Followers

Monday, December 27, 2010

Isu Laser Final Piala AFF Suzuki 2010 : Tak habis-habis lagi ke?

Semalam kan insiden kekecohan penjaga gol yang mendakwa mata dia kena laser menyebabkan permainan terhenti selama 5 minit. Saya bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak tapikan inilah yang dikatakan teknologi disalah guna. Benda yang kecil itupun boleh jadi isu besar dan melibatkan pula hubungan dua negara. Kira jadi isu antarabangsa jugalah kan.

Apapun saya harap isu ini dapat diselesaikan secara baik-baik dan hubungan antara dua negara nusantara yang selama ini memang tegang tidak akan bertambah buruk. Takut juga. Kita serumpun berantakan. Ada orang lain yang sedang tersenyum ddari jauh. Tunggu masa sahaja untuk menyerang bila kita lemah. Tak sedar lagi ke agaknya ye?

Sebelum ini dengan isu tiru-tiru budayalah, sampai bakar bendera pula kan. Saya betul-betul kecewa dengan mentaliti orang-orang sebegini yang sengaja nak mengkucar-kacirkan persahabatna yang terjalin baik sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia. Saya lagi kecewa bila kita sendiri merosakkan hubungan itu. Bukan orang luar.

Umpama lidilah kan. Lidi kalau sedikit mudah dipatahkan tapi kalau banyak takkan dapat dipatahkan.Sedarlah ye. Ingatlah pepatah orang dulu-dulu.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Ok itu sahaja dari saya.
Renung-renungkanlah ye.!

2 comments:

yott said...

smlm lg kecoh psl isu ni..perang kat twitter..

noorafzan said...

tu la pasal yott..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics