning untuk pergi mandi air terjun. Wah wah, hujung tahun baru nak ke air terjun. Harap-harap cuaca Ahad nanti mengizinkanlah. Almaklumlah hujung tahun sinonim dengan musim tengkujuh.

 

Bercerita berkenaan air terjun, minggu lepas saya dan suami baru sahaja berendam di air terjun. Kami pergi ke Air Terjun Sg. Kedondong yang terletak di daerah Batang Kali. Walaupun pergi secara ad-hoc siap singgah EconSave untuk membeli pakaian untuk mandi, kami bernasib baik kerana pada hari itu cuaca amat baik. Tetapi air sungai amatlah sejuk. Suami cakap hulu sungai ini ialah Genting Highland. Sebab itulah airnya sejuk membeku.

 

Kami mula bermandi manda pada pukul 3.30 petang. Seronok sebab tempat yang kami pergi itu agak tersorok. So, tak adalah rasa segan sangat untuk berendam. Tapi tak lama kemudian datang sekumpulan lelaki yang datang mandi berhampiran kami. Nasib baik masa itu kami dah puas mandi jadi tak adalah rasa terkilan sangat especially sayalah kan. Suami taka da masalah untuk terus berendam dalam suasana begitu.

 

At last, kamipun beransur. Rasa macam lama berendam tetapi bila tengok jam masa bertolak balik baru pukul 4.15 petang. Mandi berdua sahajakan memang tak syok. Kalau pergi beramai-ramai baru meriah sikit. Masa yang lamapun rasa macam sekejap sahaja berlalu. Betul tak? Tak sabar nak ber ‘air terjun’ this weekend.

Yeay!

Tuesday, November 22, 2011

Mr. Takoyaki in making

Salam korang!

Semalam ada 2 benda pelik berlaku di rumah. Pertama, memula mak (mak mertua
I) cakap dia dah bosan makan nasi sahaja pagi, tengahari dan malam setiap
hari. Jadi, malam dia mak decide nak masak maggi. Then kepelikan kedua,
abang merangkap sang suami yang selama ini jarang nak bertukang di dapur
tiba-tiba bersemangat nak buat Japanese food, Takoyaki. Kebetulan, my sister
in law baru je lepas buat kelmarin. Maka dengan bahan-bahan baki yang ada
itu, suamipun mulalah bertukang di dapur. Dia cari resipi dalam internet dan
sukat bahan-bahan ikut suka.

First trial, buat 7 biji dahulu. Berjaya dan nampak lebih menarik bentuknya
daripada yang kakak ipar buat. Sepatutnya memang bentuknya bulat. Tengok
sekali macam bola ping pong pun ada. 2nd merangkap last trial, buat bagi
habis acuan. Boleh dapat 19 biji tapi dek kerana bahan tak cukup, ada
beberapa biji yang tak ada 'toka' aka sotong di dalamnya dan ada juga yang
'berlubang' sebab tak cukup tepung. Tapi rupanya masih bulat. Tokayaki tu
lambat siap maka dalam process menunggu itu, kami makan maggi dahululah.
Lepas dah siap tokayaki, kami lepak makan di ruang tamu sambil layan bola
sepak Sukan Sea Final yang menjulang Malaysia sebagai juara.

Suami ada snap picture tokayaki yang dia buat tapi tak sempat nak ambil.
Nanti saya share sikit rupa tokayaki yang dia bikin. Update pakai email ni
tak boleh nak upload gambar. Mencik!

K, bai!

Friday, November 18, 2011

Menanti 'orang baru'

 

Salam,

 

Fuh, berhabuk-habuk blog picisan saya ini. Sorry kepada yang masih lagi setia berkunjung ke blog ini. Lately mood untuk berblogging semakin menurun. Kalau menulispun ‘bukan kerana nama’ bak kata orang. Tapi sekadar untuk berkongsi di alam maya ini apa yang berlaku dalam hidup saya. Dan apa pandangan saya secara peribadi berkenaan isu-isu semasa.

 

Bercakap berkenaan hidup saya, Alhamdulillah saya kini sedang meniti hari menanti kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup saya dan juga dunia. InsyaAllah dalam bulan Mei 2012 nanti, si dia akan menceriakan hidup kami sekeluarga. Mungkin agak terlewat untuk diceritakan dan tidak ramaipun yang tahu melainkan hanya saudara-mara dan rakan-rakan terdekat lagi-lagi yang rajin bertanya perkembangan semasa saya. Kata orang tak manis menghebahkan perkara ini pada peringkat awal tapi jika ada yang bertanya secara jujur saya menjawab. Kalau orang tidak bertanya, diam-diam sahajalah. Sekarang sudah masuk fasa kedua jadi risiko kehilangannya semakin kurang jadi sesuailah untuk saya mengkhabarkan kepada rakan-rakan di blog pula.

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi atas kurniaan ini.

=)

Monday, October 31, 2011

Aku dan Dia

Dia ada, tapi dia tak ada.

Dia depan mata, tapi hatinya jauh beribu batu.

Dia memandang, tapi hatinya berpaling.

Dia mendengar, tapi telinganya tutup.

Dia cinta, tapi rasa tak bahagia.

 

Adakah hanya aku yang perlu membuang ego?

Adakah kerana statusku maka aku perlu menurut segala?

Adakah kerana aku adalah aku, aku perlu mengalah sahaja?

 

Mengada-ngada?

Bukan sengaja.

Perlukah aku cerita…

kenapa aku buat begini?

Kenapa aku jadi begitu?

Supaya aku dipandang penuh simpati.

 

Semuanyapun tak boleh?

Bukan tak boleh.

Tapi..

biarlah kena pada masanya.

dengarlah rintihan ini dengan hati.

Lihatlah kekerutan muka ini dengan belas.

Tidakkah dia nampak apa yang aku rasa.

 

Hanya dalam detik ini.

Tak lamapun.

Hanya sehingga bulan Mei nanti.

Letakkan diri di tempat aku.

Dan kuharap dia akan mengerti jua.

Jika benar dia ada hati.

 

Monday, October 24, 2011

Hujung Minggu yang letih

Salam korang!

 

Fuh, hari Isnin datang lagi. Hujung minggu terisi dengan pengalaman tidur dalam kereta sahaja kebanyakan. Mula-mula malam minggu di mana kami (saya bersama suami, mak mertua, adik ipar) berangan nak pergi IKEA. Mak nak cari Adapter katanya sebagai preparation untuk melancong ke KOREA hujung minggu ini. Baru separuh jalan, kami berdepan dengan kesesakan jalanraya yang teruk. Sudahnya angan-angan nak makan nasi ayam di IKANO POWER CENTRE terpaksa dilupakan. Kami gerak lepas maghrib tapi stuck dalam kesesakan sampai pukul 9.30 malam. Itupun hanya half way sebab kami berjaya juga keluar daripada kesesakan dan terus pergi makan KFC di area Selayang. Ceh, punyalah jauh kami berjalan-jalan at last berpatah balik hampir dekat rumah dan makan KFC sahaja.

 

Esokannya, pagi-pagi lagi suami dah ajak pergi makan roti canai. Seronok juga kalau dapat pekena sekeping. Pusing-pusing area Selayang juga kami terjumpa kedai mamak yang nampak bersih. Saya hanya makan Roti Canai kosong sekeping manakala suami makan sekeping Roti Canai kosong dan sekeping Roti Telur. Petangnya selepas lunch Subway dan round sekitar Bandar Baru Selayang, kamipun terus pergi The Curve (laagik?). Solat dahulu kemudian terus pergi berangan di IKEA. Lepas berangan, saya yang teringin nak makan Aiskrim terus di bawa suami pergi The Curve untuk beli McFlurry OREO. Nyum-nyum~

Lepas itu sempat lagi suami bershopping membeli 2 helai seluar slack. Oleh kerana dah terlalu penat, lepas suami bershopping, kami terus balik rumah. Malam tu dinner di rumah sahajalah. Lagipun kakak ipar ada datang. Meriah sikit.

 

Hari Ahad pula, pagi memang tak pergi mana. Pagi-pagi breakfast dengan Mihun Goreng. Menjelang tengahari, saya dan husband gerak pula ke Kota Puteri. Hajat di hati nak tengok-tengok rumah untuk dibeli. Kalau berkenan memang nak belilah kan. Tapikan, first benda yang buat kami terpaksa berfikir banyak kali ialah distance from our offices yang teramat jauh (untuk saya maybe 80km)and then bayaran tol untuk lalu highway LATAR sahaja RM4 sekali lalu. Kalau pergi balik RM8 sehari belum masuk tol LPD RM3.20 pergi balik. Fuh, jarak jauh macam tu mesti memerlukan bayaran untuk petrol yang lebih daripada sekarang. Mungkin 3 atau 4 kali ganda daripada current spent. BTW, Rumahnya memang cantik dan hargapun boleh tahan. Range between 198k to 226k. Rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidur, 3 bilik mandi. Tapi dek kerana 2 perkara yang disebut di atas maka terpaksalah fikir banyak kali untuk membelinya. Huhu~

 

Petang itu pula, kami pergi hantar mak ke LCCT. Mak kena register pukul 8.30. Flight pukul 11.00 malam. Pukul 6 petang kami gerak. Sampai sana lebih kurang pukul 7.30. Terus solat maghrib. Then makan di McD. Tak ada pilihan lain daa. MarryBrown macam tak menarik je tengok. Lepas makan, terus hantar mak kepada kumpulan rombongan yang dah sedia menunggu di hadapan pintu pelepasan. Masa tu jam hampir pukul 8.30 dah pun. Lepas hantar mak terus balik. Tapi perjalanan tak semudah disangka sebab sebaik sahaja keluar LCCT, kami terpaksa meredah beberapa KM punya kesesakan. Sebab utama ialah petang itu ada MotoGP. Tak sangka sebenarnya perlumbaan itu dibatalkan sebab seorang pelumba Honda menemui ajal di situ. Baca suratkhabar pagi esokannya (pagi ni) baru perasan. Patutlah jalan sesak semacam sahaja. Hmmm~ Sampai rumah jam dah pukul 11.00. Nasib baik dah berhenti solat di R&R Dengkil. Jadi apa lagi terus masuk tidurlah kan.

 

Letih sangat hujung minggu ini. Penuh dengan aktiviti jalan-jalan. Padahal badan bukannya sihat sangat. Tapi layankan sahajalah.

 

 

 

 

Wednesday, October 19, 2011

Oktober punya cerita

Salam,

 

Lately saya memang tak berapa sihat. Langsung tak ada mood untuk menulis entry. Walaupun banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini tapi tak larat nak menaipnya. Bulan Syawal telahpun lama berlalu pergi. Dan kini bulan Zulhijjah semakin menghampiri. Jemaah haji telahpun berada di tanah suci mempersiapkan diri untuk menjalani ibadat rukun Islam kelima. Terfikir juga bilalah nak mendaftar untuk pergi haji. Syarat minimum untuk pendaftaranpun dah dilepasi. Nantilah berbincang dengan suami. Kalau tak sekarang bila lagi kan. Lagi lambat mendaftar, lagi tipislah peluang untuk ke sana.

 

Bulan October ini tak banyakpun aktiviti yang dilakukan. Hujung minggu pertama masa dihabiskan di rumah parents saya di Puchong. Minggu ke dua pula dihabiskan dengan menghadiri jemputan perkahwinan sahabat suami dipanggil Farouk. Rumah dia tak jauhpun daripada rumah parents suami. Tapi, rumah pengantin perempuan di Rawang. Sabtu tu kami ikut rombongan secara konvoi ke majlis pernikahan diorang. Kesian pada pengantin lelaki sebab process pernikahan dia makan masa lebih kurang 2 jam kot. Sampai terpaksa lafaz 2 kali mungkin gara-gara terlalu nervous. Teringat masa majlis pernikahan saya dahulu. Tak sampai setengah jampun process pernikahan. Tup tup selesai.  Hari Ahad pula kami pergi kenduri persandingan mereka pula di rumah yang sama.  Selepas itu, kami tak terus balik tetapi terus pergi Cineleisure. Hajat nak tengok wayang cerita Johnny English Reborn. Seperti dijangka daripada awal sampai habis tak habis-habis ketawa dengan gelagat English. Dia memang sengal!

 

Hujung minggu ketiga, balik Puchong lewat sikit. Pukul 10 lebih baru sampai rumah. Pukul 12 planning nak pergi melawat cousin suami yang baru melahirkan baby jumaat malam (malam sebelum) di Hospital Sungai Buloh. Malangnya hajat tak kesampaian sebab wad penuh dan cousin masih lagi ditempatkan di Dewan Bersalin. Di wad bersalin, hanya suaminya sahaja yang dibenarkan melawat/masuk. Waktu melawat hanya sehingga pukul 2 petang. Dan selepas itu start pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam. Pukul 1.30 petang kami gerak pergi cari makan pula. Lapar sudah!, Lepas makan terus balik Puchong. Pukul 3.00 dapat mesej yang cousin dah masuk wad tapi tak sempat dah nak berpatah balik. Lagipun saya dah rasa kurang sihat sangat dah. Dah tak larat nak singgah mana-mana lagi.

 

Ahad sampai ke petang memang dihabis di rumah. Masak-masak, makan-makan, lepak-lepak. Menjelang pukul 6.00 petang, saya dan suami pulang ke Selayang sebelum meneruskan hajat kami ke Cineleisure sekali lagi (last weekend baru pergi) untuk tengok wayang. Kali ni kami tengok Real Steel. Kali ini menonton secara percuma sebab ada geng dapat tiket free daripada HotFM. Lepas menonton, kami pergi lepak makan di kedai Nasi Lemak di area rumah juga. Tapi saya tak larat nak makan nasi lemak dah. Terus order Maggi Goreng Mamak. Itupun makan tak sampai separuh pinggan. Balik sahaja terus solat dan tidur sampai pagi.

 

Ok daa..panjang pula entry kali ini. Bai!

 

 

Tuesday, October 11, 2011

Yang terbaik untukku

Seorang demi seorang datang  dan pergi.

Seorang demi seorang juga silih berganti.

Tapi ku masih di sini.

Setia.

 

Lama kunanti.

Bilakah pula giliranku?

Untuk menjadi salah seorang daripada mereka.

Yang tidak kaku.

Membeku.

 

Sedang sudah kuusaha.

Kukerah keringat yang ada.

Untuk membebaskan diri.

Dari belenggu yang membeku ini.

 

Namun,

Ia tak mematahkan semangatku.

Kerana kutahu.

Dia Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

 

Dan buat kesekian kalinya.

Aku bersyukur.

Kerana inilah yang terbaik bagiku buat masa ini.

 

Wednesday, October 5, 2011

Rasa ini

Salam korang!

Mari membebel bersama saya.

Mood sekarang ini rasa tak berapa best.

Rasa sedih sahaja.

Daripada pagi tadi rasa tak indah.

 

Saya rasa seakan tidak diperdulikan.

Hati ini rasa macam terguris.

Gerak geri dipertikaikan.

Gerak hati dipersoalkan.

Entahlah.

Seakan  tak mengerti apa yang saya lalui.

Tiada siapa yang bisa mengerti.

Hanya saya sendiri yang tahu dan faham.

 

Apa yang berlaku ini buat saya berfikir.

Cukuplah sekali ini sahaja saya melalui pengalaman begini.

Rasanya biarlah ini jadi yang pertama dan juga yang terakhir.

Rasa ini satu anugerah yang tak semua orang lalui.

Tapi sebab itu jugalah ia disalaherti.

 

Pen off~

Monday, October 3, 2011

Monday Blues!

Salam korang!

 

Monday blues again.

Every Mondays was gloomy for me.

I hope that this day will be end soon.

So, I will welcoming Tuesday, Wednesday, Thursday and Friday.

Yeah, Friday with happy face because the next day holiday.

 

But, now I need to face a reality of Monday just started.

Another 5 total working hours more to go from now before I can say good bye to gloomy Monday.

Just smile please to heal the pain.

Just smile please to gain working spirit.

Just smile please as healthy treatment.

And nahhh..you will feel how fast the Monday passed by.

 

Friday, September 30, 2011

September

Salam..

 

Lama gila blog ini tak berupdate. Bukan tak nak update tapi tak ada mood nak bercerita. September bakal berlalu meninggalkan kita. September kali ini bagi saya penuh dengan aktiviti. Almaklumlah bulan syawal. Tapi ianya bukanlah tertumpu kepada majlis rumah terbuka malah tahun ini dalam sejarah sebab langsung tak pergi mana-mana open house. Baru perasan* Bukan tak ada jemputan langsung. Tiap-tiap hujung minggu sampai 2-3 orang jemput pergi open house di rumah mereka tetapi apakan daya tak berkesempatan untuk memenuhi jemputan.

 

Awal-awal September sepanjang seminggu bercuti raya memang sibuk mengunjungi sanak saudara belah suami dan juga belah saya. Maklumlah dah ada suami kan. Sebelum ini tiap-tiap tahun beraya dengan family sendiri sahaja. Hujung minggu seterusnya pula, sepanjang hari sabtu saya dan suami sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada kawan suami yang majlisnya di sebelah malam yang sama. Kira kami beli hadiah last minute jugalah ini. Majlis perkahwinan dia amat grand beb. Siap ada Tun Mahadhir dengan Tun Siti Hasmah lagi sebagai tetamu kehormat manakala persembahan pula dilakukan oleh Dayang NorFaezah dan juga Anuar Zain. Teruja dapat tengok Anuar Zain secara life. =)

 

Hujung minggu seterusnya iaitu cuti 3 hari sempena Hari Malaysia, saya dan suami berjalan jauh ke Terengganu. Kami ke Chendering berhampiran Kuala Terengganu. Tujuan asal ialah untuk meraikan sahabat kami, Marwan dan pasangannya Afiah. Majlis mereka diadakan pada hari Sabtu. So, jumaat selepas solat jumaat kamipun terus gerak. Kami sampai di sana waktu maghrib. Marwan yang baik hati telah menapau nasi dagang buat kami (selain kami berdua ada 2 orang lagi sahabat yang datang iaitu Ujang (daripada JB naik bas) dan juga Khairulfatin (daripada Shah Alam merupakan official photographer Marwan nanti). Malam itu, kami pergi juga makan seafood. Alang-alang dah sampai kuala tak sahlah tak rasa seafood kan. Kami makan pari bakar dan tomyam campur. Pergh, memang sedap dan berbaloi-baloi. Esokannya sepatutnya majlis kenduri dah mula pukul 10 pagi. Pengantin dah siap sejak pukul 10 tapi kami tertidur di chalet sampai pukul 12. Lupa pula di sini pengantin siap awal berbanding di tempat lain. Haih!

Memang kami menjadi antara tetamu yang lambat sampai la siap kena sound dengan mak pengantin lagi. Makcik tu berseloroh sahaja. Dia bertanya; “ ini ke ‘kawan yang lambat’ tu?”. Kami sengih-sengih sahajalah. Apa nak di kata memang betulpun kitorang lambat. Petang itu kami join mereka buat outdoor photoshoot. Waktu dah hampir maghrib baru kami balik semula ke chalet. Itupun sebab nak hantar Ujang ke perhentian bas. Bas dia akan bertolak pukul 8.15 malam. Kami pula keesokannya baru balik KL. Sampai di rumah malam ahad. Cuti 3 hari memang habis begitu sahaja.

 

Hujung minggu terakhir raya kami sekeluarga (keluarga suami) menghala ke Johor pula untuk meraikan Uda (adik ipar) yang akan konvo pada hari sabtu petang. Jumaat itu saya ambil cuti halfday. Kami gerak ke JB dalam pukul 4.00 petang. Sampai di sana waktu maghrib. Lepas ambil Uda di UTM kami terus gerak mencari hotel yang bakal kami inapi , Embassy Hotel. Puas mencari sampai sesat-sesat beberapa kali akhirnya jumpa juga. Malam itu kami pergi makan di Senibong. Makan seafood lagik!.

 

Esokannya kami terus pergi ke UTM. Konvokesyen habis kira-kira pukul 5 petang. Masa itu masing-masing kelaparan. Saya masa itu sampai pening-pening sebab perut dah masuk angin. Cari KFC tapi susah sangat nak jumpa. Sampai ke Stulang kami mencari tapi tak jumpa-jumpa. At last jumpa juga di Plaza Pelangi yang terletak hampir dengan hotel tempat kami menginap sahaja. Lunch merangkap dinner hari itu kami makan nasi berlaukkan Ayam KFC. Malam itu kami tetap keluar ke restoran Singgah Selalu tapi dek kerana kekenyangan kami order minuman sahaja. Order juga tomyam campur. Saja nak hirup tomyam. Kami gerak balik ke KL keesokan tengahari. Sempat singgah di Jusco Taman U untuk beli sushi jusco. Sushi di situ masih murah. RM1 satu. Di KL harganya kalau tak silap paling kurangpun RM1.20 satu. Sampai di rumah pukul 5.30 petang.

 

Punyalah panjang entry. Ingat nak tulis ringkas-ringkas tapi terajin pula nak bercerita hari ini. Oklah. Selamat tinggal September dan selamat datang October. Bai!

Wednesday, September 21, 2011

PUASA SUNAT ENAM VS GANTI

Salam korang!

 

Kalau orang lain dalam mission untuk habiskan puasa sunat enam. Aim saya bukan lagi itu tapi untuk habiskan puasa ganti.

Fuh, hari ini sudah masuk hari keempat. Harap-harap saya dapat bertahan untuk menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa hari ini. Yeah!.

 

Walau apapun tujuan korang semua berpuasa, saya doakan segala yang korang harapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Padahal rasa macam dah sakit perut ni. adeh, tolonglah wahai si perut. Bersabar dan bertahanlah sehingga maghrib nanti.

 

Kepada penyinggah blog picisan saya ini,

 

SELAMAT BERPUASA SUNAT ENAM SYAWAL

 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kejar pahala puasa sunat. Chaiyok2 ok!

Tuesday, September 20, 2011

Jalur Gemilang

Salam korang!

Lately banyak sangat perkara-perkara remeh yang diperbesarkan. Contoh terbaik kes yang tengah hot sekarang ialah berkenaan bendera Malaysia aka jalur gemilang yang rupanya mirip bendera US. Kes ini macam sama dengan kes unsur illuminati yang terdapat pada ketupat, rekabentuk Bandar Putrajaya.

Bagi saya apa ada hal dengan sama atau tidak sebab yang penting ‘niat’ ataupun ‘apa yang kita faham dan percaya’ pada apa yang kita lihat. Jalur gemilang tetap jalur gemilang selagi kita tak samakannya dengan bendera US. Kan? Ia tetap jalur gemilang yang telahpun kita ketahui maksud setiap corak dan jalur yang ada padanya.

Walaupun apapun yang berlaku dahulu dan walau sesiapapun yang terlibat merekabentuk jalur gemilang itu, ia tetap jalur gemilang yang kita banggakan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Peliklah dengan dunia sekarang. Punyalah banyak lagi isu besar yang perlu diselesaikan, isu jalur gemilang yang hanya satu bendera tidak bernyawa ini juga yang nak ditumpukan.

Just my 2 cents ok.
Tiada berkait dengan mana-mana orang, parti politik ataupun sewaktu dengannya.
K bai!

Wednesday, September 14, 2011

BERKONGSI REZEKI

Salam korang.

Kadang-kadang, aku sedar sudah beberapa kali insiden yang tak diingini berlaku. Kadang-kadang aku rasa insiden yang berlaku itu boleh sangat aku elakkan sebenarnya. Tapi entah macam mana mungkin sudah nasib badan, ia berlaku juga. Walaupun selalunya ia tidak teruk tapi aku tetap bimbang setiap kali ia berlaku. Adakah ia berkaitan dengan tahap kebersihan rezeki yang aku terima selama ini?  Kadang-kadang rasa macam mahu sahaja berhenti kerja dan mencari kerja lain. Biarlah kerja banyak bertimbun-timbun- timbun asalkan aku tak buang walau seminitpun masa yang ada sebagai pekerja selama 8 jam sehari melakukan perkara lain disebabkan tidak ada tugas.

 

Bila aku fikirkan balik, aku spend setiap bulan gaji untuk membayar harga sebuah kemudahan. Tapi bila berlaku insiden-insiden begini aku mula fikir adakah aku membayarnya dengan duit yang betul-betul halal (maksud aku dari segi kesesuaian kerja dengan gaji yang kuperoleh)? Mungkin juga ia berpunca daripada aku sendiri  yang tidak jarang berkongsi kemudahan itu dengan orang lain. Mungkin? Sedangkan apa sahaja nikmat dan kemudahan yang kita dapat di dunia ini adalah kurniaan Allah SWT dan ia bukan milik diri tapi milik semua orang yang hidup di sekeliling kita. Mungkinkah aku perlu kongsi kemudahan ini dengan orang lain? Kepada siapa?

 

Hari-hari aku berfikir setiap minitku terisi dengan kerja atau tidak? Adakah setiap ringgit yang aku perolehi sama dengan usaha yang aku kerahkan untuk membantu kompeni ini sekarang? Kadang-kadang rasa was was itu ada tapi bila difikirkan balik inilah lumrah kerja. Adalakanya akan terlalu sibuk sehingga sehari rasa begitu sekejap berlalu. Tapi adakalanya langsung tidak ada urusan yang perlu dilakukan sehingga waktu terasa begitu perlahan berlalu.

 

Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu. Berikanlah aku peluang untuk memperolehi rezeki yang betul-betul halal buatku. Biar kerja banyak dengan gaji yang tidak setimpal (gaji kecil berbanding beban tugas) daripada kerja sedikit dengan gaji yang berlebihan. Kalau boleh biarlah gaji yang diperoleh setimpal dengan beban tugas. Bantulah aku untuk memilih kerjaya. Adakah aku perlu stay di sini atau aku perlu berubah kerjaya?

 

Friday, September 9, 2011

SEPTEMBER yang busy

Salam korang!

 

Wuhu..pejam celik pejam celik dah 11 Syawalpun hari ini. Puasa 6 bila nak mula ni? Adess. Hujung minggu wpanjang bulan ini full booked. Hujung minggu ini selain pergi wedding dinner sabtu malam, saya dan suami akan pulang ke kampung di Puchong (rumah parents saya). Ahad pula akan bergegas pulang ke Selayang sebab mak mertua nak buat makan-makan untuk saudara mara pula.  Next weekend akan ke Terengganu menghadiri jemputan perkahwinan sahabat kami semasa di UTM dulu, Marwan dengan pasangannya Afiah. Alhamdulillah, dulu dialah antara rakan course lelaki sekelas yang paling pemalu dengan perempuan. Kiranya sepanjang 4 tahun kami belajar status dia single lah. Tak ada girlfriend. Tapi hadiah belum beli lagi ini. Hampir terlupa pula. 

 

Minggu selepas itu pula, saya bersama keluarga mertua akan ke JB pula selama 2 malam. Uda (adik ipar) ada konvokesyen pada hari sabtu petang di UTM. Kali terakhir ke UTM ialah sebelum puasa. Itupun tidak lama. Tapi sempat juga kami naik ke Balai Cerap. Rasanya tak ada perubahan sangat  kot. Cuma teringin nak menjengah Stadium UTM yang baru. Last time tak dapat nak usyar sebab masa itu ia ditutup sementara (tak tahulah sebab apa). Tak ada rezeki kami masa itu kot. Apa yang paling diingati sehingga sekarang berkenaan JB ialah Sushi Jusco Taman Universiti. Harganya still sama macam masa kami masih belajar di UTM dulu. Murah berbanding JUSCO lain di area KL. Selain itu, Sushi di sana memang terbaik. Sedap sampai rasa macam nak makan banyak-banyak. Suami cakap kalaulah sushi sesedap dan semurah ini ada di jual dekat area rumah di KL, tiap-tiap hari makan sushi lah kami. Hehe~

 

By the end of September duduk di rumah diam-diam sahajalah sebab budget bulanan dah habis. Huhu.

 

Thursday, September 8, 2011

Gempa Bumi lagi!

Salam korang!

Baru sahaja semalam saya cerita pasal gempa bumi, hari ini di Akhbar Online dah update gempa bumi terbaru di Jepun malam tadi. Petikan berita saya share di sini;

Jepun dilanda gempa bumi 5.1 Skala Richter
08/09/2011 2:35am

TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.
Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP
Sebelum inipun gempa bumi turut berlaku di Sumatera Utara. Kesan gegaran turut di rasakan di sesetengah tempat di Malaysia temasuk Pualau Pinang. Gempa bumi yang terlalu kerap berlaku dan dilaporkan sekarang sebenarnya satu petunjuk yang Allah nak berikan kepada kita yang dunia sudha hampir ke penghujungnya. Cuma kita tak tahu bila sebab hanya Dia yang Maha Tahu. Tapi, masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan melipat gandakan ibadah supaya masa depan kita di akhirat kelak cerah. Akhirat yang kekal abadi.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics