Salam semua..
Ermm..lama tak bercerita dalam blog ni. Bukan sebab tak ada bahan nak diceritakan tetapi sebab terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga. Kali ni nak cerita pasal kerja. Eh..bukan lah nak cerita pasal apa kerja yang saya buat sekarang tapi nak cerita yang saya akan berhenti kerja. Saya dah dapat rezeki yang inshaAllah lebih baik dari sekarang.
Alhamdulillah. Kalau ikutkan 1 tahun 3 bulan saya kerja di company sekarang ni. Memang tempat ni sangat bagus untuk kumpul pengalaman dan menambah kemahiran. Yang tak bagusnya cuma company ni kurang security ( walaupun posisi saya ini antara yng paling selamat) dan masing-masing dapat kerja yang overload sebab ramai dah diberhentikan. Jadi setiap seorang yang tinggal dalam ni kena buat kerja untuk 2,3 atau 4 orang punya . kadang kala rasa tak boleh nak selesaikan sua kerja ikut masa. KPI memang makin susah nak dicapai.
Alkisahnya dalam bulan 6 lepas saya dapat panggilan interview dari 1 company oil and gas juga. Company ni memang company gergasi la dalam oil and gas. Saya dapat interview tu lepas suami tolong apply kan via jobstreet beberapa hari sebelumnya. Suami saya siap tolong prepare documents, ironkan baju, carikan blazer untuk pastikan saya ada peluang cerah untuk dapat kerja ni. Seminggu lepas interview saya diberitahu bahawa saya tak terpilih untuk memegang jawatan itu. Redha sahajalah walaupun rasa kecewa.
2 minggu sebelum cuti raya saya mendapat email mengejut daripada company ni. Katanya ada open new headcount untuk posisi sama dan terus menawarkan saya posisi itu tanpa perlu melalui lagi sesi interview. Tapi dia kata surat tawaran hanya akan siap lepas raya. Jadi, sayapun tunggulah dengan penuh sabar. Lepas raya memang hari-hari tertunggu-tunggu panggilan atau email mereka. Akhirnya hari jumaat minggu pertama lepas raya saya dapat surat tu. Tapi, saya kena buat medical examination dulu. Disebab sibuk bekerja maka tak berkesempatan untuk booking appointment medical examination tu.
Mencuba nasib call pusat perubatan tu pada hari sabtu. Nasib baik ada orang jawab. Maka appointment telah dibuat pada hari selasa. Siap sewa hotel lagi untuk pergi medical centre tu sebab lokasinya di tengah KL dan waktu appointment pula pukul 7.45 pagi. Fuhh..nasib baiklah jumpa hotel yang kalau ikutkan mahal juga tapi antara yang termurah dan terhampir dengan medical centre tu. Alhamdulillah urusan medical examination selesai dn doktorpun dah bagitahu resultnya ialah lulus.
Esokannya saya dapat email confirmation daripada company tersebut. Alhamdulillah saya dah boleh tender surat berhenti kerja. Hujing bulan lepas sayapun hantar surat pada boss. Pada mulanya boss terkejut tapi reaksi dia positif sahaja. Lagipun dia sudah cuba sehabis baik untuk carikan saya pembantu untuk kurangkan workload dan juga cuba juga naikkan gaji saya tapi kedua-duanya tak lepas. Diapun bagi reaksi positif sahaja dan menyatakan dengan prestasi yang saya tunjukkan sekarang ini, saya boleh bekerja di mana-mana dan dengan siapa sahaja. Itu dia punya personal comment. Dia kata 2-3 tahun kedepan ini dia memang tak dapat nak tolong saya kalau saya masih di company ini.
Company baru tu siap nak buyout suruh masuk kerja awal 2 minggu tapi management companu sekarang tak benarkan sebab tak sempat nak transfer job task kepada orang baru. Memang boss tengah berusaha mencari pengganti saya. Harap-harap cepatlah pengganti baru masuk kerja. Saya ada mencadangkan rakan sekerja masa di company lama ( satu company tapi lain2 , division). Boss macam positif nak ambil dia. Kalau berjaya lagi seminggu dia akan masuk sini. Saya akan cuba buat job transfer sebaik mungkin supaya tak tinggalkan kenangan tak best di sini.
Bulan September akan masuk company baru. Semoga rezeki dan suasana kerja di tempat baru lebih baik daripada sekarang. Ok lah. Tu je nak update. Bai..
No comments:
Post a Comment