Salam korang!
Hari ini hampir terlupa nak update blog. Hari ini kecoh kan dalam akhbar pasal adik Siti Nur Fatihah yang sebelum ini dilaporkan diculik di hadapan kedai selepas beli kad prabayar telefon rupanya hanya buat propa. Memang hebatlah penangan isu ini sebab berita pasal penculikan dia sudah kecoh satu Malaysia. Begitu ramai yang bersimpati dan menitipkan doa agar dia selamat dan dikembalikan kepada keluarga. Tup tup dia mengaku bahawa semua itu hanya lakonan semata. Dia yang menyuruh makcik saudara bersama dua lelaki mengambilnya di lokasi kejadian dan membawanya ke rumah teman lelaki.
Dikala satu Malaysia risaukan keselamatannya dan di kala seisi keluarga menangisi kehilangannya, dia rupanya sedang ber’gembira’ di rumah teman lelaki (katanya rumah keluarga teman lelaki). Betul-betul buat kerja gila. Sanggup berlakon di hadapan adik-adik sendiri seolah-olah macam ‘diculik’ semata-mata sebab nak lari dari rumah. Sebenarnya, bukan tak ada kes-kes anak dara belum habis sekolah lari dari rumah ikut teman lelaki atau lari disebabkan tekanan hidup. Tapi yang berbezanya bila isu ‘penculikan’ digunapakai dengan ‘cemerlang’ sampai semua orangpun percaya yang dia diculik. Kalau nak lari, lari sahajalah tak perlulah berpakat dengan orang supaya nampak macam kena culik.
Bila sudah kantoi, mulalah sedar dan rasa malu dengan perbuatan sendiri. Terus tak nak balik ke pangkuan keluarga bila memikirkan betapa kecaman masyarakat sekeliling atas tindakan ‘pendek akal’ yang dia lakukan itu. Sedikit sebanyak mesti rasa malu dan mungkin dia akan lebih tertekan bila balik ke pangkuan keluarga. Bayangkan, sebelum ini lari sebab tertekan dengan masalah keluarga. Sekarang ini pula tambah lagi tekanan dengan kecaman masyarakat sekeliling pula.
Benda ini sebenarnya boleh menjadi pengajaran yang berguna kepada remaja-remaja yang baru nak membesar supaya belajarlah untuk ‘berfikir dahulu sebelum buat apa-apa tindakan’. Jangan ikutkan sangat hati dan rasa tapi ikutlah kata akal fikiran. Mungkin masalah keluarga yang dihadapinya berat sampai sanggup lari dari rumah. Tapi, rasanya ada banyak cara lagi boleh digunapakai. Tak perlulah sampai berlakon diculik kan. Ini tindakan melampau namanya sebab melibatkan polis dan masyarakat sekeliling. Satu sahaja perkara yang saya musykilkan iaitu berkenaan penglibaan makcik saudara dia dalam kes ‘lakonan diculik’ ini. Macam ada yang ‘tak kena’ sahaja kan?
Apapun, satu Malaysia berharap kes ini akan jadi kes pertama dan terakhir berlaku. Tolonglah adik-adik remaja perempuan sekalian jangan main-main dengan isu culik ini. Kita baru kehilangan adik Dirang. Jangan buang masa polis dan masyarakat dengan menipu. Dan jangan menyusahkan mak bapak dan juga adik-adik yang menyayangi kamu.
Ok, bai!
No comments:
Post a Comment