Followers

Tuesday, September 8, 2015

Seminggu di New Company

Salam..
Alhamdulillah..dah seminggu lebih masuk kerja di tempat baru. Pengalaman baru, kehidupan baru, lokasi baru, boss baru, kerja baru, colleagues baru dan nampak positif sahaja semuanya. Cuma masih di bangunan sama dan waktu kerjapun tak ada beza. Cuma tempat kerja sekarang ni waktu kerja lebih flexible. Kalau masuk lambat, balik lambatlah. Kerja nampaknya memang banyak. Terpulang kepada setiap orang macam mana nak manage kerja. Harap- harap dapat cope dengan cepat dan dapat follow KPO.

Anak- anakpun dah kena berpindah taska sebab taska sebelum ini terpaksa ditutup buat sementara. Harapan kami taska lama dapat beroperasi semula. Dah lebih 3 tahun kami hantar anak ke sana. Anak- anak dah selesa, kenyang dan wangi setiap kali saya jemput balik kerja. Rasa nak cium selalu sahaja. Sekarang dah tak wangi dan nampak kurus anak-anak bila tinggal di taska baru.

Emir dah pandai nak copy cat apa yang orang keliling cakap dan dah pandai menyanyi lagu- lagu nursery. Perkembangan yang amat bagus. Kena banyakkan berkomunikasi dengan Emir sampailah dia mahir bercakap. Doakan lah ye kawan-kawan.

Ok lah. Setakat itu sahaja nak cerita kali ini. Kalau ada masa saya cerita lagi ye. Bai..
Akhir sekali gambar anak-anak cinta hati mama buay kenangan. Gambar baru sahaja di ambil like fresh from oven gitu. Ok..till then.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics