Followers

Monday, May 23, 2011

Idea ada tapi ruang tak ada

Salam korang!

Dah berapa lama ku tak update blog ini. Sebenarnya ada kekangan masa yang buat saya tak dapat nak berblogging selalu. Walaupun kadang-kadang idea menulis itu datang. Saya hanya menulisnya melalui email di office dan sent ke email peribadi. Kiranya menulis untuk diri sendiri. Bila ada masa terluang baru saya tarik keluar email-email itu masuk ke blog post.

So, tidak hairanlah bila kadang-kadang saya boleh post entry sampai 2,3 hari direct. Lepas itu sepi tanpa post. Saya just schedule kan entry yang terkumpul itu supaya di post sehari 1 entry. Dan bila ada masa terluang sikit lagi baru saya jalan-jalan blogwalking. Memang saya akui sebelum ini masa saya berblogginh ialah ketika di office (bukan office hour la tapi masa break dan awal pagi sebelum working hour start).

Tapi bila company sudah strict dan telah block FB , Blogger dan hampir semua website popular, ruang untuk saya berblogging dah terbatas. Tapi percaya atau tidak saya still mengikuti berpuluh blog yang menjadi kegemaran saya melalui snaptu application di henset saya. Nasib baik masih ada henpon (walaupun tak berapa canggih) yang dapat menghilang rindu saya kepada dunia blogging.

Jadi, hanya masa di rumah sahaja yang ada untuk online. Tapi masa di rumahpun bukan lama sangat untuk online. Kadang-kadang tak sempatpun nak online, tengok dah sampai waktu untuk tidur. Lagi-lagi sekarang saya memang berada di fasa yang amat busy. Lagi berapa hari sahaja lagi majlis perkahwinan saya akan berlangsung. Makin nak sampai masa itu makin sibuklah saya.

Saya ada dua blog yang saya sayang untuk delete salah satunya. Tapi, sampai masa nanti memang kena delete jugalah kan. Lagi-lagi bila tempoh guna hosting sudah tamat. Saya memang tak bercadang untuk menyambung hosting tapi hanya nak kekalkan domain. So, lepas ini saya akan guna domain noorafzan.com berhostingkan blogger. Tak larat dah nak maintain kedua-dua blog. Tak terjagapun. Kesian tengok blog-blog bersawang selalu. Bloggerpun semakin semakin ramai. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ramai yang saya tak kenalpun.

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics