Followers

Wednesday, September 14, 2011

BERKONGSI REZEKI

Salam korang.

Kadang-kadang, aku sedar sudah beberapa kali insiden yang tak diingini berlaku. Kadang-kadang aku rasa insiden yang berlaku itu boleh sangat aku elakkan sebenarnya. Tapi entah macam mana mungkin sudah nasib badan, ia berlaku juga. Walaupun selalunya ia tidak teruk tapi aku tetap bimbang setiap kali ia berlaku. Adakah ia berkaitan dengan tahap kebersihan rezeki yang aku terima selama ini?  Kadang-kadang rasa macam mahu sahaja berhenti kerja dan mencari kerja lain. Biarlah kerja banyak bertimbun-timbun- timbun asalkan aku tak buang walau seminitpun masa yang ada sebagai pekerja selama 8 jam sehari melakukan perkara lain disebabkan tidak ada tugas.

 

Bila aku fikirkan balik, aku spend setiap bulan gaji untuk membayar harga sebuah kemudahan. Tapi bila berlaku insiden-insiden begini aku mula fikir adakah aku membayarnya dengan duit yang betul-betul halal (maksud aku dari segi kesesuaian kerja dengan gaji yang kuperoleh)? Mungkin juga ia berpunca daripada aku sendiri  yang tidak jarang berkongsi kemudahan itu dengan orang lain. Mungkin? Sedangkan apa sahaja nikmat dan kemudahan yang kita dapat di dunia ini adalah kurniaan Allah SWT dan ia bukan milik diri tapi milik semua orang yang hidup di sekeliling kita. Mungkinkah aku perlu kongsi kemudahan ini dengan orang lain? Kepada siapa?

 

Hari-hari aku berfikir setiap minitku terisi dengan kerja atau tidak? Adakah setiap ringgit yang aku perolehi sama dengan usaha yang aku kerahkan untuk membantu kompeni ini sekarang? Kadang-kadang rasa was was itu ada tapi bila difikirkan balik inilah lumrah kerja. Adalakanya akan terlalu sibuk sehingga sehari rasa begitu sekejap berlalu. Tapi adakalanya langsung tidak ada urusan yang perlu dilakukan sehingga waktu terasa begitu perlahan berlalu.

 

Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu. Berikanlah aku peluang untuk memperolehi rezeki yang betul-betul halal buatku. Biar kerja banyak dengan gaji yang tidak setimpal (gaji kecil berbanding beban tugas) daripada kerja sedikit dengan gaji yang berlebihan. Kalau boleh biarlah gaji yang diperoleh setimpal dengan beban tugas. Bantulah aku untuk memilih kerjaya. Adakah aku perlu stay di sini atau aku perlu berubah kerjaya?

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics