Salam korang!
Lately makin kurang pula updates saya di blog. Bukan sengaja cuma masa tidak mengizinkan. Hari Isnin saya bercuti rehat selepas melalui perjalanan jauh selama 2 hari 2 malam ke Terengganu menghadiri majlis perkahwinan rakan kelas saya dan suami ketika di UTM dulu, Abe. Selasa pula sehari suntuk saya bekerja di luar pejabat. Baru hari ini saya dapat duduk lama depan PC. Tak lengkap rasanya entry saya kalau tak ada cerita aktiviti hujung minggu. Hujung minggu kali ini agak padat sebab ia bermula seawal tengahari jumaat lagi.
Jumaat lepas saya bercuti setengah hari sebelah petang. Pukul 12.30 tengahari terus ‘pecut’ balik rumah dengan harapan sempatlah jumpa suami sebelum dia pergi solat jumaat. Alhamdulillah, sempat juga saya sampai 20 minit sebelum masuk waktu Zohor. 10 minit selepas itu suamipun pergi solat jumaat manakala saya pula ke Selayang Mall beli bekalan makan tengahari. Makan bubur ayam McD sahajalah nampaknya. Dalam masa menunggu suami pulang, sempat juga saya buat laundry dan mengemas. Pukul 2.30 suamipun balik. Lepas makan, kami bersiap pula untuk ke Hospital Selayang. Buat checkup pertama kali di hospital. Proses check up tak lama. Berat saya naik 1.5 kg manakala berat baby naik hampir 1 kg. Maknanya berat baby naik kepada 1.86 kg (estimate berdasarkan saiz kepala), manakala berat mamanya ini hanya naik kira-kira 500g. Bagus-bagus. Diet saya menjadi nampaknya. So, kena kekalkan momentum cara makan yang sihat ini sampailah baby lahir nanti. Doktor cakap baby sihat dan saiz/beratpun normal. Next check up 06/April/2012 pula. Itupun kalau result ujian gula @MGTT tiada masalah. Kalau ada masalah,appointment akan dibuat lebih awal.
Pukul 4.00 petang, habis checkup dan suami terus mengajak ke MidValley. Katanya nak pergi Motherhood expo. Layankan sahajalah. Sampai sana terus serbu tempat expo. Meriah betul suasana sepanjang expo. Saya berjaya membeli bengkung, nursing bra dan juga tshirt maternity. Saiz paling besarpun saya pakai nampak kecil. Tapi beli jugalah sebab baju itu comel. Bolehlah kalau setakat nak pakai di rumah kan. Lepas habis shopping barang, kamipun terus decide nak makan (sebab tengahari makan bubur sahajakan). Suami makan chicken chop manakala saya pula makan nasi ayam claypot. Sedap juga rasanya. Mungkin sebab makan dalam keadaan terlebih lapar. Hehe~
Lepas itu, solat asar di sana sebelum bertolak ke IKEA pula. Tak sure apa tujuannya ke sana tapi layankan sahajalah. Sampai di sana berjalan-jalan sambil berangan. Sempat juga menyambar besen untuk mandikan baby dan juga blanket baby. Solat maghrib di IKEA sebelum sambung shopping. Masa suami membayar, sempat lagi saya beli 3 biji karipap IKEA. Balik nanti nak buat alas perut sebelum ‘berpuasa’ bermula pukul 10 malam sebab keesokan paginya ada ujian minum gula @ MGTT di klinik tempat saya biasa buat check up. Sampai di rumah, mak mertua tengah lepak di sofa. Mak metua masih tak sihat lagi-lagi tang batuk dan gatal tekak. Akhirnya 3 biji karipap yang saya beli habis dimakan oleh saya, mak dan juga suami (seorang sebiji). Lepas makan terus masuk bilik dan bersiap untuk tidur. Ready untuk pergi check up esokannya.
Cerita hari jumaatpun dah 3 perenggan. Cerita hari sabtu pula macam mana? Saya sambung dalam next entry sahajalah. Nanti jenuh pula nak membaca kalau masukkan semuanya dalam satu entry. Ok lah. Bai!
No comments:
Post a Comment