Followers

Friday, March 23, 2012

Remaja dan Keluarga

Salam korang!

 

Yuhuuu..hari ini hari bahagia sebab hari ini penghulu segala hari iaitu jumaat. Walaupun company saya tak bagi rehat lama untuk para wanita dan lelaki bukan Islam tetap rasa seronok juga sebab bermula malam ini dah boleh berehat panjang. Company saya hanya bagi rehat hampir 2 jam kepada lelaki Islam. Yang lain daripada itu waktu rehat sama macam hari-hari lain. 50 minit sahaja ok. Yang tak syoknya sebab rehat tak lama tapi yang bestnya kami rehat 15 minit awal daripada kaum lelaki Islam. So, tak perlu nak berebut masa lunch nanti. Lagipun mereka lebih suka lunch di luar. Cafeteria kat dalam company ini dah tak sehebat dulu.

 

Hari ini kalau boleh tak mahu mengulas lanjut pasal isu semasa. Memang berharap perkara sebegitu tidak akan dilaporkan media lagi tapi tadi masa selak-selak akhbar online, masih lagi hangat pasal isu remaja kita hari ini yang begitu mudah terperangkap dengan nafsu sendiri sampai sanggup melukakan hati keluarga tersayang. Bila saya kenang kembali apa yang saya lakukan sewaktu seusia dengan anak remaja ini iaitu semasa berumur antara 14-16 tahun, saya perasan dan saya tersedar yang ketika itu gelojak hati remaja sayapun memang menggunung tinggI. Masa itu saya rasa ingin bebas melakukan apa yang saya gemari.

 

Tapi masa itu persekitaran kita lain daripada sekarang. Dahulu, tak terjangkau dek akal untuk lari ikut kekasih. Dahulu juga tak terfikir untuk bebas sampai tak mahu duduk di rumah. Suka keluar tapi ada batasnya. Mesti balik sebelum malam menjelma. Keluarpun bukan ke mana-mana. Sekadar merayau-rayau menggunakan basikal (masa itu basikal sahajalah yang mampu dimiliki) sekeliling kampung. Berkawan dengan anak-anak kampung juga. Masa itu walau hati remaja untuk bebas itu bergelojak tinggi, tapi tetap fikirkan perasaan keluarga, mak dan ayah setiap kali hendak lakukan sesuatu. Bila kena marah, lari juga. Tapi lari ke belakang rumah dan termenung. Bila dah lega, balik rumah semula. Hehe~

 

Kepada adik-adik remaja sekalian, percayalah bahawa orang yang paling baik, paling menerima kita seadanya, paling memahami kita ialah keluarga kita sendiri. Bukan kawan-kawan, teman lelaki/perempuan sebab mereka kadang kala hanya singgah sekejap dalam hidup kita. Yang kekal sehingga ke akhir hayat kita nanti hanyalah keluarga kita. Walau apapun yang berlaku, keluarga tetap keluarga. Bak air yang dicincang-cincang takkan putus begitulah juga dengan hubungan kekeluargaan.

 

Ok, stop membebel. Bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics