Followers

Tuesday, May 24, 2011

Ambillah hati mak mertuamu~

Salam korang!

 

Hari ini aku belajar satu benda pasal dunia perkahwinan dengan seorang kawan. Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dan sudi share experience mereka.  Nak tahu apa yang dorang cerita. Daripada cerita pasal makanan terus membawa ke topic memasak. Dah tu apa kena mengena dengan dunia suami isteri. Yeah, saya tahu korang memang bijak kalau cakap pasal nikah kahwin ini.

 

Tapi ianya bukan tertumpu kepada memasak untuk suami tapi skopnya lebih luas iaitu mengambil hati mak mertua. Perghh.. masa dia share baru saya terfikir bahawa saya sebenarnya tak cukup bersedia untuk masuk dalam alam ‘keluarga suami’ lagi-lagi dengan bakal mak mertua. Orang kata kalau nak ambil hati suami kena jaga ‘perut’nya. Ok, memang betulpun tapi macam mana kita nak tahu apa yang ‘perut’ suami kita suka? Benda ini seringkali kita ambil mudah. Suami selalunya tak tahu nak cerita apa yang dia suka. Yang tahu ialah orang yang paling ‘dekat’ dengan dia semasa bujang. Siapa lagi kalau bukan ibunya merangkap ibu mertua. Haaah..dapat tangkap tak apa yang saya cuba nak sampaikan.

 

So, cara nak ambil hati suami ialah dengan mengambil hati mak mertua. Sebab mak mertua yang tahu segalanya pasal suami. Bayangkan daripada kecil ibu mertua memelihara dia sampailah dah bergelar suami. Segala-galanya buruk baik si anak itu dalam kocek dia sahaja. So, cara nak mengorek rahsia untuk mengambil hati suami ialah dengan berbaik dengan mak mertua. Mak mertua itu bukan orang lain sebalik adalah mak kita. So, kenalah jaga hatinya macam kita jaga hati mak kandung kita kan.

 

Bila dengar kawan saya bercerita pasal ini. Terbuka sikit mata saya betapa mencabarnya dunia perkahwinan nanti. Ye la bukan mudah sebenarnya nak menyesuaikan diri dengan dunia baru. Tapi, yang penting jangan putus harap dengan rahmat Allah sahajalah kunci kebahagian. Kena ingat bahawa perkahwinan itu bukan sekadar nak kongsi kebahagian tapi juga berkongsi tanggungjawab. So, bertanggungjawab kepada suami dan ibu mertua itu satu kemestian.

Peringatan inipun adalah untuk diri saya sendiri yang baru sahaja nak berumah tangga.

 

K,bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics