Followers

Wednesday, December 21, 2011

Sungai Congkak lagi

Salam.

 

Hari ini sampai 2 entry. Punyalah bosan sampai ada masa untuk menaip entry. So, bolehlah sambung cerita pasal hujung minggu.  Kali ini fokus kepada aktiviti hari Ahad pula. Pagi-pagi lepas subuh dah turun buat Sandwich Sardin untuk dibawa bekalan berkelah. Kami akan berkelah sekali lagi di Sungai Congkak. Orang yang paling seronok tentulah si kecil Aliya. Dapat mandi air terjun. Dalam pukul 8.50 saya dan suami gerak daripada Selayang. Family saya dah bertolak daripada Puchong 10 minit sebelum kami. Jadi, kami akan berjumpa di sanalah nanti. Dalam pukul 9.30 kamipun sampai. Masa itu family saya sudahpun setup barang-barang dalam pondok wakaf yang disediakan pihak resort. Mak dan adik bongsu sedang makan mihun goreng manakala abang ipar sedang setup tempat membakar.

 

Cuaca pagi memang baik. Lepak-lepak sambil makan sandwich dahulu sebab perut tak berapa lapar. Si kecil Aliya dengan atuknya dah hilang pergi jalan-jalan sekitar kawasan rekreasi. Tiba-tiba atuk aka ayah saya terkocoh-kocoh datang mendukung Aliya. Rupanya dia jatuh dan lututnya luka sedikit. Sapu minyak Yuyi Cap Limau sahaja. Nakal sungguh anak buah saya seorang ini. Seterusnya aktiviti berphotoshoot. Semua benda saya nak snap gambarnya tapi maaflah saya tak dapat nak upload di sini sekarang. Gambar-gambar telah selamat di upload di FB oleh suami. Paling banyak yang enterframe dalam gambar tentulah si kecil Aliya.Tak lama lepas itu, kami turun ke sungai. Tak mahu mandi lagi. Sekadar cecah-cecah kaki sahaja sambil teman Aliya yang dah basah kuyup menggigil kesejukan dalam sungai. Dalam cecah-cecah kaki itu sampai juga ke air tu ke pinggang. Cecah-cecah kakilah sangat kan. Kehkeh~

 

Lepas itu kami naik makan nasi dengan lauk barbeque berupa peha ayam, udang dan sotong. Kalau ada ikan cicah dengan air asam mesti lagi sedap kan. Tapi taka da ikan pula kali ini. Lepas makan nasi, berehat sekejap tunggu makanan turun ke bawah perut sebelum sambung mandi sungai. Kali ini mandi sakan. Cuma malas nak basahkan kepala (rambut susah kering). Lagipun selepas ini kami bukan terus balik rumah tetapi akan singgah di kebuh bekas majikan ayah. Kalau ada rezeki dapatlah makan buah-buahan tempatan.

 

Pukul 1 kami dah packing barang berkemas nak meninggalkan kawasan Sungai Congkak menuju ke kebun buah. Sampai di tempat kejadian, memang nasib baik sebab bekas majikan ayah ada. Dia hanya keseorang kali ini dan sudahpun bersiap untuk balik. Bila dia balik sahaja, kamipun buat kebun itu macam kebun kami sendirilah. Antara buah-buahan yang berjaya kami bawa rasa dan siap bungkus bawa balik ialah durian, rambutan, manggis, duku, dokong dan juga pulasan. Buah durian dan rambutan yang banyak. Duku, dokong dan pulasan baru nak mula masak. So, hasilnya tak banyak lagi. Bekas majikan ayah itu memang pemurah orangnya. Setiap kali musim buah, dia akan inform ayah dna beberapa sahabat ayah supaya datang ambil hasil. Alhamdulillah, mungkin berkat sifat baiknya itu kebun itu tak pernah ketandusan hasil. Tiap-tiap kali musim hampir semua pokok berbuah.

 

Oleh kerana kami family akan balik secara berasingan dengan kami suami isteri, saya ambil sedikit buah-buahan yang ada untuk di bawa pulang ke Selayang. Setiap jenis buah kami ambil sedikit sahaja sebab family mertua kurang makan buah. Mak mertua sahaja yang suka makan buah-buahan ini semua. Yang lain termasuk suami kurang gemar lagi-lagi yang kena kopek kulit seperti buah manggis. Selagi taka da orang tolong kopekkan, selagi itulah buah itu tak terusik. Haih~

 

Dalam pukul 3.00 petang kamipun bertolak pulang. Dalam pukul 4.30 baru sampai rumah. Itupun tak perasan sebab tertidur sepanjang jalan. Dah dekat sampai ke rumah baru terjaga. Malam itu kami makan Char Kuey Teow Mali’s Corner. Saya dan suami makan di sana bersama kawan baik suami, Kaklong. Mak dan adik ipar pula makan lepas kami tapau bawa balik sebungkus seorang. Maka berakhirlah hujung minggu kami. Tunggu next weekend pula. Apa pula aktivitinya.

Ok, bai!

1 comment:

Anonymous said...

nak tyn la wakaf tu kena booking dlu ke cmne ye?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics