Followers

Friday, March 30, 2012

Jumaat yang Istimewa

Salam semua.

 

Setelah beberapa hari panas, pagi ini hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Hujan rahmat di penghulu segala hari. Sebaik sahaja saya keluar dari rumah, hujan rintik-rintik dahulu. Makin hampir ke office, makin lebat pula hujan. Bila hujan, mulalah rasa syok untuk layan bantal.

 

Jumaat kali ini lain daripada yang lain. Jumaat kali ini merupakan jumaat terakhir untuk bulan March 2012. Jumaat kali ini juga merupakan hari terakhir tahun kewangan syarikat tempat saya bekerja ini. Kepada yang tidak tahu, di Jepun, tahun kewangan bermula pada 01/Apr setiap tahun dan berakhir pada 31/Mar setiap tahun. Jadi, hari ini keadaan di kilang tidak sama seperti kebiasaan. Hari ini production dihentikan sebab nak buat stock count.

 

Hari ini juga syarikat akan buat Kick Off Party sempena penutup tahun kewangan 2011. Bermula pada pukul 5.30 petang dan dijangka tamat pukul 7.00 malam. Apa yang seronoknya ialah makanan dan cabutan bertuah. Tapi, tahun ini saya tak dapatlah nak ‘berebut-rebut’ mengambil makanan sebab perut dah memboyot. Bahaya untuk baby juga nanti kan. Harap-harap bertuahlah tahun ini. Kalau tidak tuah mamanya, tuah anak yang dikandung ini kan.  Lama sudah tak dapat hadiah cabutan bertuah ini. huhu~

 

Lately, rasa macam tak berapa nak cergas membawa diri. Mungkin sebab baby semakin membesar. Nak naik tangganpun kena perlahan-lahan. Bukan effect pada perut sahaja tapi juga pada tapak kaki. Rasa macam tak bengkak lagi kaki ini dan sandalpun masih muat. Cuma kasut rasa sendat. Nampak sangat kaki dah mengembang tanpa disedari. Heeee~

 

Lambatnya hari ini berlalu. Rasa macam nak cepat-cepat pukul 5.30. Kemudian layan Kick Off Party sampai pukul 7.00 (selalunya akan habis lewat daripada ini..haih~). Dan seterusnya balik rumah. Esok nak balik Puchong bawa barang-barang preparation untuk berpantang. Bilik di Selayang ini dah terlalu penuh dengan barang-barang. Rasa macam store pula. Haih~

 

Wednesday, March 28, 2012

Check Up 32+ Minggu~

Salam kawna-kawan~

 

Semalam, masa yang dinantikan pun tiba jua iaitu sesi check up di klinik. Seawal pukul 8.15 malam (lepas Maghrib), saya dan husbandpun bertolak ke klinik. 8.30 kami sampai dan terus register. Setengah jam kemudian baru dapat jumpa doktor. Kali ini doktor sentuh pasal hemoglobin(HB) yang semakin menurun walaupun saya dah makan ubat IBERET hari-hari sebelum sesi pengambilan darah untuk ujian tahap HB dilakukan. Mula-mula HB saya 10.2 Lepas itu turun kepada 10.0 dan seterusnya kali terakhir turun pula kepada 9.7.

 

Rasa macam dah give up makan IBERET. Sekarang ini saya sudahpun kurangkan dose kepada selang sehari sebiji. Pil calcium saya makan tiap-tiap hari (walaupun ada sekali dua ter’skip’). Doktor suspek saya ada telesemia. Tapi, dia kata kalau nak buat ujian darah untuk kesan telesemia mahal sedikit. Dalam RM100-RM200 jugalah harganya. Dan dia sarankan supaya saya buat ujian itu selepas 6 bulan bersalin. Lagipun keputusan ujian itu tidak akan mengubah apa-apa pada kandungan saya. Harapan saya, saya tidak ada telesemia lah kan. Aminnnn~

 

 

Lepas itu doktor check tekanan darah dan berat badan. Fuhh, ini bahagian paling mencemaskan. Yeah, hasilnya berat saya naik hampir 3 kg sejak kali terakhir sesi timbang 3 minggu lepas. Boleh dikatakan hampir sekilo naik dalam seminggu. Doktor kata kenaikan normal antara 500g hingga 1 kg seminggu. Jadi saya berapa di paras ‘nyawa-nyawa ikan’ lah. Rentetan daripada berat yang naik mendadak, maka doktor mengesahkan berat baby pun naik banyak juga. Sebanyak 400g peningkatan berbanding 3 minggu lepas iaitu daripada 1.8kg menjadi 2.2kg. Check up seterusnya ialah minggu depan dengan hospital tempat saya bakal deliver baby nanti. Harap tak ketaralah peningkatan berat baby dan mamanya ini nanti.

 

Diakhir sesi, doktor menyarankan saya pergi check up secara selang seli antara klinik dengan hospital. Dia mencadangkan agar pada minggu ke 34 (minggu depan), buat check up di hospital. Minggu ke 36 buat di klinik. Seterusnya minggu ke 37, buat di hospital. Sebenarnya bukan tak mahu buat check up di hospital terus sampai waktu bersalin nanti. Tetapi, tidak berbaloi dari segi kos. Kalau check up di hospital, kena ambil cuti halfday + bayar RM60 (hanya scan sahaja. Tiada print) setiap sesi. Kalau pergi klinik tak perlu minta cuti. Hanya bayar RM65 sahaja (siap scan baby dan print lagi). Nasib baik doktor di klinik yang saya pergi itu pernah menjadi doktor bersalin di hospital tempat saya akan deliver baby ini. Jadi, bolehlah dirunding apa yang patut.

 

Sesi bertemu doktor tamat bila jam hampir menginjak ke pukul 9.30 malam. Terus pergi cari kedai untuk makan dahulu. Suami berhenti di kedai makan area Gombak. Ingatkan nak makan kuey Teow Kerang tapi taka da pula. Yang ada hanya Mee Bandung Muar, Nasi Ayam dan Nasi Goreng Ayam sahaja. Akhirnya, saya makan Mee Bandung manakala suami pula makan Nasi Goreng Ayam. Pukul 10.30 baru siap makan dan suami menghantar saya balik ke rumah. Dia kena pergi ke office disebabkan ada kerja mustahak. Kasihan pula pada dia. Sampai sahaja di rumah, saya terus mengemas bilik, melipat pakaian yang baru dibasuh dan sempat menghabiskan 2 chapter buku travelog tulisan Bob Lokman sebelum masuk tidur kira-kira pukul 11.45 malam. Suami tak balik lagi masa itu. Pagi itu saya tanyakan bila dia sampai di rumah. Rupanya suami sampai  ketika jam hampir pukul 12.00 tengah malam. Kasihan pula sebab tak cukup rehat katanya. Tapi apa boleh buat, nasib badan. Huhu~

 

Oklah, panjang pula update pasal check malam tadi. Bai!

 

 

Tuesday, March 27, 2012

Persediaan Bersalin?

Salam korang..

 

Hari ini jiran workdesk bercuti sakit meninggalkan saya keseorangan. Seawal 8.00 pagi dia menghantar mesej memberitahu bahawa dia tidak dapat datang kerja sebab sakit. Yang meragukan, dia dengan wife dia sekali ambil MC. Gosippun bertebaranlah. Almaklumlah pengantin baru dan secara kebetulan tahun ini ramai pula yang memperolehi rezeki anak. Sebagai sebahagian masyarakat kaum cina, tentulah jiran workdesk saya ini teruja kalau dapat anak dalam tahun ini iaitu tahun naga. Tapi, itu hanyalah gossip dan spekulasi. Tunggu sahajalah kalau ada berita baik nanti. Hehe~

 

Malam ni ada ad-hoc check up pula. Mulalah rasa risau sebab tak menjaga pemakanan dengan baik. Part paling menakutkan masa sesi timbang berat. Rasa badan macam makin berisi. Jari makin tembam buat ruang antara cincin dengan jari makin sempit. Cincin tunang yang bersaiz lebih kecil, sudah tak muat. Jadi jadikan sebagai loket rantai sahajalah buat masa ini. harap-harap selepas bersalin boleh pakai semula. Kena berusaha untuk kembali ke bentuk badan asal selepas bersalin nanti.

 

Hampir masuk minggu ke 33 ini tiba-tiba rasa risau. Banyak perkara penting belum diselesaikan lagi nampaknya. Antaranya menyediakan dan mengemas barangan bayi dan barangan sendiri untuk di bawa ke hospital semasa bersalin, membuat dental check up, dan menyediakan dan mengemas barang untuk berpantang di Puchong dan juga menyediakan diri dengan ilmu semasa nak dekat bersalin nanti dan juga semasa berpantang. Oh ya, tentu saya teruja juga untuk buat 3D/4D Scan juga. Nak tengok keadaan baby dalam Rahim. Harap-harap baby berada dalam kedudukan yang selamat dan mudah untuk keluar semasa bersalin (secara normal) nanti. Doakan ye kawan-kawan.

 

p/s : hari ini kena kawal makanlah nampaknya. Huhu~

 

Monday, March 26, 2012

32 Minggu 4 Hari

 

Salam korang.

 

Alhamdulillah, Isnin sudah. Dalam usia kandunganku yang sudah melewati 32 minggu 4 hari ini, saya masih lagi gagah untuk melakukan tugasan harian walaupun agak ‘slow’ berbanding dulu. Almaklumlah membawa zuriat yang akan menceriakan hati mama dan babah sebaik sahaja dilahirkan ke dunia nanti InsyaAllah. Perubahan ketara yang kurasakan bila mencecah 8 bulan kandungan ialah badan semakin berat. Rasa nak berjalan laju sedikitpun tak larat sebab akan rasa tegang di perut. Kalau berdiri lama-lamapun tak boleh sebab kaki akan rasa lenguh.

 

Dan satu lagi yang paling mencabar ialah badan sudah mula rasa panas berlebihan. Bayangkanlah duduk di dalam aircondpun tidak sejuk apatah lagi di tempat yang tidak berhawa dingin. Pagi tadi semasa pergi assembly, saya membawa kipas tangan dan buat pertama kalinya dalam hidup, saya terpaksa menggunakan kipas itu sepanjang waktu assembly. Itupun perasaan macam tidak puas sebab still rasa bahang walaupun kipas tangan sudah dihayun laju. Masa itu kalau boleh mahu cepat-cepat masuk ke office sebab dalam office ada aircond. Sejuk sedikit (walaupun tetap rasa macam tiada aircond, at least kurang rasa bahang). Begitulah sebenarnya dugaan sebagai ibu mengandung.

 

Tidurpun semakin payah sebab  mudah terjaga. Setiap kali terjaga, kaki mesti lenguh dan perut dan pinggang mesti rasa sakit. Nak baring terlentangpun tidak selesa sebab kesannya pinggang dan belakang badan pula yang sakit. Tetapi, dek kerana rasa mengantuk mengatasi segala maka dapat jugalah lelap dengan mudah setiap kali terjaga. Hanya orang yang pernah mengandung dapat merasai apa yang saya rasai sekarang ini. Terdetik rasa takjub dengan ibu sendiri yang berjaya melalui dugaan dan cabaran sebegini sebanyak 6 kali (sebab ada 6 anak). Lagi takjub dengan keupayaan nenek yang mempunya 18 orang anak. 18 kali melalui pengalaman sebegini dan dalam masa yang sama bekerja keras dengan membuat bisness untuk menyara anak-anaknya. Gaji datuk sebagai seorang bilal berapalah sangat untuk menampung perbelanjaan sebegini ramai anak kan.

 

Saya berharap dan berdoa supaya saya mampu untuk menghadapi ujian dan cabaran dalam proses menjadi seorang ibu yang terbaik utuk mendidik dan mengasuh anak-anak saya menjadi insan yang soleh/solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Walaupun takut mengenangkan cabaran yang dihadapi ibu bapa pada zaman serba canggih ini, tetapi saya tetap percaya kepada yang Maha Esa. InsyaAllah, kalau kita sentiasa bergantung kepadaNya maka Dia akan pelihara kita. Ok bai!

Friday, March 23, 2012

Remaja dan Keluarga

Salam korang!

 

Yuhuuu..hari ini hari bahagia sebab hari ini penghulu segala hari iaitu jumaat. Walaupun company saya tak bagi rehat lama untuk para wanita dan lelaki bukan Islam tetap rasa seronok juga sebab bermula malam ini dah boleh berehat panjang. Company saya hanya bagi rehat hampir 2 jam kepada lelaki Islam. Yang lain daripada itu waktu rehat sama macam hari-hari lain. 50 minit sahaja ok. Yang tak syoknya sebab rehat tak lama tapi yang bestnya kami rehat 15 minit awal daripada kaum lelaki Islam. So, tak perlu nak berebut masa lunch nanti. Lagipun mereka lebih suka lunch di luar. Cafeteria kat dalam company ini dah tak sehebat dulu.

 

Hari ini kalau boleh tak mahu mengulas lanjut pasal isu semasa. Memang berharap perkara sebegitu tidak akan dilaporkan media lagi tapi tadi masa selak-selak akhbar online, masih lagi hangat pasal isu remaja kita hari ini yang begitu mudah terperangkap dengan nafsu sendiri sampai sanggup melukakan hati keluarga tersayang. Bila saya kenang kembali apa yang saya lakukan sewaktu seusia dengan anak remaja ini iaitu semasa berumur antara 14-16 tahun, saya perasan dan saya tersedar yang ketika itu gelojak hati remaja sayapun memang menggunung tinggI. Masa itu saya rasa ingin bebas melakukan apa yang saya gemari.

 

Tapi masa itu persekitaran kita lain daripada sekarang. Dahulu, tak terjangkau dek akal untuk lari ikut kekasih. Dahulu juga tak terfikir untuk bebas sampai tak mahu duduk di rumah. Suka keluar tapi ada batasnya. Mesti balik sebelum malam menjelma. Keluarpun bukan ke mana-mana. Sekadar merayau-rayau menggunakan basikal (masa itu basikal sahajalah yang mampu dimiliki) sekeliling kampung. Berkawan dengan anak-anak kampung juga. Masa itu walau hati remaja untuk bebas itu bergelojak tinggi, tapi tetap fikirkan perasaan keluarga, mak dan ayah setiap kali hendak lakukan sesuatu. Bila kena marah, lari juga. Tapi lari ke belakang rumah dan termenung. Bila dah lega, balik rumah semula. Hehe~

 

Kepada adik-adik remaja sekalian, percayalah bahawa orang yang paling baik, paling menerima kita seadanya, paling memahami kita ialah keluarga kita sendiri. Bukan kawan-kawan, teman lelaki/perempuan sebab mereka kadang kala hanya singgah sekejap dalam hidup kita. Yang kekal sehingga ke akhir hayat kita nanti hanyalah keluarga kita. Walau apapun yang berlaku, keluarga tetap keluarga. Bak air yang dicincang-cincang takkan putus begitulah juga dengan hubungan kekeluargaan.

 

Ok, stop membebel. Bai!

Thursday, March 22, 2012

Isu : Perlukah berlakon 'diculik' untuk lari dari rumah?

Salam korang!

 

Hari ini hampir terlupa nak update blog. Hari ini kecoh kan dalam akhbar pasal adik Siti Nur Fatihah yang sebelum ini dilaporkan diculik di hadapan kedai selepas beli kad prabayar telefon rupanya hanya buat propa. Memang hebatlah penangan isu ini sebab berita pasal penculikan dia sudah kecoh satu Malaysia. Begitu ramai yang bersimpati dan menitipkan doa agar dia selamat dan dikembalikan kepada keluarga. Tup tup dia mengaku bahawa semua itu hanya lakonan semata. Dia yang menyuruh makcik saudara bersama dua lelaki mengambilnya di lokasi kejadian dan membawanya ke rumah teman lelaki.

 

Dikala satu Malaysia risaukan keselamatannya dan di kala seisi keluarga menangisi kehilangannya, dia rupanya sedang ber’gembira’ di rumah teman lelaki (katanya rumah keluarga teman lelaki). Betul-betul buat kerja gila. Sanggup berlakon di hadapan adik-adik sendiri seolah-olah macam ‘diculik’ semata-mata sebab nak lari dari rumah. Sebenarnya, bukan tak ada kes-kes anak dara belum habis sekolah lari dari rumah ikut teman lelaki atau lari disebabkan tekanan hidup. Tapi yang berbezanya bila isu ‘penculikan’ digunapakai dengan ‘cemerlang’ sampai semua orangpun percaya yang dia diculik. Kalau nak lari, lari sahajalah tak perlulah berpakat dengan orang supaya nampak macam kena culik.

 

Bila sudah kantoi, mulalah sedar dan rasa malu dengan perbuatan sendiri. Terus tak nak balik ke pangkuan keluarga bila memikirkan betapa kecaman masyarakat sekeliling atas tindakan ‘pendek akal’ yang dia lakukan itu. Sedikit sebanyak mesti rasa malu dan mungkin dia akan lebih tertekan bila balik ke pangkuan keluarga. Bayangkan, sebelum ini lari sebab tertekan dengan masalah keluarga. Sekarang ini pula tambah lagi tekanan dengan kecaman masyarakat sekeliling pula.

 

Benda ini sebenarnya boleh menjadi pengajaran yang berguna kepada remaja-remaja yang baru nak membesar supaya belajarlah untuk ‘berfikir dahulu sebelum buat apa-apa tindakan’. Jangan ikutkan sangat hati dan rasa tapi ikutlah kata akal fikiran. Mungkin masalah keluarga yang dihadapinya berat sampai sanggup lari dari rumah. Tapi, rasanya ada banyak cara lagi boleh digunapakai. Tak perlulah sampai berlakon diculik kan. Ini tindakan melampau namanya sebab melibatkan polis dan masyarakat sekeliling. Satu sahaja perkara yang saya musykilkan iaitu berkenaan penglibaan makcik saudara dia dalam kes ‘lakonan diculik’ ini. Macam ada yang ‘tak kena’ sahaja kan?

 

Apapun, satu Malaysia berharap kes ini akan jadi kes pertama dan terakhir berlaku. Tolonglah adik-adik remaja perempuan sekalian jangan main-main dengan isu culik ini. Kita baru kehilangan adik Dirang. Jangan buang masa polis dan masyarakat dengan menipu. Dan jangan menyusahkan mak bapak dan juga adik-adik yang menyayangi kamu.

 

Ok, bai!

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM sudah diumumkan.

Salam korang.

 

Seperti yang kita semua sedia maklum, hari ini hari paling mendebarkan untuk pelajar yang baru lepas ambil SPM. Tadi belek-belek akhbar online jumpalah 2 artikel terkini berkenaan keputusan SPM tahun 2011. So, jom layankan berita ini ok. Mula-mula, dari Berita Harian Online. Cerita sikit sahaja dan tertumpu kepada berapa calon dari sekolah bawah kementerian yang dapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

                506 calon dapat A bagi semua mata pelajaran SPM 2011


                2012/03/21

                        PUTRAJAYA: Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A)

                        bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

                        Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan

                        Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini sebentar tadi.

 

Bila belek Utusan Malaysia Online pula, ceritanya lebih detail. Siap dengan Gred Purata Nasional dan juga berapa calon bukan sekolah kementerian yang dapat semua A.

                                Keputusan SPM: Indeks gred purata bertambah baik

                                21/03/2012 9:47am

 

                                Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

                        PUTRAJAYA 21 Mac – Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik

                        dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN), 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

                        Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, sejak 2007 hingga 2011 nilai GPN

                        pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan pencapaian calon secara berterusan.

                        "Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A )

                        bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

                        "Bagi calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi

                        semua pelajaran berbanding 40 pada 2010," katanya.

                        Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan

                        Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini hari ini. – UTUSAN

Buat yang berjaya mendapat keputusan cemerlang itu, tahniah saya ucapkan. Kepada yang kurang cemerlang jangan cepat mengalah dan berputusa asa sebab ini bukanlah penamat. Keputusan SPM yang cemerlang tak semestinya menjamin masa depan yang gemilang sebab ia hanya batu loncatan untuk masuk Universiti sahaja.9 tahun lalu sayapun macam anda juga. Berdebar-debar juga nak ambil keputusan. Tapi result saya tidaklah sekencang manapun. Dapat 3 sahaja A tapi tetap dapat masuk U dan menggenggam segulung ijazah dengan kepujian. Yang penting kena tahu apa yang dimahukan dan apa yang diminati dan usaha, usaha, usaha!

Ok, bai!

 

Tuesday, March 20, 2012

Set Bersalin mana yang terbaik?

Salam korang!

 

Semalam lupa nak update pula. Nak kata busy sangatpun tidak. Tapi semalam saya survey set bersalin yang ada di pasaran. Rupanya banyak betul jenis-jenis set bersalin yang ada ye. Antara yang saya terjumpa ialah Jamu Mak Dara, Leesa Formula, Orang Kampung, Nona Roguy, HPA, Amway, Tropical Herbs, Mustika Ratu, Salindah, Afiat, Sendayu Tinggi dan juga beberapa set lain yang tak kurang glamournya. Bila baca di internet dan juga forum, macam-macam maklumat terutamanya testimoni orang yang berpengalaman menggunakan produk-produk set bersalin.

 

Mengikut testimony yang say abaca, banyak yang suggest Nona Roguy sebab produk itu bagus, dapat kembalikan shape badan kepada asal dan paling menarik menambah penghasilan susu badan. Leesa Formula pula senang untuk digunakan semasa berpantang.  Mustika Ratu pula kalau ‘tak kena’ dengan badan seseorang boleh menyebabkan kesan ‘panas’ pada ibu dan bayi .  Salindah pula katanya beri kesan kepada anak. Anak jadi terlebih cerdik dan hyperaktif disebabkan kewujudan merkuri (sedikit sahaja) dalam set tersebut. Maklumat ini saya jumpa dalam forum susuibu.com. HPA dan Afiat harganya berpatutan tapi tak ada pula jumpa testimoni pasal produk-produk tersebut. Produk lain saya tak sempat nak survey pula.

 

Bila fikir-fikir balik pilihan terbaik bagi saya sama ada Nona Roguy ataupun Leesa Formula. Sekarang ini tengah rambang hati nak pilih yang mana satu. Nona Roguy ini produknya agak mahal. RM365 tanpa bengkung. Leesa Formula pula kalau ambil set premium RM350 siap ada bengkung sekali. Ada sesiapa yang boleh bagi pendapat, cadangan, komen, ataupun boleh ceritakan pengalaman masing-masing guna set bersalin yang mana satu tak? Kalau ada sila coretkan di ruangan komen.

 

 

Friday, March 16, 2012

1 Pembantu rumah : 1 kerja : RM700

Salam korang!

 

Hari ini kecoh pasal isu pembantu rumah kan. Kayalah mereka macam gini. Kalau dahulu dengan gaji RM300 ke RM500 untuk seorang pembantu rumah yang boleh melakukan 4 kerja sekaligus iaitu memasak, mengemas rumah, menjaga anak dan menjaga orang tua. Tetapi sekarang, perlu sediakan gaji RM700 untuk seorang pembantu rumah yang hanya boleh melakukan salah satu daripada 4 bahagian kerja tersebut. Kalau nak pembantu rumah yang buat 2 kerja, kenalah ambil 2 orang dengan kos RM1400. Seterusnya RM2100 untuk buat 3 kerja dan RM2800 untuk buat 4 kerja.

 

Selepas ini, ramailah yang akan hanya menghantar anak ke taska atau pengasuh. Sebab kosnya yang lebih rendah iaitu antara RM250 sehingga RM350 sahaja untuk setiap anak. Tapi kalau anak lebih dari 3 orang bolehlah ambil pembantu rumah sebab kosnya akan jadi rendah. Hanya RM700 sahaja kan tak kira berapa ramai bilangan anak. Apa yang ditakuti ialah pengasuh/ taska akan mengambil kesempatan untuk menaikkan kadar bayaran perkhidmatan. Al maklumlah pembantu rumah yang menjaga anak boleh dapat RM700 bersih dengan makan pakai dan tempat tinggal free.

 

Apa kata korang? Huhu~

Kadang-kala terfikir.

Salam korang!

 

Kadang-kala terfikir.

Adakah kita menjadi diri kita disebabkan takdir?

Adakah kita mendapat apa yang kita miliki sekarang disebabkan takdir?

Adakah kita gagal memiliki apa yang kita inginkan/impikan juga disebabkan takdir?

 

Kadang kala terfikir.

Adakah disebabkan takdir , apa usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil yang diharapkan?

Adakah disebabkan takdir , kadang kala apa yang kita tidak sangkakan, akhirnya dapat kita miliki?

Adakah disebabkan takdir , apa yang kita nak, orang lain yang dapat?

 

Kadang-kala terfikir.

Adakah takdir juga yang menjadikan diri ini masih tak berpeluang menjejak kaki ke luar negara?

Singapura tak dikira sebab hanya bersempadan Malaysia dan boleh pergi naik bas.

Sempadan Thailand juga sama sebab sempadannya terbuka untuk kita rakyat Malaysia bershopping.

Kakak saya yang belajar setakat diploma di politeknik Shah Alampun sudah berjaya melawat ke beberapa negara luar seperti Brunei, Thailand (Phuket Island), China dan Taiwan.

Saya yang pernah belajar di serata negeri sampai ke selatan semenanjung (Melaka dan Johor), masih tersangkut di Malaysia.

 

Takdir atau kebetulan? Atau mungkin lebih kepada tiada usaha ke arah itu kot?

Kalau mahu, boleh sahaja terbang ke mana sahaja dengan adanya Air Asia X yang menawarkan kadar tambang murah.

Yang pastinya ada hikmah disebalik apa yang direncanakan Nya untuk saya dan suami  selama hampir 27 tahun ini.

Kebetulan pula saya dan suami punya nasib serupa.

 

Tapi jauh di sudut hati tertanam hasrat untuk menjejaki negara luar.

Sekurang-kurangnya dapat ke Makkah menunaikan umrah dan haji.

Moga pintu untuk kami akan dibukakan olehNya nanti. InsyaAllah.

=)

 

 

Musim Nasi Minyak datang lagi.

Salam korang!

 

Pagi ini selepas minum susu low fat high calcium dan juga beberapa keping biskut kurma, rasa macam tak sihat pula. Sakit kepala dan badan rasa lemah dan perut pula rasa sebu. Tak tahu nak buat apa dah untuk segarkan diri. Hari baru nak bermula tapi tenaga macam dah habis perah. Adakah ini disebabkan mencampurkan susu dengan biskut kurma? Ada effect yang tidak elok ke? Bila jadi macam ini mulalah rasa tak boleh fokus untuk buat kerja. Terus laju sahaja jari ini nak mengadu di blog. Dalam masa yang sama berharap rasa tak selesa ini beransur hilang nanti.

 

Pagi ini sempat pergi supermart KK yang buka 24 jam di Section 14. Dalam kepala ini target nak beli minuman cereal Nesvita sahaja. Tapi sempat diborongnya sekali biskut kurma dan juga choki-choki. Haih, tiba-tiba pula teringin nak makan roti sapu choki-choki. Masa zaman kanak-kanak dulu, roti dengan choki-choki ini pernah  menjadi salah satu makanan fevered saya dan adik beradik yang lain. Masa itu nak beli jem coklat bukan main mahal lagi harganya. Selain daripada choki-choki, milo juga selalu jadi mangsa buat penyedap bila makan roti. Hehe~

 

Hari ini jumaat datang lagi. Maknanya esok kembali berhujung minggu. Ikut planning suami, minggu ini kedua-dua hari akan makan nasi kenduri kahwin. Esok kami akan pergi kenduri kahwin kawan baik suami semasa bersekolah di Selayang, Fahmi. Saya juga pernah berjumpa dengan Fahmi dan pasangan masa program berbuka puasa tahun lepas. Alhamdulillah, sampai jua jodoh mereka tahun ini. Selepas kenduri kami akan terus balik Puchong pula. Keesokannya pula ada lagi satu kenduri kahwin kawan sekolah suami bernama Azilah di Putrajaya. Suami cakap Azilah ini dah lama bertunang. Malah lebih awal daripada kami. Tapi Allah SWT dah tentukan tahun ini baru sampai jodohnya. Alhamdulillah.

 

Selagi larat berjalan, selagi itulah saya gagahkan diri untuk memenuhi jemputan kenduri kawan-kawan. Kalau dah hampir full term nanti tak tahulah nak cakap kan. Kalau masih larat, saya pergilah. Kalau sudah tak larat, wakilkan suami sahajalah nampaknya. Selepas ini bersusun jugalah jemputan kenduri kahwin sahabat-sahabat. 01/April nanti akan ada jemputan kenduri jiran kami, Kak Ija. 21/April pula jemputan kenduri daripada Zully, rakan sekelas suami masa di sekolah teknik dan juga rakan sefakulti kami masa di UTM dulu. Menyusul seminggu selepas itu ialah kenduri Nana JB pada 29/April. Manakala yang terakhir sebelum full term ialah Kid, rakan satu course kami di UTM dulu. Majlis dia betul-betul berlangsung masa dekat-dekat due. Ada juga jemputan selepas itu iaitu pada bulan June. Masa itu pastinya saya takkan dapat pergi sebab sedang berpantang.

 

Apapun tahniah kepada kawan-kawan yang akan membina masjid nanti. Kepada pengantin baru, masih sempat lagi untuk dapat anak yang sama baya dengan anak saya nanti. Berusahalah ye.

Ok lah, setakat ini sahajalah update saya untuk pagi jumaat ini. Badanpun dah mula rasa segar semula untuk menyelesaikan kerja-kerja tertangguh. Ok bai!

 

Wednesday, March 14, 2012

Journey to Setiu Terengganu : Part 2

 

Salam korang!

 

Fast update sambungan percutian di pantai timur. Ahadpun tiba. Pagi-pagi dah bersemangat bangun. Hajat nak cari sarapan Nasi Dagang. Tapi kita hanya mampu merancang. Hujan lebat pula daripada awal pagi membawa ke pukul 9.00 pagi baru betul-betul reda. Sudahnya, pukul 9.00 juga baru kami keluar mencari makanan. Jalan-jalan pusing-pusing at last berhenti di area Batu Burok. Ada deretan kedai makan sedia menanti tetapi malang sekali lagi sebab tak ada satupun kedai yang menjual Nasi Dagang. Yang ada hanyalah nasi lemak, nasi minyak dan juga nasi kerabu. Akhirnya saya dan suami makan nasi kerabu sahaja. Nasib baik sedap. Kalau tidak menggagau juga saya mencari Nasi Dagang di tempat lain.

 

Lepas sarapan, hajat nak ke Pasar Payang dahulu sebelum balik semula ke rumah tumpangan untuk mengemas sebelum bertolak ke Setiu pukul 12.00. Planning asalnya begitulah. Tapi sekali lagi planning berubah. Baru sahaja parking di tepi Pasar Payang, tiba-tiba dapat call daripada Ujang bagitahu bahawa pengantin akan tiba pukul 12.00 tengahari. Ujang sudah lama sampai di Setiu. Sejak awal pagi lagi katanya. Siap tidur di masjid di Kg. Penarik lagi.  Kami terus pecut balik ke rumah tumpangan, berkemas dan bersiap untuk ke Setiu. Pukul 11.00 baru bertolak. Risau juga tak sempat tengok Abe bersanding. Kami sampai di rumah pengantin kira-kira pukul 12.30. Majlis kenduri dibuat di deretan rumah kedai betul-betul di hadapan masjid. Kalau tengok sekali imbas tak macam kenduri tetapi macam ‘kedai makan’. Nasib baik kami nampak kereta Ujang, kalau tidak kamipun keliru. Pengantin belum sampai lagi masa itu. Kami masuk parking dalam masjid sementara menunggu rombongan pengantin tiba.

 

Pengantin tiba dalam 10 minit sebelum azan Zohor. Bilal masjid itu pula ialah bapa Abe sendiri. Jadi, masa berarak itu bapa dia sibuk nak ke masjid untuk azan. Sebenarnya tak adapun majlis sanding walaupun ada pelamin. Pelamin disediakan untuk tujuan bergambar sahaja rupanya. Abepun tak hire official photographer untuk majlis belah dia. Dia hanya buat majlis secara lebih ‘grand’ di belah perempuan. Siap ada outdoor photoshoot lagi masa di belah perempuan. Lepas berjumpa, bergambar dengan pengantin, kamipun turun makan. Sempat juga kami diperkenalkan dengan mak tiri Abe sebelum kami semua minta diri untuk pulang. Nampaknya hanya saya, suami dan Ujang sahajalah wakil kelas yang datang kenduri Abe. Apapun terima kasih kepada Abe sebab bagi goodies lebih. Makanan kenduripun sedap.

 

Sebelum pulang, saya dan suami sempat singgah ke Pantai Penarik. Sambil layan angin laut, kami bergambar juga. Tapi banyak gambar saya kot berbanding gambar kami berdua. Lepas puas tengok laut, kami terus gerak ke Kuala Terengganu. Tujuan utama kami ialah Pasar Payang. Sempat saya sambar baju kelawar lengan panjang dan 2 helai pashmina. Suami pula beli stok sate ikan sampai RM10. Itulah ‘dinner’ dia pada hari itu. Masa on the balik iaitu di Marang, sempat beli keropok lekor belum goreng RM15 dan juga satar secucuk (adalah dalam 6 biji). Satar itulah jadi ‘dinner’ saya pada hari itu. Perjalanan ke KL bermula pada pukul 6.00 petang dari Marang. Sekali lagi kami kena melalui 2 check point kesesakan sebelum melepasi Kemaman. Sempat singgah di McD area Paka untuk beli Aiskrim Sundae Cornetto perasa coklat buat bekalan sebelum meredah kesesakan di Kemaman. Kami singgah solat di R&R kira-kira pukul 10.30 malam. Masa itu kedai-kedai makanpun dah mula tutup. Sweet Corn Petronas pun dah habis. Sedihnya.

 

Kami meneruskan perjalanan sebelum suami berhenti untuk tidur sekejap di tol Bentong. Kami dikejutkan panggilan mak mertua kira-kira pukul 11.30. Perjalanan diteruskan dan kami selamat sampai di rumah pada pukul 2.00 pagi. Fuhhh, mengantuk tak ingat punya. Masuk bilik terus tidur. Keesokannya masing-masing cuti. Tak larat nak pergi kerja. Suami cuti setengah hari manakala saya sambung sampai petang. Ada banyak perkara kena diselesaikan lagi-lagi kain baju yang perlu dibasuh dan barang-barang lain yang perlu dikemas. Bila dikira,  8 jam juga perjalanan kami dari Terengganu ke KL.

Perjalanan yang penat tapi menyeronokkan. Ok, cerita hujung minggu dah habis. Bai!

 

 

Journey to Setiu Terengganu

Salam korang!

 

Dah petang rupanya. Hari ini nak update lagilah. Erm, berbalik kepada cerita tadi, saya nak sambung cerita pada hari sabtu pula. Sabtu itu, awal-awal pagi dah bangun memgemas bilik, menyiapkan barang-barang untuk percutian ke Terengganu nanti. Selepas itu, terus bergegas ke klinik tempat saya check up. Masa itu dah agak terlewat sejam daripada appointment asal yang sepatutnya pukul 9.00 pagi. Bila jumpa doktor pukul 10.30 dan minum air gulapun pukul 10.30 maka kenalah puasa sampai 12.30 sebab selepas minum air gula kena tunggu 2 jam sebelum, darah diambil untuk dibuat ujian. Doktor kesayangan tak ada pula pada hari itu. Jadi, kami berjumpa dengan doktor ganti yang rugged. Doktor itu tak buat pemeriksaan lainpun. Dia hanya buat MGTT test sahaja ke atas saya. 2 jam menungggu itu, saya dan suami gunakan dengan lepak di McD. Saya hanya minum air mineral sambil menghadap akhbar TheStar. Suami pula berjaya makan big breakfast. Sedapnya bau meals dia tapi terpaksalah menahan diri sebab selepas ini kena jumpa doktor lagi untuk ‘derma’ darah.

 

Pukul 12.20, kami dah gerak ke klinik semula. Kena tunggu giliran pula sebelum nama saya dipanggil masuk untuk diambil sampel darah sahaja. Doktor bagitahu keputusan ujian darah dapat selepas 3 hari. Oleh kerana ini akan jadi appointment terakhir kami di klinik (sebab selepas ini saya akan teruskan check up di Hospital tempat saya bakal bersalin), saya dikehendaki menghubungi klinik pada hari Rabu untuk mendapatkan keputusan ujian darah. Dan disebabkan prosedur check up kali ini hanya buat ujian MGTT maka kos kena bayar hanya RM30.00. Doktor suruh teruskan makan supplement IBERET FOLATE sahaja. Pukul 1.00 baru keluar dari klinik. Terus pulang ke rumah. Masa kami sampai di rumah itu tiba-tiba jiran kami (kawan lama kakak ipar) datang. Dia nak berjumpa dengan kakak ipar. Malangnya kakak ipar tiada di rumah sejak seminggu lepas berada di rumah mertuanya di Shah Alam. Rupanya berhajat menghantar jemputan kahwin. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga jodoh Kak Ija kali kedua selepas suami pertamanya meninggal dunia kira-kira 2-3 tahun dulu.

 

Selepas itu, kami terus bertolak ke pantai timur. Sempat singgah di McD. Punyalah panjang barisan kereta yang beratur di laluan drive thru. Tapi lebih dasyat kaunter dine in sebab beratur sampai ke luar pintu masuk McD. Punyalah meriah McD waktu tengahari itu. Lepas beratur selama sejam baru dapat makanan. Saya yang lapar sebab tak makan sejak pukul 10 malam sebelumnya terus makan fries dan juga big mac separuh sementara suami terus drive sebab dia masih kenyang makan big breakfast. Kami berhenti di R&R untuk solat. Sebaik sahaja habis solat, hujan turun selebat-lebatnya. Lebat tak lebat, kami berlari-lari masuk kereta. Suami makan McChicken manakala saya pula makan separuh Big Mac. Selepas itu, perjalanan diteruskan. Sampai di area lepas Kemaman, tiba-tiba jalan jadi sesak. Ada construction rupanya. Rupanya bukan satu sahaja check point yang sesak, ada dua. Satu lagi kesesakan terpaksa kami tempuhi sebaik sahaja melepasi Rantau Abang. Haiyooo, kali ini kesesakan lebih teruk. Hampir sejam jugalah kami sangkut di situ. Sudahnya pukul 8.30 baru selamat sampai di Marang. Check in di Rumah Tumpangan Mak Teh (tempat sama kami bermalam masa pergi kenduri Marwan).

 

Kami decide untuk cari makan di Bandar Kuala Terengganu(KT). Rupanya malam itu, KT sedang ada pesta. Di dataran sebelah Pasar Payang ada Big Jam Hot FM manakala di stadium pula ada perlawanan bola sepak. Jalan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk ke acara-acara ini. Akhirnya kami berhenti makan di satu kedai betul-betul selepas dapat keluar daripada kesesakan. Alhamdulillah, sedap juga (mungkin sebab kami lapar masa ini). Selepas itu, kami terus balik bilik dan tidur. Penat melalui perjalanan yang jauh sepanjang hari. Lagipun keesokannya nak ke Setiu pula untuk ke majlis kenduri Abe. Lebih kurang sejam setengah juga perjalanan daripada KT (menurut kata Marwan). Oleh kerana entry dah terlampau panjang, saya sambung cerita hari ahad nanti ye. Ok bai!

 

Check Up 30 minggu

Salam korang!

 

Lately makin kurang pula updates saya di blog. Bukan sengaja cuma masa tidak mengizinkan. Hari Isnin saya bercuti rehat selepas melalui perjalanan jauh selama 2 hari 2 malam ke Terengganu menghadiri majlis perkahwinan rakan kelas saya dan suami ketika di UTM dulu, Abe. Selasa pula sehari suntuk saya bekerja di luar pejabat. Baru hari ini saya dapat duduk lama depan PC. Tak lengkap rasanya entry saya kalau tak ada cerita aktiviti hujung minggu. Hujung minggu kali ini agak padat sebab ia bermula seawal tengahari jumaat lagi.

 

Jumaat lepas saya bercuti setengah hari sebelah petang. Pukul 12.30 tengahari terus ‘pecut’ balik rumah dengan harapan sempatlah jumpa suami sebelum dia pergi solat jumaat. Alhamdulillah, sempat juga saya sampai 20 minit sebelum masuk waktu Zohor. 10 minit selepas itu suamipun pergi solat jumaat manakala saya pula ke Selayang Mall beli bekalan makan tengahari. Makan bubur ayam McD sahajalah nampaknya. Dalam masa menunggu suami pulang, sempat juga saya buat laundry dan mengemas. Pukul 2.30 suamipun balik. Lepas makan, kami bersiap pula untuk ke Hospital Selayang. Buat checkup pertama kali di hospital. Proses check up tak lama. Berat saya naik 1.5 kg manakala berat baby naik hampir 1 kg. Maknanya berat baby naik kepada 1.86 kg (estimate berdasarkan saiz kepala), manakala berat mamanya ini hanya naik kira-kira 500g. Bagus-bagus. Diet saya menjadi nampaknya. So, kena kekalkan momentum cara makan yang sihat ini sampailah baby lahir nanti. Doktor cakap baby sihat dan saiz/beratpun normal.  Next check up 06/April/2012 pula. Itupun kalau result ujian gula @MGTT tiada masalah. Kalau ada masalah,appointment akan dibuat lebih awal.

 

Pukul 4.00 petang, habis checkup dan suami terus mengajak ke MidValley. Katanya nak pergi Motherhood expo. Layankan sahajalah. Sampai sana terus serbu tempat expo. Meriah betul suasana sepanjang expo. Saya berjaya membeli bengkung, nursing bra dan juga tshirt maternity. Saiz paling besarpun saya pakai nampak kecil. Tapi beli jugalah sebab baju itu comel.  Bolehlah kalau setakat nak pakai di rumah kan. Lepas habis shopping barang, kamipun terus decide nak makan (sebab tengahari makan bubur sahajakan). Suami makan chicken chop manakala saya pula makan nasi ayam claypot. Sedap juga rasanya. Mungkin sebab makan dalam keadaan terlebih lapar. Hehe~

 

Lepas itu, solat asar di sana sebelum bertolak ke IKEA pula. Tak sure apa tujuannya ke sana tapi layankan sahajalah. Sampai di sana berjalan-jalan sambil berangan. Sempat juga menyambar besen untuk mandikan baby dan juga blanket baby. Solat maghrib di IKEA sebelum sambung shopping. Masa suami membayar, sempat lagi saya beli 3 biji karipap IKEA. Balik nanti nak buat alas perut sebelum ‘berpuasa’ bermula pukul 10 malam sebab keesokan paginya ada ujian minum gula @ MGTT di klinik tempat saya biasa buat check up. Sampai di rumah, mak mertua tengah lepak di sofa. Mak metua masih tak sihat lagi-lagi tang batuk dan gatal tekak. Akhirnya 3 biji karipap yang saya beli habis dimakan oleh saya, mak dan juga suami (seorang sebiji). Lepas makan terus masuk bilik dan bersiap untuk tidur. Ready untuk pergi check up esokannya.

 

Cerita hari jumaatpun dah 3 perenggan. Cerita hari sabtu pula macam mana? Saya sambung dalam next entry sahajalah. Nanti jenuh pula nak membaca kalau masukkan semuanya dalam satu entry. Ok lah. Bai!

Thursday, March 8, 2012

Pisang Goreng Sedap di Sekyen 19, Shah Alam.

Salam korang!

 

Fuh, semalam petang memang busy. Daripada waktu lunch sampai dekat-dekat nak balik berada di luar office. Pergi buat lawatan sambil belajar di 2 pembekal barang-barang untuk syarikat tempat saya kerja. Kali ini menghala ke Shah Alam. Bila sudah keluar memang takkan lepaskan peluang untuk makan di luar kan? Nasib baik ada geng yang biasa dengan jalan-jalan di Shah Alam. Di bawanya kami makan di Restoran Qaseh di Seksyen 17. Memang berbaloi. Satu sebab banyak pilihan lauk dan paling best tak payah keluar duit sesenpun. Boss belanja.

 

Lepas itu terus rushing mencari tempat solat memandangkan waktu zohor sudahpun masuk. Lepas solat di stesen Petronas, kami terus bergegas ke destinasi tujuan yang terletak di Seksyen 23. Kilang tempat kami tuju ini betul-betul hampir dengan company tempat saya kerja dahulu, AHP. Dah 3 tahun lebih meninggalkan company itu. Dalam masa itu juga staffs nya bersilih ganti. Rakan-rakan yang pernah saya kenalpun sudah tak ramai di situ. Masalahnya entah mereka ingat lagi pada saya atau tidak sebab saya kerja di sana sebulan sahaja. Kalah orang buat industrial training yang memakan masa 3 bulan.

 

Selepas itu, kami bergegas pula ke Kota Kemuning. Dalam pukul 4.30petang baru habis lawatan. Dalam masa satu jam sebelum waktu office hour tamat, sempat lagi kami pergi mencari pisang goreng sedap berhampiran KTM Seksyen 19. Semangat tak semangatlah kan kami semua masa itu nak merasa pisang goreng glamour itu. Nasib baik masa kami sampai itu pelanggan tak ramai. Jadi, sempatlah kami untuk sampai di office sebelum pukul 5.30 petang. On da way balik, sempat merasa 3-4 keping pisang goreng. Memang sedap. Kalau ada orang pergi sana lagi, mahu kirim order lah. Tapi bukan sekaranglah. Tunggulah bila dah habis pantang dan dan dapat balik body shape asal.

 

 

Tuesday, March 6, 2012

Berat mendadak naiknya. Huhu.

Salam pagi selasa.

 

Hari ini berazam untuk mengawal selera makan yang main tak dapat dibendung sejak akhir-akhir ini. Sejak check up terakhir pada minggu ke 25 setengah, berat badan sudah naik sampai 3.5kg. Mesti kena bamboo dengan doktor sabtu ini (minggu ke 30). Semalam berjaya mengawalnya. Awal pagi makan buah kurma di awal pagi diikuti minum oat pada pukul 10.00. Tengahari baru makan nasi berlauk. Petang pula makan biskut oat 2 keping. Malam baru makan nasi ayam di IKEA.

 

Hari ini dah mulakan hari dengan minum oat. Harap boleh bertahan sampai pukul 10.00 pagi. Pukul 10.00 nanti ingat nak makan sama ada kurma/biskut oat atau kacang. Kalau boleh tak nak makan banyak sangat sebab tengahari nanti baru nak makan nasi. Kawan-kawan tolong doakan kejayaan saya ye. Bukan tak mahu makan langsung. Cuma kena kurangkan sebab nak elakkan berat badan naik mendadak. Ada kira-kira 2 bulan lagi masa yang ada sebelum bersalin. Dan kalau ikutkan berat badan saya dah naik sebanyak 12.5 kg sejak first check up dulu. Ya Allah, banyaknya. Kalau mama sahaja yang berat tak apa tapi kalau baby berat terlebih yang bahaya tu. Harap-harap baby membesar secara sihat dalam perut mama yea.

 

Hujung minggu ini selepas check up, saya dan suami akan ke Terengganu untuk menghadiri majlis walimah sahabat baik suami merangkap rakan sekelas masa belajar di UTM dulu. Nama dia Azrul Rais tapi gemar dipanggil Abe. Dia ini memang tak pernah miss pergi kenduri kawan-kawan bila dijemput. Even kenduri kami yang dibuat masa perhimpunan BERSIH 2.0 dulupun dia boleh sampai. Cuma minggu lepas ada cerita sadis sebab dia sampai ke majlis kenduri salah seorang daripada rakan pada pukul 4.40pm. Majlis sepatutnya selesai pukul 4.00pm dan masa dia sampai pengantin sudah keluar pergi outdoor photoshoot Di Tasik Perdana. Puncanya dia sesat tak jumpa jalan yang lurus. Memang agak sukar untuk mencari dewan majlis. Kami orang KL pun hampir terlajak tak jumpa simpang apatah lagi orang luar KL kan? Mulanya dia sesat ke area Ampang. Kemudian tersesat sampai Seri Gombak padahal majlis dibuat di Taman Melati.

 

Eh, saya belum sambung cerita pasal hujung minggu lepas eh? Sambung kisah Ahad kan? Ok, kejap lagi kalau tak sibuk saya update pasal itu ok. Sekarang ada kerja nak buat. Ok bai!

Monday, March 5, 2012

Makan Satay

Salam korang..

 

Pagi tadi rasa macam nak tidur lagi dan lagi sahaja. Puncanya ‘tak cukup tidur’. Dah elok-elok pukul 10.30 malam free, lagi nak mengemas itu dan ini. Maklumlah hujung minggu dihabiskan di rumah family saya. Jadi, faham-faham sahajalah ka. Alih-alih pukul 12 juga tidurnya. Dan pagi ni sampai sahaja di office terus sambung tidur sampai 30 minit. Memang tidur betul. Langsung tak sedar apa yang berlaku disekeliling. Nasib baik terbangun pukul 7.40 pagi. Cuba kalau tersedar pukul 8.15 pagi? 8.30 pagi? Kalau jadi macam itu eloklah saya balik ambil MC/EL sahaja. Sekarang ini tengah ‘panas’ sebab bulan 4 ialah bulan increment. Kalau buat hal, terus kena ‘cut’ lagi-lagi kalau kes lewat datang kerja.

 

Hujung minggu kali ini agak menarik. Sabtu pagi sediakan sarapan nasi goreng pedas. Tengah  hari keluar pula dengan suami dan kakak pergi shopping di IOI Mall. Saya cuma beli seluar mengandung sehelai di JUSCO. Suami pula beli baju kemeja 4 helai ( terus borong sekaligus) di FOS dan juga jeans di JUSCO. Lepas itu, kami terus balik. Sebelum itu sempat pergi mencari cempedak goreng. Pada mulanya tak jumpa. Beli pisang goreng bijan dan cekodok pisang sahaja. Tapi at last jumpa juga. Beli sampai RM5. Baru puas hati makan ramai-ramai sambil tengok TV. Petang itu dek kerana lapar, Bangpes masak Maggi Goreng  IndoMee. Masak sampai 5 bungkus untuk dimakan secara berjemaah (adalah dalam 6-7 orang makan). Cukuplah sekadar mengalas perut sebab malam itu kakak saya nak belanja makan satay di R&R Awan Besar.

 

Kami 9 orang bertolak menaiki 2 kereta selepas maghrib (kira-kira pukul 8.00 malam) menuju ke R&R Awan Besar. Nasib baik masa sampai itu ada meja besar kosong. 3 meja plastic 4 segi digabung. Muat-muat untuk kami seramai 9 orang ini. Menu utama ialah satay. Mak tambah dengan nasi lemak lauk telur mata dan kerang rebus, Saya dan suami pula tambah masing-masing sepinggan Sizzling Yee Mee manakala kakak saya pula tambah dengan Mee Hailam berkongsi dengan suami dia. Alhamdulillah semua makanan berjaya dihabiskan kecuali beberapa ekor (betul ke ekor?) kerang rebus. Balik sahaja masing-masing dah mengantuk sebab terlalu kenyang. Pukul 10.30 malam masing-masing dah beransur masuk bilik masing-masing untuk tidur.  Suami kena masuk tidur awal sebab keesokannya dia ada plan seawall 7 pagi. Apakah ia? Tunggu next entry yea. Bai!

 

 

 

Thursday, March 1, 2012

Umrah | Taiwan

Salam korang.

 

Semalam terlalu sibuk sehingga tak sempat nak berblog. Minggu ini agak sibuk rasanya. Hari Isnin saya ada driver untuk hantar pergi kerja. Suami ambil cuti sehari sebab nak uruskan beberapa perkara termasuk pergi survey pakej bersalin di Hospital Selayang. Selain itu, suami pergi hantar kereta mak mertua ke workshop dan hantar kereta saya pergi ‘spa’. Punyalah kotor dan comot kereta saya sebab sudah berbulan-bulan tak dicuci. Petang itu, suami jemput saya balik dan kami terus ke KLIA. Mak mertua akan sampai ke tanah air setelah lebih 2 minggu pergi menunaikan umrah dan ziarah ke Jordan. Dalam pukul 6.30 kami tiba di KLIA. Mak baru turun dari kapal terbang masa itu. Mungkin selepas sejam baru dapat keluar.

 

Suami terus bergegas untuk solat Asar.Kemudian, dalam 15 minit sebelum waktu maghrib, saya terus standby dalam surau. Takut pula ramai orang nanti. Suraupun kecil sahaja. Menjelang waktu maghrib, penuh sudah ruang surau dengan jemaah. Sejurus selepas habis solat maghrib, tiba-tiba Mak Ngah masuk surau. Frust sebab tak sempat nak menjemput mereka dari pintu ketibaan. (baru nak feel jemput orang balik umrah tapi tak kesampaian.) Time nak keluar surau, mak mertua pula masuk. Terus salam peluk cium pipi. Ambil  berkat orang baru balik dari tanah suci kan. Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Malaysia. Kemudian, jumpa Kaklong di hadapan surau. Terus salam peluk cium pipi lagi untuk ambul berkat daripada Kaklong pula. Seronok mendengar cerita pengalaman Kaklong dan mak mertua sepanjang mereka berdua berada di sana. Mak Ngah dan Pak Ngah hilang entah ke mana menunggu anak bongsu mereka, Abang Lut dan Kak Ai serta cucu mereka Awliya yang masih belum sampai.

 

Selepas anak bongsu Pak Ngah dan Mak Ngah sampai, kamipun bertolak pulang. Singgah makan dahulu di R&R Dengkil. Dalam pukul 10.30, kamipun berpisah. Hantar Kaklong balik ke rumah dia di Bukit Beruntung sebelum bertolak pulang ke rumah. Pukul 12.00 kot kami sampai. Nampak katil dan bantal terus lelap sampai ke pagi. Hujung minggu ini nak balik ke Puchong pula. Kakak saya, Aida baru sahaja pulang daripada Taiwan. Dia ke sana under Company Trip. Itulah salah satu benefit kerja di tempat kakak. Hampir setiap tahun akan ada company trip ke luar negara. Dia dah pergi ke Phuket, China dan terakhir Taiwan. Selebihnya buat trip dalam negara sahaja sebab location dan budget bergantung kepada keuntungan syarikat. Kalau untung banyak, lokasi lebih menariklah.

 

p/s : seronoknya menjemput orang di KLIA/LCCT pergi trip ke luar negara. Bila pula agaknya giliran saya dan suami untuk melihat dunia luar Malaysia? Harap-harap tahun ini atau tahun depan dapatlah merasa sendiri pengalaman tersebut. Doakanlah ye kawan-kawan. =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics