Followers

Saturday, August 22, 2015

Anak Dara dah nak masuk 1 tahun

Salam..

Just wanna share quick updates about my lovely daughter. Yea, she will approaching her 1 year old in 3 weeks time. Time flies so fast.

Hampir 2bulan

Aina pandai meniarap buat pertama kali. Mudah baginya sebab dia kecil sahaja. Dia lahir dengan berat 3.08kg. Masa sebulan berat dia jadi 3.8kg. Masuk 2 bulan berat dia naik jadi 4.5kg. Ringan sahaja sebab tu dia senang nak meniarap kot.

3 bulan 4 bulan

Aina dah tak lembik. Kepala tegak bila didukung. Dah pandai ketawa, mata dia dah ikut objek bila digerakkan dan dah banyak bunyi. Berat dia masa 3 bulan ialah 5.4kg. Masa 4 bulan naik sikit sahaja menjadi 5.7kg.

5 bulan 6 bulan

Masa ni Aina dah keras badannya. Kerap dah meniarap dan.mengensot ke depan ketepi kebelakang. Dah mula angkat bontot juga. Dah tahu nama dia Aina. Bila panggil dia menoleh. Dia dah suka pegang barang tapi tak kejap. Dia suka pegang dan lepas. Masa 5 bulan berat dia naik 300g je menjadi 6kg. Tapi masuk 6 bulan jadi 6.7kg. Haha..

8 bulan.

Aina masa ni dah mula merangkak. Tapi tak laju. Dalam masa 2 bulan berat dia naik 400g jadi 7.2kg. Tak mahu makan kalau ada mama dia. Sikit sahaja dia makan.

10 bulan,

Aina dah laju.merangkak, panjat tangga dan mula nak meniti dan cuba lepas tangana sekejap sambil berdiri. Tapi memang sekejap sahajalah. Sangat responsive. Suka ajak berborak. Dah pandai nak cemburukan abang dia. Pandai nak marah dan menangis bila kena tinggal seorang diri. Suka senyum dan ketawa bila diagah. Dah mula sebut tatata..babababa..mamammamama..
Berat dia naik 100g dalam 2 bulan. BMI dah kat border kuning.

Check up setahun inshaAllah pada 21hb sept nanti. Harap-harap berat badan dia naiklah. Jangan sampai masuk dalam kawasan kuning sudahlah kan. Dia dah mula kuat makan. Alhamdulillah..

Ok bai..

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics