Salam..
Alhamdulillah..hari jumaat sudah. Jadi, esok hari minggu. Buat ibu beranak dua, cuti tak akan adalah selagi anak masih kecil. Sebenarnya masa cuti lagi banyak kerja berbanding masa tak cuti. Betul tak ibu-ibu berkerjaya sekalian.
Hmm. Esok dah rancang nak mendobi pakaian, menggosok baju kerja, mengemas bilik, membeli barang keperluan ibu yang mengepam seperti plastik storage dan sabun pembersih dan lain-lain. Perancangan nak minta tolong suami beli di kedaipun ada juga ni. Jimat kos shipping walaupun bila dikira kos petrol nak pergi balik pun dah sama dengan kos pos. Tak ada pula kedai barangan baby yang besar di sini. Kalau adapun harganya melampau-lampau mahalnya.
Selain itu esok juga nak kena melayan si kecil dua orang itu. Layankan perangai mereka yang baru nak membesar tu. Memang release terus tekanan kerja seminggu. Alhamdulillah memang ada hikmah kita diberi cuti 2 hari setiap hujung minggu selepas berhempas pulas bekerja selama 5 hari.
Oh ya..mukadimahpun dah 3 perenggan. Sebenarnya nak bagi tahu rakan- rakan semua yang husband saya sekarang dah full time jadi Prudential BSN Takaful agent. Kalau nak beli insuran yang boleh dapat saving selain cover banyak penyakit bolehlah risik-risik dia. Boleh whatsapp/sms/call anytime di nombor 012-232 9342. Namanya Ahmad Fawzan. Insya Allah servis terbaik akan diberikan.
Jangan tunggu sampai dah sakit baru nak mendapatkan insuran sebab dah tak berguna. Kita tidak akan selamanya sihat/ hidup. Sakit/ mati itu pasti tapi ramai yang tak sedar kesannya bila tak bila insuran lagi- lagi zaman sekarang ni kan. Bil hospital bukannya murah.
No comments:
Post a Comment