Salam korang!
Lagi dekat hari pernikahan saya lagi banyaklah update saya pasal perkahwinan. So, here I share my short notes berkenaan urusan selepas berjumpa tok kadi tempoh hari. Saya terpaksa mengambil cuti half day sebab location Pejabat Agama (PAID) dengan Office agak jauh plus minus jalan sesak. So, waktu lunch saya terus drive ke PAID. Tapi entah macam mana saya berjaya jumpa jalan short cut. Tak sampai 20 minit saya sudah sampai di masjid berhampiran PAID. Ngam-ngam pula masuk waktu zohor. Terus singgah masjid dahulu. Lepas dah settle menghadap Illahi terus gerak pergi PAID. Masa sampai tu ngam-ngan pukul 2.00 petang.
Terus saya naik office untuk urusan daftar kebenaran nikah. Alhamdulillah saya orang first beratur di pintu masuk office tapi err..jadi orang kedua beratur di kaunter sebab saya pinjam pas pelawat orang yang petama untuk access pintu masuk ( tu la sapa suruh malas pergi ambil pas access pelawat di kaunter tingkat bawah). Nasib baiklah orang itu baik hati. Kalau tidak terpaksa saya turun bawah ambil pas dahulu. Dan lepas itu jadilah orang yang ke berapa beratur di kaunter. Alhamdulillah lagi sekali sebab urusannya memang sekejap. Pukul 2.30 petang saya sudahpun selesai urusan. Uik, 30 minit sahaja. Rugi ambil half day. Kalau minta keluar sekejap sahajapun tak apa tadi. Tapi memikirkan keberkatan urusan kalau minta keluar waktu kerja, saya tak rasa rugi dah.
Pasal urusan di kaunter, mula-mula cik puan di kaunter 2 panggil saya. Saya serahkan semua borang ikut susunan yang tok kadi buat. Dia check dan terus asingkan sijil kursus lelaki dan bagi kepada saya semula. Kemudian, dia minta saya tunggu di kerusi menunggu. Then, dalam 10 minit kemudian dia panggil saya balik. Minta saya ambil borang dan pergi berjumpa Ustazah yang akan meluluskan permohonan pernikahan. Selepas Ustazah menyemak dan meyain (bukti meluluskan), saya terus pergi serahkan balik borang itu kepada cik puan kuanter 2. Sekali lagi dia minta saya menunggu di kerusi menunggu. 5 minit kemudian dia panggil saya untuk isikan nama dan details peribadi dalam satu buku (lupa nak tanya buku apakah itu). Dia serahkan semula borang kebenaran nikah bersama 2 helai borang baru untuk saya isi dan bawa berjumpa tok kadi. Sebelum balik cik puan di kaunter 2 bagi tahu saya supaya bawa borang kebenaran nikah dan daftar nikah berjumpa tok kadi selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh nikah. Dan selepas 14 hari bernikah, hubungi PAID (cik puan kaunter itu akan bagi no phone siap-siap) untuk confirm kad nikah sudah siapa atau belum sebelum collect kad tersebut di PAID.
Oh ya, korang sediakan RM10 tahu untuk urusan ini. Kalau tak bayar maka tak settle lah urusan korang. haha~
k, bai!

1 comment:
kalau tak pakai kad pun boleh kan? tapi tak canggih lah kan haha
Post a Comment