Followers

Tuesday, December 13, 2011

Cuti 3 hari

*Tiup-tiup habuk yang melekat di blog ini sebab sudah lama tak update.

 

Haiiiiii..

Assalamualaikum wbt.

 

Kembali bersiaran selepas cuti hujung minggu plus extra sehari sempena menyambut hari kelahiran Sultan Selangor yang disayangi. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas dan diberi nikmat kesempurnaan fikiran dan tangan untuk menaip di blog ini. Kepada warga Selangor atau warga Malaysia yang bekerja di negeri Selangor tentu cuti korang terisi dengan perkara menarik kan? Maklumlah 3 hari cuti. Rakan-rakan di office pun kebanyakannya mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Masa inilah jalanraya menjadi kurang sibuk sebab hanya satu negeri sahaja yang bercuti kan.

 

Macam saya tak berapa nak meriah sangatlah sebab incik suami tidak cuti hari Isnin. Kami ‘balik kampung’ juga tapi kampung di Puchong sahaja. Petang itu kami ambil kesempatan bershopping di IOI Mall Puchong. Punyalah ramai manusia yang bershopping sebab Hari Krismas pun dah tak berapa lama lagi kan. Di mana-manapun ada SALES. Year End Sales kembali lagi. Saya dan suami mengambil kesempatan untuk shopping. Pakaian yang ada makin ketat. Jadi kenalah mencari pakaian besar-besar sebab saiz badan saya yang makin membesar ini. Tapi sempat grab seluar sahaja dahulu. Baju banyak yang tak berkenan di mata. Dan paling penting sekali budget dah lari sebab beli seluar sampai 3 helai. Hari ini sudah rasmikan salah satu seluar yang dibeli. Keh keh.

 

Ahad kami lepak di rumah sahaja. Pergi kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Punyalah baik hati sampai ditapaunya kami lauk-pauk dan nasi yang boleh makan seisi keluarga (5-6 orang punya stok). Goodies pula di beri extra 5. Dia buat majlis secara kecil-kecilan sahaja. Jemputanpun tak ramai. Jadi, banyaklah lauk-pauk yang berlebihan. Balik ke Selayang selepas Isyak. Kenalah balik awal sebab esokannya suami bekerja. Suami cakap nak pergi IKEA pula esok selepas waktu kerja sebab nak beli cadar. Cadar kami dah berbulan tak berganti baru. Heh heh~

 

Isninpun tiba. Suami pergi kerja. Sayapun kerja juga di rumah. Basuh kain baju, cuci bilik air sampai tak perasan mak mertua keluar pergi kebun buah dia. Kakak ipar balik ke Shah Alampun tak perasan. Sedar-sedar kereta sudah tiada di tempat parking. Adik iparpun hilang juga. Rupanya dia pergi buat Ujian Memandu JPJ. Alhamdulillah dah luluspun. Dekat pukul 3 petang, suami tiba-tiba call. Rupanya mak mertua dah ada depan rumah tetapi tak dapat masuk dalam oleh kerana terlupa bawa kunci pintu rumah. Mak pula tak simpan number phone saya dalam handphone. Maka suamilah yang jadi perantara. Terus turun buka pintu. Tengok-tengok penuh rambutan depan pintu. Mak bawa balik rambutan daripada kebun. Nyum nyum~

 

Mak mertua menugaskan saya cabut rambutan daripada tangkai sebelum memasukkannya dalam bakul. Nampak kemas sedikit kan. Untuk urusan kopek mengopek buat kemudianlah. Terlalu banyak yang nak dikopeknya. Tapi sempat juga saya kopek separuh dan simpan dalam peti sejuk. Dalam pada itu, banyak juga yang masuk mulut. Manis dan lekang. Mak kata ada banyak lagi buah di kebun tetapi belum cukup masak. Kalau nak pergi petikpun dalam 2 minggu lagi bolehlah.

 

Lewat petang, suami terus jemput saya depan rumah untuk ke IKEA. Kami sampai di sana pukul 7.00 malam. Suami singgah kedai hardware untuk membeli paip getah. Dia nak buat saluran yang sistematik sedikit untuk menyalurkan air aircond supaya tiada kebocoran berlaku. Sudah beberapa minggu rumah selalu black out disebabkan ada ‘water leaking’ berhampiran suis utama rumah. Selepas itu, berlari solat mahgrib dahulu sebelum berlari pula ke Waroeng Penyet. Mahu makan nasi punya pasal. Lepas makan barulah kami pergi semula ke IKEA untuk beli cadar baru. Punyalah teliti dia memilih (sebab banyak yang sudah habis stok), pukul 9.30 baru selesai urusan di IKEA. Terus balik rumah berbekalkan karipap IKEA yang sedap itu.

 

Sampai di rumah, suami sibuk pasang paip saliran untuk air aircond. Saya pula sibuk menukar cadar dan sarung bantal baru. Mak mertua sibuk mengisi buku penilaian prestasi kakitangan sekolah. Sebagai pengetua sekolah, itu sudah jadi rutin tahunan dia. Lepas siap kerja bertukang dan mengemas,baru boleh masuk tidur sebab selagi kerja bertukang tidak habis, selagi itulah aircond tak boleh ON. Maka berakhirlah cuti 3 hari dan kini saya sudahpun berada di office.

 

Selamat bekerja.

*sambil menghitung hari tunggu cuti hujung minggu lagi.

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics