Followers

Friday, November 18, 2011

Menanti 'orang baru'

 

Salam,

 

Fuh, berhabuk-habuk blog picisan saya ini. Sorry kepada yang masih lagi setia berkunjung ke blog ini. Lately mood untuk berblogging semakin menurun. Kalau menulispun ‘bukan kerana nama’ bak kata orang. Tapi sekadar untuk berkongsi di alam maya ini apa yang berlaku dalam hidup saya. Dan apa pandangan saya secara peribadi berkenaan isu-isu semasa.

 

Bercakap berkenaan hidup saya, Alhamdulillah saya kini sedang meniti hari menanti kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup saya dan juga dunia. InsyaAllah dalam bulan Mei 2012 nanti, si dia akan menceriakan hidup kami sekeluarga. Mungkin agak terlewat untuk diceritakan dan tidak ramaipun yang tahu melainkan hanya saudara-mara dan rakan-rakan terdekat lagi-lagi yang rajin bertanya perkembangan semasa saya. Kata orang tak manis menghebahkan perkara ini pada peringkat awal tapi jika ada yang bertanya secara jujur saya menjawab. Kalau orang tidak bertanya, diam-diam sahajalah. Sekarang sudah masuk fasa kedua jadi risiko kehilangannya semakin kurang jadi sesuailah untuk saya mengkhabarkan kepada rakan-rakan di blog pula.

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi atas kurniaan ini.

=)

2 comments:

Cik Norfa said...

wow...tahniah beb! hehehe...
mesti seronokkan melalui fasa2 ni..jaga diri..

btw, ko ada alahan apa2 tak? muntah2 ke? hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

thanks nopa.
hehe. seronok at the beginning.
lebih kepada excited.

Alahan ye?
Ada, sejak usia dia 5 weeks sampai la 14 weeks dia punya alahan.
pening kepala, skit kepala, mual-mual tu hari-hari ada.
Tapi yang peliknya tak muntah langsung.
Masa alahan tu la rasa cam perit sikit. Pastu bila dah lepas fasa tu happy la. keke~

nopa belum ada lagi ke?
jeng jeng jeng!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics