Salam kawna-kawan~
Semalam, masa yang dinantikan pun tiba jua iaitu sesi check up di klinik. Seawal pukul 8.15 malam (lepas Maghrib), saya dan husbandpun bertolak ke klinik. 8.30 kami sampai dan terus register. Setengah jam kemudian baru dapat jumpa doktor. Kali ini doktor sentuh pasal hemoglobin(HB) yang semakin menurun walaupun saya dah makan ubat IBERET hari-hari sebelum sesi pengambilan darah untuk ujian tahap HB dilakukan. Mula-mula HB saya 10.2 Lepas itu turun kepada 10.0 dan seterusnya kali terakhir turun pula kepada 9.7.
Rasa macam dah give up makan IBERET. Sekarang ini saya sudahpun kurangkan dose kepada selang sehari sebiji. Pil calcium saya makan tiap-tiap hari (walaupun ada sekali dua ter’skip’). Doktor suspek saya ada telesemia. Tapi, dia kata kalau nak buat ujian darah untuk kesan telesemia mahal sedikit. Dalam RM100-RM200 jugalah harganya. Dan dia sarankan supaya saya buat ujian itu selepas 6 bulan bersalin. Lagipun keputusan ujian itu tidak akan mengubah apa-apa pada kandungan saya. Harapan saya, saya tidak ada telesemia lah kan. Aminnnn~
Lepas itu doktor check tekanan darah dan berat badan. Fuhh, ini bahagian paling mencemaskan. Yeah, hasilnya berat saya naik hampir 3 kg sejak kali terakhir sesi timbang 3 minggu lepas. Boleh dikatakan hampir sekilo naik dalam seminggu. Doktor kata kenaikan normal antara 500g hingga 1 kg seminggu. Jadi saya berapa di paras ‘nyawa-nyawa ikan’ lah. Rentetan daripada berat yang naik mendadak, maka doktor mengesahkan berat baby pun naik banyak juga. Sebanyak 400g peningkatan berbanding 3 minggu lepas iaitu daripada 1.8kg menjadi 2.2kg. Check up seterusnya ialah minggu depan dengan hospital tempat saya bakal deliver baby nanti. Harap tak ketaralah peningkatan berat baby dan mamanya ini nanti.
Diakhir sesi, doktor menyarankan saya pergi check up secara selang seli antara klinik dengan hospital. Dia mencadangkan agar pada minggu ke 34 (minggu depan), buat check up di hospital. Minggu ke 36 buat di klinik. Seterusnya minggu ke 37, buat di hospital. Sebenarnya bukan tak mahu buat check up di hospital terus sampai waktu bersalin nanti. Tetapi, tidak berbaloi dari segi kos. Kalau check up di hospital, kena ambil cuti halfday + bayar RM60 (hanya scan sahaja. Tiada print) setiap sesi. Kalau pergi klinik tak perlu minta cuti. Hanya bayar RM65 sahaja (siap scan baby dan print lagi). Nasib baik doktor di klinik yang saya pergi itu pernah menjadi doktor bersalin di hospital tempat saya akan deliver baby ini. Jadi, bolehlah dirunding apa yang patut.
Sesi bertemu doktor tamat bila jam hampir menginjak ke pukul 9.30 malam. Terus pergi cari kedai untuk makan dahulu. Suami berhenti di kedai makan area Gombak. Ingatkan nak makan kuey Teow Kerang tapi taka da pula. Yang ada hanya Mee Bandung Muar, Nasi Ayam dan Nasi Goreng Ayam sahaja. Akhirnya, saya makan Mee Bandung manakala suami pula makan Nasi Goreng Ayam. Pukul 10.30 baru siap makan dan suami menghantar saya balik ke rumah. Dia kena pergi ke office disebabkan ada kerja mustahak. Kasihan pula pada dia. Sampai sahaja di rumah, saya terus mengemas bilik, melipat pakaian yang baru dibasuh dan sempat menghabiskan 2 chapter buku travelog tulisan Bob Lokman sebelum masuk tidur kira-kira pukul 11.45 malam. Suami tak balik lagi masa itu. Pagi itu saya tanyakan bila dia sampai di rumah. Rupanya suami sampai ketika jam hampir pukul 12.00 tengah malam. Kasihan pula sebab tak cukup rehat katanya. Tapi apa boleh buat, nasib badan. Huhu~
Oklah, panjang pula update pasal check malam tadi. Bai!
No comments:
Post a Comment