Followers

Tuesday, March 20, 2012

Set Bersalin mana yang terbaik?

Salam korang!

 

Semalam lupa nak update pula. Nak kata busy sangatpun tidak. Tapi semalam saya survey set bersalin yang ada di pasaran. Rupanya banyak betul jenis-jenis set bersalin yang ada ye. Antara yang saya terjumpa ialah Jamu Mak Dara, Leesa Formula, Orang Kampung, Nona Roguy, HPA, Amway, Tropical Herbs, Mustika Ratu, Salindah, Afiat, Sendayu Tinggi dan juga beberapa set lain yang tak kurang glamournya. Bila baca di internet dan juga forum, macam-macam maklumat terutamanya testimoni orang yang berpengalaman menggunakan produk-produk set bersalin.

 

Mengikut testimony yang say abaca, banyak yang suggest Nona Roguy sebab produk itu bagus, dapat kembalikan shape badan kepada asal dan paling menarik menambah penghasilan susu badan. Leesa Formula pula senang untuk digunakan semasa berpantang.  Mustika Ratu pula kalau ‘tak kena’ dengan badan seseorang boleh menyebabkan kesan ‘panas’ pada ibu dan bayi .  Salindah pula katanya beri kesan kepada anak. Anak jadi terlebih cerdik dan hyperaktif disebabkan kewujudan merkuri (sedikit sahaja) dalam set tersebut. Maklumat ini saya jumpa dalam forum susuibu.com. HPA dan Afiat harganya berpatutan tapi tak ada pula jumpa testimoni pasal produk-produk tersebut. Produk lain saya tak sempat nak survey pula.

 

Bila fikir-fikir balik pilihan terbaik bagi saya sama ada Nona Roguy ataupun Leesa Formula. Sekarang ini tengah rambang hati nak pilih yang mana satu. Nona Roguy ini produknya agak mahal. RM365 tanpa bengkung. Leesa Formula pula kalau ambil set premium RM350 siap ada bengkung sekali. Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat, cadangan, komen, ataupun boleh ceritakan pengalaman masing-masing guna set bersalin yang mana satu tak? Kalau ada sila coretkan di ruangan komen.

 

 

1 comment:

Unknown said...

set bersalin amway sgt best...
harga cuma RM 293 & dapat percuma bengkung...
set lengkap sehingga habis tempoh berpantang...
dalam set tu ade 10 produk, 3 utk kegunaan dalaman & 7 utk kegunaan luaran...
ramai yg dh cuba & respon sgt positif...kebanyakannya setia mengguna utk anak yg seterusnya...
if berminat hubungi saya 019-5203644...penghantaran percuma terus ke rumah...:)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics