Salam korang!
Lately kan suasana politik dalam negara Malaysia makin rancak kan? Dan ramai tangan menuding ke lain bila berlaku problem atau kepincangan atas kepimpinan orang lain. Contoh paling mudah nak faham bila pimpinan A buat silap, pimpinan B akan duk mencanang kepada semua supaya nama pimpinan A nampak buruk dan imej tercalar. Dan pimpinan B akan rasa puas bila dapat menjatuhkan pimpinan B. Dan lepas itu pimpinan A pula berusaha mencari salah pimpinan B dan begitulah seterusnya. Itu contohlah kan. Harap tak ada siapa-siapa yang ambil hati dengan apa yang saya cuba sampaikan sebab ia hanya contoh umum.
Keadaan ini akan meyebabkan masyarakat marhaen yang biasa-biasa macam kami belia yang baru sahaja berjinak merpati dengan dunia sebenar (bukan dunia politik tapi dunia selepas bergelar student). Tak kitalah student lepasan SPM ke, STPM ke, Matrikulasi ke, Diploma ke, Ijazah ke, Master mahupun PHD. Masa zaman belajar terikat dengan tanggungjawab dan undang-undang, akta-akta sebagai student tapi bila sudah grad, tiada lagi akta-akta dan undang-undang yang menyekat daripada memerhati dunia termasuklah dunia politik.
Bagi ex-student macam kami ini tentu-tentulah rasa amat tak kena dengan contoh senario antara pimpinan A dan pimpinan B dalam perenggan 1 tadi. Apa yang kami nampak ialah kekaburan. Tak nampak pimpinan mana yang betul. Pandangan kami kabur dan hati kami lebur juga sampai rasa macam tak mahu nak memilih mana satu pimpinan terbaik untuk memacu negara. Saya akui amat berbangga dan bersyukur dengan apa saya miliki di bumi Allah sekarang ini. Alhamdulillah, aman dan damai serta dapat meneruskan kehidupan dengan cukup sempurna di bumi Malaysia ini.
[caption id="" align="aligncenter" width="349" caption="credit to thejakartapost.com"][/caption]
Tapi, tatkala saya mengikuti ceramah seorang ustaz, saya terpana bila dia menceritakan pasal pemimpin. Pemimpin bukan boleh dipilih sebarang. Kalau tersilap pilih memang padahlah jawabnya. Pemimpin yang adillah yang kita cari. Tapi apa yang buat saya tertarik bukanlah masalah nak mencari pemimpin tapi ialah cara nak hadapi kalau pemimpin yang dipilih itu tidak adil atau dalam erti kata lainnya zalim.
Jawapannya ialah dengan bersabar dan bersabar. Dan tuntutlah apa yang dizalimi itu di akhirat nanti. Ada satu sumber yang saya tak pasti kesahihannya yang boleh korang baca pasal bagaimana nak menghadapi pemerintahan yang zalim atau yang kita rasa ia tak adil. Cubalah klik SINI ok. Saya cuba juga cari sumber-sumber yang sahih tapi belum ketemu. Tapi, bila saya dengar ceramah itu serta merta rasa takut pula untuk jadi pemimpin. Almaklumlah bila jadi pemimpin, jika orang yang sepatutnya dipimpin tidak dipimpin sebetulnya maka kita yang akan ditanya dan dipersalahkan di padang masyhar nanti. Nampak macam mudah sahaja kan. Sebagai pemimpin, semua orang akan menurut apa yang kita arahkan tanpa bangkangan walaupun arahan kita itu belum tentu elok atau tidak. Kalau pemimpin itu nak kaya memang senang tapi bijaklah memilih sama ada nak kaya di dunia sementara ataupun kaya di akhirat yang kekal abadi.
--> jadi adakah tindakan rakyat Mesir yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak bersesuaian? Ataupun dengan cara Undi, undi adalah rahsia itu lebih baik? Tepuk dada tanya iman. =)

1 comment:
You're the geartset! JMHO
Post a Comment