Followers

Tuesday, December 27, 2011

Kemungkinan 2012

Salam.

Tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Dan 2012 yang tak terjangka lagi keadaannya akan tiba.

 

Saya dengar berbagai spekulasi yang berkaitan dengan tahun 2012 nanti. Selain daripada PRU yang akan menentukan siapakah yang ditakdirkan Allah SWT untuk memikul tanggungjawab mentadbir Negara, jangkaan bahawa ekonomi Negara akan merudum jatuh dengan teruk kesan daripada kejatuhan ekonomi di Negara Eropah dan juga masalah hutang kerajaan US. Apapun, saya sentiasa mendoakan keselamatan, kesejahteraan serta kemakmuran negara kita di samping turut berharap peningkatan yang positif dari segi kerjaya, ekonomi keluarga, kebahagiaan keluarga dan juga tahap keimanan kepada Yang Maha Mencipta.

 

Spekulasi yang dicipta barat dalam sebuah filem sebelum ini yang mana 2012 akan terjadi satu bencana yang maha dasyat di seluruh dunia kesan daripada ‘tangan-tangan gatal manusia’ sendiri yang gagal untuk mentadbir bumi dengan baik sehingga ekosistem dunia tidak lagi stabil. Tahun 2011, saya melihat begitu banyak bencana disebabkan kepincangan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia. Yang paling meninggalkan kesan ialah Tsunami di Jepun dan juga banjir besar di Thailand. Selain itu bencana-bencana seperti ribut, banjir besar, gempa bumi tak henti-henti berlaku di seluruh dunia sepanjang tahun ini.

 

Kalau anda selalu belek Berita Harian Online, anda akan perasan hampir setiap hari kejadian ‘gempa bumi’ sama ada kecil ataupun besar, dilaporkan di bahagian ‘muktahir’. Contohnya, hari ini di Indonesia, esokannya di Timor Leste, lusanya di Jepun, minggu depannya di Filipina dan begitulah seterusnya. Salah satu tanda Hari Kiamat semakin hampir ialah kekerapan berlaku bencana alam seperti ‘gempa bumi’ di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, banyak lagi tanda-tanda Hari Kiamat yang semakin jelas terlihat hari ini dan kita patut sedar bahawa ‘masa’ itu sudah semakin hampir.

 

Takut pula bila difikirkan kemungkinan yang satu ini. Hakikatnya kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya kan. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang beriman ketika dibangkit di padang masyar kelak. Ameen~

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics