Salam,
Lately saya memang tak berapa sihat. Langsung tak ada mood untuk menulis entry. Walaupun banyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini tapi tak larat nak menaipnya. Bulan Syawal telahpun lama berlalu pergi. Dan kini bulan Zulhijjah semakin menghampiri. Jemaah haji telahpun berada di tanah suci mempersiapkan diri untuk menjalani ibadat rukun Islam kelima. Terfikir juga bilalah nak mendaftar untuk pergi haji. Syarat minimum untuk pendaftaranpun dah dilepasi. Nantilah berbincang dengan suami. Kalau tak sekarang bila lagi kan. Lagi lambat mendaftar, lagi tipislah peluang untuk ke sana.
Bulan October ini tak banyakpun aktiviti yang dilakukan. Hujung minggu pertama masa dihabiskan di rumah parents saya di Puchong. Minggu ke dua pula dihabiskan dengan menghadiri jemputan perkahwinan sahabat suami dipanggil Farouk. Rumah dia tak jauhpun daripada rumah parents suami. Tapi, rumah pengantin perempuan di Rawang. Sabtu tu kami ikut rombongan secara konvoi ke majlis pernikahan diorang. Kesian pada pengantin lelaki sebab process pernikahan dia makan masa lebih kurang 2 jam kot. Sampai terpaksa lafaz 2 kali mungkin gara-gara terlalu nervous. Teringat masa majlis pernikahan saya dahulu. Tak sampai setengah jampun process pernikahan. Tup tup selesai. Hari Ahad pula kami pergi kenduri persandingan mereka pula di rumah yang sama. Selepas itu, kami tak terus balik tetapi terus pergi Cineleisure. Hajat nak tengok wayang cerita Johnny English Reborn. Seperti dijangka daripada awal sampai habis tak habis-habis ketawa dengan gelagat English. Dia memang sengal!
Hujung minggu ketiga, balik Puchong lewat sikit. Pukul 10 lebih baru sampai rumah. Pukul 12 planning nak pergi melawat cousin suami yang baru melahirkan baby jumaat malam (malam sebelum) di Hospital Sungai Buloh. Malangnya hajat tak kesampaian sebab wad penuh dan cousin masih lagi ditempatkan di Dewan Bersalin. Di wad bersalin, hanya suaminya sahaja yang dibenarkan melawat/masuk. Waktu melawat hanya sehingga pukul 2 petang. Dan selepas itu start pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam. Pukul 1.30 petang kami gerak pergi cari makan pula. Lapar sudah!, Lepas makan terus balik Puchong. Pukul 3.00 dapat mesej yang cousin dah masuk wad tapi tak sempat dah nak berpatah balik. Lagipun saya dah rasa kurang sihat sangat dah. Dah tak larat nak singgah mana-mana lagi.
Ahad sampai ke petang memang dihabis di rumah. Masak-masak, makan-makan, lepak-lepak. Menjelang pukul 6.00 petang, saya dan suami pulang ke Selayang sebelum meneruskan hajat kami ke Cineleisure sekali lagi (last weekend baru pergi) untuk tengok wayang. Kali ni kami tengok Real Steel. Kali ini menonton secara percuma sebab ada geng dapat tiket free daripada HotFM. Lepas menonton, kami pergi lepak makan di kedai Nasi Lemak di area rumah juga. Tapi saya tak larat nak makan nasi lemak dah. Terus order Maggi Goreng Mamak. Itupun makan tak sampai separuh pinggan. Balik sahaja terus solat dan tidur sampai pagi.
Ok daa..panjang pula entry kali ini. Bai!
No comments:
Post a Comment