Followers

Wednesday, March 14, 2012

Journey to Setiu Terengganu : Part 2

 

Salam korang!

 

Fast update sambungan percutian di pantai timur. Ahadpun tiba. Pagi-pagi dah bersemangat bangun. Hajat nak cari sarapan Nasi Dagang. Tapi kita hanya mampu merancang. Hujan lebat pula daripada awal pagi membawa ke pukul 9.00 pagi baru betul-betul reda. Sudahnya, pukul 9.00 juga baru kami keluar mencari makanan. Jalan-jalan pusing-pusing at last berhenti di area Batu Burok. Ada deretan kedai makan sedia menanti tetapi malang sekali lagi sebab tak ada satupun kedai yang menjual Nasi Dagang. Yang ada hanyalah nasi lemak, nasi minyak dan juga nasi kerabu. Akhirnya saya dan suami makan nasi kerabu sahaja. Nasib baik sedap. Kalau tidak menggagau juga saya mencari Nasi Dagang di tempat lain.

 

Lepas sarapan, hajat nak ke Pasar Payang dahulu sebelum balik semula ke rumah tumpangan untuk mengemas sebelum bertolak ke Setiu pukul 12.00. Planning asalnya begitulah. Tapi sekali lagi planning berubah. Baru sahaja parking di tepi Pasar Payang, tiba-tiba dapat call daripada Ujang bagitahu bahawa pengantin akan tiba pukul 12.00 tengahari. Ujang sudah lama sampai di Setiu. Sejak awal pagi lagi katanya. Siap tidur di masjid di Kg. Penarik lagi.  Kami terus pecut balik ke rumah tumpangan, berkemas dan bersiap untuk ke Setiu. Pukul 11.00 baru bertolak. Risau juga tak sempat tengok Abe bersanding. Kami sampai di rumah pengantin kira-kira pukul 12.30. Majlis kenduri dibuat di deretan rumah kedai betul-betul di hadapan masjid. Kalau tengok sekali imbas tak macam kenduri tetapi macam ‘kedai makan’. Nasib baik kami nampak kereta Ujang, kalau tidak kamipun keliru. Pengantin belum sampai lagi masa itu. Kami masuk parking dalam masjid sementara menunggu rombongan pengantin tiba.

 

Pengantin tiba dalam 10 minit sebelum azan Zohor. Bilal masjid itu pula ialah bapa Abe sendiri. Jadi, masa berarak itu bapa dia sibuk nak ke masjid untuk azan. Sebenarnya tak adapun majlis sanding walaupun ada pelamin. Pelamin disediakan untuk tujuan bergambar sahaja rupanya. Abepun tak hire official photographer untuk majlis belah dia. Dia hanya buat majlis secara lebih ‘grand’ di belah perempuan. Siap ada outdoor photoshoot lagi masa di belah perempuan. Lepas berjumpa, bergambar dengan pengantin, kamipun turun makan. Sempat juga kami diperkenalkan dengan mak tiri Abe sebelum kami semua minta diri untuk pulang. Nampaknya hanya saya, suami dan Ujang sahajalah wakil kelas yang datang kenduri Abe. Apapun terima kasih kepada Abe sebab bagi goodies lebih. Makanan kenduripun sedap.

 

Sebelum pulang, saya dan suami sempat singgah ke Pantai Penarik. Sambil layan angin laut, kami bergambar juga. Tapi banyak gambar saya kot berbanding gambar kami berdua. Lepas puas tengok laut, kami terus gerak ke Kuala Terengganu. Tujuan utama kami ialah Pasar Payang. Sempat saya sambar baju kelawar lengan panjang dan 2 helai pashmina. Suami pula beli stok sate ikan sampai RM10. Itulah ‘dinner’ dia pada hari itu. Masa on the balik iaitu di Marang, sempat beli keropok lekor belum goreng RM15 dan juga satar secucuk (adalah dalam 6 biji). Satar itulah jadi ‘dinner’ saya pada hari itu. Perjalanan ke KL bermula pada pukul 6.00 petang dari Marang. Sekali lagi kami kena melalui 2 check point kesesakan sebelum melepasi Kemaman. Sempat singgah di McD area Paka untuk beli Aiskrim Sundae Cornetto perasa coklat buat bekalan sebelum meredah kesesakan di Kemaman. Kami singgah solat di R&R kira-kira pukul 10.30 malam. Masa itu kedai-kedai makanpun dah mula tutup. Sweet Corn Petronas pun dah habis. Sedihnya.

 

Kami meneruskan perjalanan sebelum suami berhenti untuk tidur sekejap di tol Bentong. Kami dikejutkan panggilan mak mertua kira-kira pukul 11.30. Perjalanan diteruskan dan kami selamat sampai di rumah pada pukul 2.00 pagi. Fuhhh, mengantuk tak ingat punya. Masuk bilik terus tidur. Keesokannya masing-masing cuti. Tak larat nak pergi kerja. Suami cuti setengah hari manakala saya sambung sampai petang. Ada banyak perkara kena diselesaikan lagi-lagi kain baju yang perlu dibasuh dan barang-barang lain yang perlu dikemas. Bila dikira,  8 jam juga perjalanan kami dari Terengganu ke KL.

Perjalanan yang penat tapi menyeronokkan. Ok, cerita hujung minggu dah habis. Bai!

 

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics