Followers

Wednesday, December 21, 2011

Mendidik Anak

Holla World~

Pagi Rabu yang indah.

Tapi, macam taka da kerja untuk dilakukan.

 

Berikanlah aku secebis kesabaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini. Berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan, cabaran dan masalah. Positifkanlah fikiranku demi kesejahteraan anak yang ku kandung.

 

Semalam, mak menyuarakan kebimbangan melihat anak-anak zaman sekarang yang begitu cepat hendak membesar sebagai orang dewasa. Sepatutnya di zaman sekolah rendah, anak-anak sibuk mengejar ilmu, bermain bersama rakan-rakan sebaya secara sihat. Bila saya mengimbas kenangan di zaman kanak-kanak dulu, memang itulah yang kami lakukan. Kami explore apa yang ada dalam dunia kami sendiri. Bukan tidak ada langsung terdetik untuk meniru orang dewasa tetapi kami fikir yang ia tidak sesuai untuk kami. Dan kami sanggup menunggu dewasa untuk melakukannya. Duit tidak menjadi satu agenda penting buat kami.

 

Tapi dapat dilihat, zaman sekarang anak-anak kecil sudah dihidangkan dengan pelbagai sumber maklumat melalui internet, TV dan masyarakat sekeliling. Ini buat mereka rasa teringin untuk cepat dewasa. Apa yang orang dewasa buat, mereka nak buat juga. Contohnya seperti merokok, melepak di Shopping Complex, merempit, melakukan seks bebas, mencuri, vandalism dan sebagainya. Sudah tentulah benda-benda yang ‘menyeronokkan’ ini dengan mudah mempengaruhi mereka untuk melakukannya dan mempengaruhi anak-anak yang lain pula. Lama-lama ia jadi satu gejala yang sukar untuk dibendung.

 

Didikan agama mungkin sudah diterapkan dalam diri anak-anak ini. Tapi mungkin tidak ada contoh yang baik untuk buat anak-anak ini ‘percaya’ dan memegang teguh kepada ajaran agama tersebut apabila disogok dengan nikmat duniawi. Bila tak nampak kebaikan daripada mengikut ajaran agama, maka senanglah anak-anak ini digoda syaitan untuk nampak ‘keseronokan’ melakukan perkara yang sia-sia itu. Seronok memang seronok tetapi hanya sementara. Sebab derita yang bakal ditanggung selepas itu, tidak terperi pedihnya tetapi manalah mereka nampak semua itu kalau ‘lorong gelap’ itu tidak disuluh ‘lampu’.

 

Lalu, kata-kata mak dihujung bicara buat saya dan suami befikir panjang.

“Mak tak tahulah macam mana korang nak didik anak korang nanti. Cara mendidiklah yang akan menentukan masa depan anak-anak korang”

 

Berfikir macam mana nak mendidik anak-anak di zaman yang sesetengah masyarakatnya rosak. Memang susah untuk dibayangkan apa akan jadi ketika itu. Tetapi sentiasalah berpegang kepada agama dan bergantung haraplah kepada yang Maha Esa untuk membantu dalam mendidik anak-anak nanti. Semoga saya dan suami dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa yang dapat membimbing anak-anak menjadi soleh dan solehah. Ameen~

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics