Followers

Friday, March 16, 2012

Musim Nasi Minyak datang lagi.

Salam korang!

 

Pagi ini selepas minum susu low fat high calcium dan juga beberapa keping biskut kurma, rasa macam tak sihat pula. Sakit kepala dan badan rasa lemah dan perut pula rasa sebu. Tak tahu nak buat apa dah untuk segarkan diri. Hari baru nak bermula tapi tenaga macam dah habis perah. Adakah ini disebabkan mencampurkan susu dengan biskut kurma? Ada effect yang tidak elok ke? Bila jadi macam ini mulalah rasa tak boleh fokus untuk buat kerja. Terus laju sahaja jari ini nak mengadu di blog. Dalam masa yang sama berharap rasa tak selesa ini beransur hilang nanti.

 

Pagi ini sempat pergi supermart KK yang buka 24 jam di Section 14. Dalam kepala ini target nak beli minuman cereal Nesvita sahaja. Tapi sempat diborongnya sekali biskut kurma dan juga choki-choki. Haih, tiba-tiba pula teringin nak makan roti sapu choki-choki. Masa zaman kanak-kanak dulu, roti dengan choki-choki ini pernah  menjadi salah satu makanan fevered saya dan adik beradik yang lain. Masa itu nak beli jem coklat bukan main mahal lagi harganya. Selain daripada choki-choki, milo juga selalu jadi mangsa buat penyedap bila makan roti. Hehe~

 

Hari ini jumaat datang lagi. Maknanya esok kembali berhujung minggu. Ikut planning suami, minggu ini kedua-dua hari akan makan nasi kenduri kahwin. Esok kami akan pergi kenduri kahwin kawan baik suami semasa bersekolah di Selayang, Fahmi. Saya juga pernah berjumpa dengan Fahmi dan pasangan masa program berbuka puasa tahun lepas. Alhamdulillah, sampai jua jodoh mereka tahun ini. Selepas kenduri kami akan terus balik Puchong pula. Keesokannya pula ada lagi satu kenduri kahwin kawan sekolah suami bernama Azilah di Putrajaya. Suami cakap Azilah ini dah lama bertunang. Malah lebih awal daripada kami. Tapi Allah SWT dah tentukan tahun ini baru sampai jodohnya. Alhamdulillah.

 

Selagi larat berjalan, selagi itulah saya gagahkan diri untuk memenuhi jemputan kenduri kawan-kawan. Kalau dah hampir full term nanti tak tahulah nak cakap kan. Kalau masih larat, saya pergilah. Kalau sudah tak larat, wakilkan suami sahajalah nampaknya. Selepas ini bersusun jugalah jemputan kenduri kahwin sahabat-sahabat. 01/April nanti akan ada jemputan kenduri jiran kami, Kak Ija. 21/April pula jemputan kenduri daripada Zully, rakan sekelas suami masa di sekolah teknik dan juga rakan sefakulti kami masa di UTM dulu. Menyusul seminggu selepas itu ialah kenduri Nana JB pada 29/April. Manakala yang terakhir sebelum full term ialah Kid, rakan satu course kami di UTM dulu. Majlis dia betul-betul berlangsung masa dekat-dekat due. Ada juga jemputan selepas itu iaitu pada bulan June. Masa itu pastinya saya takkan dapat pergi sebab sedang berpantang.

 

Apapun tahniah kepada kawan-kawan yang akan membina masjid nanti. Kepada pengantin baru, masih sempat lagi untuk dapat anak yang sama baya dengan anak saya nanti. Berusahalah ye.

Ok lah, setakat ini sahajalah update saya untuk pagi jumaat ini. Badanpun dah mula rasa segar semula untuk menyelesaikan kerja-kerja tertangguh. Ok bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics