Followers

Wednesday, March 14, 2012

Journey to Setiu Terengganu

Salam korang!

 

Dah petang rupanya. Hari ini nak update lagilah. Erm, berbalik kepada cerita tadi, saya nak sambung cerita pada hari sabtu pula. Sabtu itu, awal-awal pagi dah bangun memgemas bilik, menyiapkan barang-barang untuk percutian ke Terengganu nanti. Selepas itu, terus bergegas ke klinik tempat saya check up. Masa itu dah agak terlewat sejam daripada appointment asal yang sepatutnya pukul 9.00 pagi. Bila jumpa doktor pukul 10.30 dan minum air gulapun pukul 10.30 maka kenalah puasa sampai 12.30 sebab selepas minum air gula kena tunggu 2 jam sebelum, darah diambil untuk dibuat ujian. Doktor kesayangan tak ada pula pada hari itu. Jadi, kami berjumpa dengan doktor ganti yang rugged. Doktor itu tak buat pemeriksaan lainpun. Dia hanya buat MGTT test sahaja ke atas saya. 2 jam menungggu itu, saya dan suami gunakan dengan lepak di McD. Saya hanya minum air mineral sambil menghadap akhbar TheStar. Suami pula berjaya makan big breakfast. Sedapnya bau meals dia tapi terpaksalah menahan diri sebab selepas ini kena jumpa doktor lagi untuk ‘derma’ darah.

 

Pukul 12.20, kami dah gerak ke klinik semula. Kena tunggu giliran pula sebelum nama saya dipanggil masuk untuk diambil sampel darah sahaja. Doktor bagitahu keputusan ujian darah dapat selepas 3 hari. Oleh kerana ini akan jadi appointment terakhir kami di klinik (sebab selepas ini saya akan teruskan check up di Hospital tempat saya bakal bersalin), saya dikehendaki menghubungi klinik pada hari Rabu untuk mendapatkan keputusan ujian darah. Dan disebabkan prosedur check up kali ini hanya buat ujian MGTT maka kos kena bayar hanya RM30.00. Doktor suruh teruskan makan supplement IBERET FOLATE sahaja. Pukul 1.00 baru keluar dari klinik. Terus pulang ke rumah. Masa kami sampai di rumah itu tiba-tiba jiran kami (kawan lama kakak ipar) datang. Dia nak berjumpa dengan kakak ipar. Malangnya kakak ipar tiada di rumah sejak seminggu lepas berada di rumah mertuanya di Shah Alam. Rupanya berhajat menghantar jemputan kahwin. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga jodoh Kak Ija kali kedua selepas suami pertamanya meninggal dunia kira-kira 2-3 tahun dulu.

 

Selepas itu, kami terus bertolak ke pantai timur. Sempat singgah di McD. Punyalah panjang barisan kereta yang beratur di laluan drive thru. Tapi lebih dasyat kaunter dine in sebab beratur sampai ke luar pintu masuk McD. Punyalah meriah McD waktu tengahari itu. Lepas beratur selama sejam baru dapat makanan. Saya yang lapar sebab tak makan sejak pukul 10 malam sebelumnya terus makan fries dan juga big mac separuh sementara suami terus drive sebab dia masih kenyang makan big breakfast. Kami berhenti di R&R untuk solat. Sebaik sahaja habis solat, hujan turun selebat-lebatnya. Lebat tak lebat, kami berlari-lari masuk kereta. Suami makan McChicken manakala saya pula makan separuh Big Mac. Selepas itu, perjalanan diteruskan. Sampai di area lepas Kemaman, tiba-tiba jalan jadi sesak. Ada construction rupanya. Rupanya bukan satu sahaja check point yang sesak, ada dua. Satu lagi kesesakan terpaksa kami tempuhi sebaik sahaja melepasi Rantau Abang. Haiyooo, kali ini kesesakan lebih teruk. Hampir sejam jugalah kami sangkut di situ. Sudahnya pukul 8.30 baru selamat sampai di Marang. Check in di Rumah Tumpangan Mak Teh (tempat sama kami bermalam masa pergi kenduri Marwan).

 

Kami decide untuk cari makan di Bandar Kuala Terengganu(KT). Rupanya malam itu, KT sedang ada pesta. Di dataran sebelah Pasar Payang ada Big Jam Hot FM manakala di stadium pula ada perlawanan bola sepak. Jalan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk ke acara-acara ini. Akhirnya kami berhenti makan di satu kedai betul-betul selepas dapat keluar daripada kesesakan. Alhamdulillah, sedap juga (mungkin sebab kami lapar masa ini). Selepas itu, kami terus balik bilik dan tidur. Penat melalui perjalanan yang jauh sepanjang hari. Lagipun keesokannya nak ke Setiu pula untuk ke majlis kenduri Abe. Lebih kurang sejam setengah juga perjalanan daripada KT (menurut kata Marwan). Oleh kerana entry dah terlampau panjang, saya sambung cerita hari ahad nanti ye. Ok bai!

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics