Salam korang..
Pagi tadi rasa macam nak tidur lagi dan lagi sahaja. Puncanya ‘tak cukup tidur’. Dah elok-elok pukul 10.30 malam free, lagi nak mengemas itu dan ini. Maklumlah hujung minggu dihabiskan di rumah family saya. Jadi, faham-faham sahajalah ka. Alih-alih pukul 12 juga tidurnya. Dan pagi ni sampai sahaja di office terus sambung tidur sampai 30 minit. Memang tidur betul. Langsung tak sedar apa yang berlaku disekeliling. Nasib baik terbangun pukul 7.40 pagi. Cuba kalau tersedar pukul 8.15 pagi? 8.30 pagi? Kalau jadi macam itu eloklah saya balik ambil MC/EL sahaja. Sekarang ini tengah ‘panas’ sebab bulan 4 ialah bulan increment. Kalau buat hal, terus kena ‘cut’ lagi-lagi kalau kes lewat datang kerja.
Hujung minggu kali ini agak menarik. Sabtu pagi sediakan sarapan nasi goreng pedas. Tengah hari keluar pula dengan suami dan kakak pergi shopping di IOI Mall. Saya cuma beli seluar mengandung sehelai di JUSCO. Suami pula beli baju kemeja 4 helai ( terus borong sekaligus) di FOS dan juga jeans di JUSCO. Lepas itu, kami terus balik. Sebelum itu sempat pergi mencari cempedak goreng. Pada mulanya tak jumpa. Beli pisang goreng bijan dan cekodok pisang sahaja. Tapi at last jumpa juga. Beli sampai RM5. Baru puas hati makan ramai-ramai sambil tengok TV. Petang itu dek kerana lapar, Bangpes masak Maggi Goreng IndoMee. Masak sampai 5 bungkus untuk dimakan secara berjemaah (adalah dalam 6-7 orang makan). Cukuplah sekadar mengalas perut sebab malam itu kakak saya nak belanja makan satay di R&R Awan Besar.
Kami 9 orang bertolak menaiki 2 kereta selepas maghrib (kira-kira pukul 8.00 malam) menuju ke R&R Awan Besar. Nasib baik masa sampai itu ada meja besar kosong. 3 meja plastic 4 segi digabung. Muat-muat untuk kami seramai 9 orang ini. Menu utama ialah satay. Mak tambah dengan nasi lemak lauk telur mata dan kerang rebus, Saya dan suami pula tambah masing-masing sepinggan Sizzling Yee Mee manakala kakak saya pula tambah dengan Mee Hailam berkongsi dengan suami dia. Alhamdulillah semua makanan berjaya dihabiskan kecuali beberapa ekor (betul ke ekor?) kerang rebus. Balik sahaja masing-masing dah mengantuk sebab terlalu kenyang. Pukul 10.30 malam masing-masing dah beransur masuk bilik masing-masing untuk tidur. Suami kena masuk tidur awal sebab keesokannya dia ada plan seawall 7 pagi. Apakah ia? Tunggu next entry yea. Bai!
No comments:
Post a Comment