Followers

Tuesday, April 28, 2015

Mak Su

Salam semua..

Banyak kerja nak dibuat. Hari-hari tak menang tangan sejak rakan sepasukan accident patah tulang bahu. Ada lagi 2 minggu untuk mengharungi dugaan kerja seorang diri. In sha Allah setiap dugaan tu ada hikmah dia. Mula- mula memang susah nak terima. Kena perah habis.

Hari ni mendapat khabar duka, mak su iaitu isteri kepada adik bongsu mak mertua meninggal dunia pada pukul 8 pagi. Rasanya dah 2 tahun mak su menanggung dugaan sakit yang tak tahu hujung pangkal dan tak tahu juga cara mengubat. Ia berkaitan saraf dalam badan. Bermula dengan lumpuh sebelah tangan sehinggalah awal subuh tadi dikhabarkan mata dan mulutpun dah tak boleh dikatup.

Semoga segalanya pengorbanan seluruh keluarga Mak Su diganti Allah dengan nikmat yang paling besar iaitu syurgaNya. Aamin..dan semoga keluarga Mak Su dapat terus tabah, redha akan ketentuanNya. Aamin..

Maaf, kami tak dapat balik balik Alor Setar. Kami wakilkan mak (mak mertua) dahulu. Kalau ada rezki hujung minggu kami ziarah.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics