Followers

Monday, March 26, 2012

32 Minggu 4 Hari

 

Salam korang.

 

Alhamdulillah, Isnin sudah. Dalam usia kandunganku yang sudah melewati 32 minggu 4 hari ini, saya masih lagi gagah untuk melakukan tugasan harian walaupun agak ‘slow’ berbanding dulu. Almaklumlah membawa zuriat yang akan menceriakan hati mama dan babah sebaik sahaja dilahirkan ke dunia nanti InsyaAllah. Perubahan ketara yang kurasakan bila mencecah 8 bulan kandungan ialah badan semakin berat. Rasa nak berjalan laju sedikitpun tak larat sebab akan rasa tegang di perut. Kalau berdiri lama-lamapun tak boleh sebab kaki akan rasa lenguh.

 

Dan satu lagi yang paling mencabar ialah badan sudah mula rasa panas berlebihan. Bayangkanlah duduk di dalam aircondpun tidak sejuk apatah lagi di tempat yang tidak berhawa dingin. Pagi tadi semasa pergi assembly, saya membawa kipas tangan dan buat pertama kalinya dalam hidup, saya terpaksa menggunakan kipas itu sepanjang waktu assembly. Itupun perasaan macam tidak puas sebab still rasa bahang walaupun kipas tangan sudah dihayun laju. Masa itu kalau boleh mahu cepat-cepat masuk ke office sebab dalam office ada aircond. Sejuk sedikit (walaupun tetap rasa macam tiada aircond, at least kurang rasa bahang). Begitulah sebenarnya dugaan sebagai ibu mengandung.

 

Tidurpun semakin payah sebab  mudah terjaga. Setiap kali terjaga, kaki mesti lenguh dan perut dan pinggang mesti rasa sakit. Nak baring terlentangpun tidak selesa sebab kesannya pinggang dan belakang badan pula yang sakit. Tetapi, dek kerana rasa mengantuk mengatasi segala maka dapat jugalah lelap dengan mudah setiap kali terjaga. Hanya orang yang pernah mengandung dapat merasai apa yang saya rasai sekarang ini. Terdetik rasa takjub dengan ibu sendiri yang berjaya melalui dugaan dan cabaran sebegini sebanyak 6 kali (sebab ada 6 anak). Lagi takjub dengan keupayaan nenek yang mempunya 18 orang anak. 18 kali melalui pengalaman sebegini dan dalam masa yang sama bekerja keras dengan membuat bisness untuk menyara anak-anaknya. Gaji datuk sebagai seorang bilal berapalah sangat untuk menampung perbelanjaan sebegini ramai anak kan.

 

Saya berharap dan berdoa supaya saya mampu untuk menghadapi ujian dan cabaran dalam proses menjadi seorang ibu yang terbaik utuk mendidik dan mengasuh anak-anak saya menjadi insan yang soleh/solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Walaupun takut mengenangkan cabaran yang dihadapi ibu bapa pada zaman serba canggih ini, tetapi saya tetap percaya kepada yang Maha Esa. InsyaAllah, kalau kita sentiasa bergantung kepadaNya maka Dia akan pelihara kita. Ok bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics