Salam..
Lama gila blog ini tak berupdate. Bukan tak nak update tapi tak ada mood nak bercerita. September bakal berlalu meninggalkan kita. September kali ini bagi saya penuh dengan aktiviti. Almaklumlah bulan syawal. Tapi ianya bukanlah tertumpu kepada majlis rumah terbuka malah tahun ini dalam sejarah sebab langsung tak pergi mana-mana open house. Baru perasan* Bukan tak ada jemputan langsung. Tiap-tiap hujung minggu sampai 2-3 orang jemput pergi open house di rumah mereka tetapi apakan daya tak berkesempatan untuk memenuhi jemputan.
Awal-awal September sepanjang seminggu bercuti raya memang sibuk mengunjungi sanak saudara belah suami dan juga belah saya. Maklumlah dah ada suami kan. Sebelum ini tiap-tiap tahun beraya dengan family sendiri sahaja. Hujung minggu seterusnya pula, sepanjang hari sabtu saya dan suami sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada kawan suami yang majlisnya di sebelah malam yang sama. Kira kami beli hadiah last minute jugalah ini. Majlis perkahwinan dia amat grand beb. Siap ada Tun Mahadhir dengan Tun Siti Hasmah lagi sebagai tetamu kehormat manakala persembahan pula dilakukan oleh Dayang NorFaezah dan juga Anuar Zain. Teruja dapat tengok Anuar Zain secara life. =)
Hujung minggu seterusnya iaitu cuti 3 hari sempena Hari Malaysia, saya dan suami berjalan jauh ke Terengganu. Kami ke Chendering berhampiran Kuala Terengganu. Tujuan asal ialah untuk meraikan sahabat kami, Marwan dan pasangannya Afiah. Majlis mereka diadakan pada hari Sabtu. So, jumaat selepas solat jumaat kamipun terus gerak. Kami sampai di sana waktu maghrib. Marwan yang baik hati telah menapau nasi dagang buat kami (selain kami berdua ada 2 orang lagi sahabat yang datang iaitu Ujang (daripada JB naik bas) dan juga Khairulfatin (daripada Shah Alam merupakan official photographer Marwan nanti). Malam itu, kami pergi juga makan seafood. Alang-alang dah sampai kuala tak sahlah tak rasa seafood kan. Kami makan pari bakar dan tomyam campur. Pergh, memang sedap dan berbaloi-baloi. Esokannya sepatutnya majlis kenduri dah mula pukul 10 pagi. Pengantin dah siap sejak pukul 10 tapi kami tertidur di chalet sampai pukul 12. Lupa pula di sini pengantin siap awal berbanding di tempat lain. Haih!
Memang kami menjadi antara tetamu yang lambat sampai la siap kena sound dengan mak pengantin lagi. Makcik tu berseloroh sahaja. Dia bertanya; “ ini ke ‘kawan yang lambat’ tu?”. Kami sengih-sengih sahajalah. Apa nak di kata memang betulpun kitorang lambat. Petang itu kami join mereka buat outdoor photoshoot. Waktu dah hampir maghrib baru kami balik semula ke chalet. Itupun sebab nak hantar Ujang ke perhentian bas. Bas dia akan bertolak pukul 8.15 malam. Kami pula keesokannya baru balik KL. Sampai di rumah malam ahad. Cuti 3 hari memang habis begitu sahaja.
Hujung minggu terakhir raya kami sekeluarga (keluarga suami) menghala ke Johor pula untuk meraikan Uda (adik ipar) yang akan konvo pada hari sabtu petang. Jumaat itu saya ambil cuti halfday. Kami gerak ke JB dalam pukul 4.00 petang. Sampai di sana waktu maghrib. Lepas ambil Uda di UTM kami terus gerak mencari hotel yang bakal kami inapi , Embassy Hotel. Puas mencari sampai sesat-sesat beberapa kali akhirnya jumpa juga. Malam itu kami pergi makan di Senibong. Makan seafood lagik!.
Esokannya kami terus pergi ke UTM. Konvokesyen habis kira-kira pukul 5 petang. Masa itu masing-masing kelaparan. Saya masa itu sampai pening-pening sebab perut dah masuk angin. Cari KFC tapi susah sangat nak jumpa. Sampai ke Stulang kami mencari tapi tak jumpa-jumpa. At last jumpa juga di Plaza Pelangi yang terletak hampir dengan hotel tempat kami menginap sahaja. Lunch merangkap dinner hari itu kami makan nasi berlaukkan Ayam KFC. Malam itu kami tetap keluar ke restoran Singgah Selalu tapi dek kerana kekenyangan kami order minuman sahaja. Order juga tomyam campur. Saja nak hirup tomyam. Kami gerak balik ke KL keesokan tengahari. Sempat singgah di Jusco Taman U untuk beli sushi jusco. Sushi di situ masih murah. RM1 satu. Di KL harganya kalau tak silap paling kurangpun RM1.20 satu. Sampai di rumah pukul 5.30 petang.
Punyalah panjang entry. Ingat nak tulis ringkas-ringkas tapi terajin pula nak bercerita hari ini. Oklah. Selamat tinggal September dan selamat datang October. Bai!
No comments:
Post a Comment