Followers

Saturday, May 7, 2011

Jumpa Esok ye di Tasik Titiwangsa!

Salam korang!

Sebulan dari sekarang, saya akan menjadi isteri orang. Jadi, saya amat mengalu-alukan rakan-rakan blogger yang mengenali saya untuk datang ke kenduri saya nanti. Jadi, seperti yang saya war war kan dalam entry sebelum ini, saya ingin mengajak korang untuk jumpa saya esok pagi di Tasik Titiwangsa untuk collect kad jemputan. Saya di situpun tak lama mana. Dalam pukul 8.00 - 8.30 saya datang then lepas itu dalam pukul 10.00-10.30 saya dah kena bersurai.

Almaklumlah, sekarang ini kan musim kenduri kahwin. So, memang petang itu saya ada menerima jemputan kenduri kawan sekolah pula. Di situ pun saya nak distribute kad jemputan kepada kawan-kawan sekolah pula. Senang sikit tak payah nak pos. Jimat masa dan jimat ongkos setem. hehe~

Kepada yang berminat dan free esok bolehlah terjah saya. Details adalah seperti di bawah;

Date : 08/May/2011

Time : 8.00 until 10.30

Venue : Restoran tepi Tasik Titiwangsa (bukan yang eksklusif tu tau..ni yang biasa2 je..open air)

Purpose : to distribute my wedding card. Tarikh kenduri di Puchong 12hb 6 manakala di Kepong 09hb 7.

So, marilah meriahkan perjumpaan esok. Leh jadikan ia mini gathering kan? Buat yang tak dapat datang takpe, tinggalkan jejak di entry ini ataupun inbox je alamat korang di FB. Saya akan hantar kad. Ataupun palin2 saya tag kat FB. Yang penting add saya dulu lah ye. Cari Noor Afzan.

Ok daa..kehadiran korang amat dialu-alaukan.

k,bai!

3 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics