Salam korang..
Semalam cuti Awal Muharram. Selamat Tahun Baru Maal Hijrah buat semua umat Islam sedunia. Apa azam tahun baru ni? Nak tingkatkan lagi amal jariah, nak didik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah supaya mereka boleh terus bekalkan kita dengan pahala walaupun semasa kita dah tiada di dunia.
Anak pertama, Emir tengah melasak sekarang ini. Semalam dia main bedak talkum. Main sahaja tak apa lagi ni siap jilat masuk mulut. Lepas tu siap menyepahkan box berisi baju sebab nak mencari kalau-kalau ada lagi bekas bedak dalam tu. Dia ingat mama ni sorokkan bedak dalam box tu. Habis satu bilik baju bertimbun-timbun. Macam tengah mengemas untuk pindah rumah gayanya. Ni mama jugalah nak kena kemas. Mamapun babab dia. Menangis juga tapi mama jugalah tukang pujuk dan tidurkan dia.
Asalnya dia dan adik Aina tidur. Dua-dua terlelap petang tu. Mamapun apa lagi terus turun dapur masak memasak. Lagi sikit nak habis, Aina pula menangis. Mamapun naik bilik bawa dia ke dapur. Tapi mama letak dia dalam kerusi baby. Mengamuk juga mulanya tapi mama buat tak tahu sahajalah. Mama sambung buat kerja dapur sampai habis. Lepas tu dia senyap. Lepas dah habis urusan di dapur, terus ajak dia naik bilik. Bagi dia layan nursery ryme dalam youtube. Tapi dia memang tak bagi mama tinggalkan dia. Mama kena teman dia tengok youtube tu. Ermm..sudahnya mama duduk dalam bilik sambil lipat baju yang si abang Emir sepahkan tadi.
Dah maghrib baru babah balik. Dan selesai juga mengemas bilik. Lega rasa di hati walaupun tak banyakpun kerja boleh dibuat tapi at least makan malam dan siap. Kain baju dah basuh dan lipat. Adalah sikit lagi kain baju yang sedang di ampaian dan belum dibasuh. Hujung Minggu ni nak balik kampung lagi.
Oklah..itu sahaja update kali ni. Bai..