Salam semua.
Selamat pagi. Kepada yang bercuti, seronoklah. Macam saya kena bekerja di hari cuti umum. Yang seronoknya jalan lengang. Cepat sahaja sampai office. Hujung minggu yang ‘pack’ sudahpun berlalu. Memang penat. Serius penat tapi puas hati. Sabtu, sesudah subuh dah bersiap untuk ke Sports Carnival anjuran company tempat saya bekerja. Tapi, ia habis lewat daripada tentative asal. Pukul 2.30 macam itu baru dapat balik. Terus balik rumah tetapi tak dapat nak lelap matapun.
Pukul 5.30 dah siap pula untuk keluar berdating dengan suami. Seperti jangkaan, sampai sahaja di sana di surau dah ramai yang menanti waktu maghrib. Maklumlah Maal Hijrah kan. Semua dah ready nak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tetapi, saya pula kena berdiri tunggu giliran sebab surau memang sudah penuh. Taka da ruang langsung. Alhamdulillah, muslim di Malaysia begitu bersemangat meraikan tahun baru Islam walaupun sedang bershopping. Maklumlah hujung minggu di hujung bulan. Poket masih tebal lagi untuk dibelanjakan. Tapi bukan sayalah sebab saya belum gaji lagi. Sob sob~
Kami tengok wayang cerita Happy Feet. Sebelum itu kami sempat makan dahulu di Kenny Rogers. Macam biasa cerita dia memang sweet dan penuh pengajaran. Lagu-lagu yang dinyanyikan penguin-penguin pun best. Layan sahajalah. Tup tup dah dekat pukul 11 malam. Masa nak keluar daripada mall tu, keadaan jalan agak sesak. Memang masa itu semua orang mahu balik sebab dah tiba masa mall tersebut ditutup. Sampai rumah hampir pukul 12.00 malam. Terus masuk tidur. Letuh sangat. Esokannya kena bangun awal untuk preparation berkelah pula. Haih~
Pukul 6.53 baru terbangun. Terus Subuh walaupun sipi-sipi nak terlajak. Lepas subuh terus pergi buat kerja di dapur. Sediakan Bihun goreng dan juga sandwich sardine. Kakak mai pula bawa bubur durian dan bahan-bahan barbeque yang sudah siap diperap. Masing-masing dah membayangkan betapa bestnya perkelahan kali ini. Sepatutnya pukul 10 dah gerak tapi dek kerana masalah-masalah teknikal pukul 10.40 baru gerak. Sudahnya bila sampai sahaja, tempat yang teduh (gazebo) sudahpun penuh. Bila tengok langit dah mula gelap terus pasang khemah. Elok siap sahaja khemah, hujanpun turun. Kelam kabut angkut barang masuk khemah. Dengan orang-orang sekali masuk khemah. Padahal semuapun dah siap pakai baju nak mandi air terjun. Heh heh~
Cuaca memang tak berapa menarik sebab hujan, berhenti, hujan balik, berhenti silih berganti. Tetapi barbeque tetap dijalankan macam biasa. Bila hujan tutuplah bara dengan payung. Tutup dengan payungpun, bakar tetap bakar. Sedap juga makan panas-panas masa hujan kan. Dalam pukul 3.00 macam itu, kamipun mulalah bersiap untuk balik. Dah puas mandi dan makan. Tapi, kami sempat singgah di kebun bekas Ketua Pengarah DBKL merangkap majikan ayah dulu. Ayah merupakan driver beliau sejak saya belum lahir lagi sehinggalah beliau pencen kira-kira 10 tahun lalu. Ayah juga menjadi salah seorang yang membantu membersihkan kebun itu dan pernah satu masa hampir setia hujung minggu kami habiskan di kebun. Paling seronok tentulah kekita musim buah. Penuh bonet kereta diisi dengan bermacam-macam jenis buah-buahan untuk bekalan balik ke rumah.
Sekali lagi, kami dapat makan durian Hulu Langat. Nyummy, memang sedap.Buah daripada baka yang baik dan masih fresh. Baru jatuh dari pokok. Kami gerak balik ke rumah kira-kira pukul 5.00 petang. Terus balik rumah. Masing-masing sudah keletihan. Maklumlah sepanjang hari sibuk sampai langsung tak sempat berehat. Balik rumah mak mertua kereta penuh parking. Rupanya kakak dan abang ipar balik. Mereka tak kerja hari ini. Seronok betul.Rupanya nak umumkan berita gembira. Mak bakal dapat 2 cuculah tahun depan. Bezapun lebih kurang 2 bulan sahaja. Alhamdulillah~
Ok, dah panjang bebenor luahan saya hari ini. Esok-esok kalau rajin saya tulis lagi ok. Tata~
No comments:
Post a Comment